Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Aku dan Kisah Penyusuan

Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop. Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang. Kakak: Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak. Abam: Bers...

Cuci Mata ke Bangi Central, Banyaknya Butik Tudung

Alhamdulillah, pagi ni bangun dengan sihat walafiat selepas 2 hari demam melepek (demam selsema teruk + demam perasaan, haha) . Setakat ini apa yang aku risaukan cumalah mainan perasaan, harap2 tidaklah berlaku dalam masa terdekat, tak sanggup menghadapinya lagi, huhu. Ops, jangan fikir bukan2 ye, cuma kerisauan kot mengandung lagi sebab sampai sekarang, period lom datang. Ada yang kata itu biasa sebab aku full breastfeed. Alhamdulillah, hari ini juga masih berupaya mengganti puasa Ramadhan lepas, ada lagi baki 8 hari nak kena ganti, mesti ganti jugak sebelum habis bulan ni. sebabnya Jun nanti dah masuk Ramadhan. Seronoknya dapat bertemu Ramadhan lagi, Insha Allah. Okey, hari ni nak bercerita tentang kisah Isnin lepas. Ini ialah plan terjah je, selepas kisah trip Vietnam yang kensel. Cikciva dan sorang lagi adik pompuan dah ambik cuti nak follow gi Vietnam, sib baik cuma apply cuti je tapi dedua belum beli tiket dan yang adik sorang lagi tu pun belum buat passport, haha). Diorg da...

My Last Tickets is B.U.R.N

Salam Jumaat Tajuk omputeh konon, abaikan kalau grammar ke laut, haha Post ini ditulis sebagai kenangan, tiada kaitan dengan yang hidup @ dah mati Sepatutnya pada waktu entri ni ditulis Aku sedang berpeluh ketiak tawar menawar dalam Pasar Ben Thanh haha ni kalau CikViva baca konfem gelak dengan kakak sengal dia sorang nih nasib baik lah dia bertangguh2 beli tiket kalau tidak, dengan tiket dia sekali BURN jugak Dibawah ini adalah ticket terakhir aku sebagai 'airline staff' Ticket ke Vietnam hari ini 6 May 2016 Masa diberi notis oleh kompeni, bagi sesiapa yang Exit Ogos 2015, mesti habiskan tiket sebelum Jun 2016, aku buntu nak pilih destinasi, masa tu aku dah tahu 'baby' akan lahir samada Dec@Jan. Tapi aku gamble pilih Vietnam, konon masa tu baby 4/5 bulan, mungkin aku boleh tinggal kejap dengan Mak aku @ Mil. Cadangnya nanti nak ke Vietnam bulan May dengan CikViva , sambil shopping baju raya, makan pho mee dan minum kopi ais ka...

Restoren Heritage Village Palm Mall, Seremban

Minggu sebelum ke Sabah Aku dan CikViva ke Palm Mall Ada urusan di Amway sikit Alang2 dah sampai Seremban, ke Palm Mall cari baju * asal nak berjalan, takde baju asal takde baju, nak berjalan yang peliknya, almari dah sendat, tapi tetap cakap takde baju, huhu Pompuan oh pompuan Singgah sarapan di Restoren Heritage Village dalam Palm Mall * palm mall ni satu je aku tak suka, ialah lot parking yang berpusing2 tu* yang lain ok, lot kedai pun banyak Meh tengok gambar suka deco dalam restoren ni santai dan bercirikan tradisional wah! anugerah nasi lemak terbaik tapi tetap tak boleh lawan nasi lemak Kak Nah, hehe nasi lemak 20 sen zaman aku sekolah dulu 'bosanlah umie ni, asyik belek henpon je' kata Baby SAA 'makcek pun sama, tak habis2 dengan henpon' sabar lah dik oi sapa singgah ke Palm Mall boleh terai restoren ni ciaooooooooooo

PART 3: Sabah, Ada Umur Jumpa Lagi

Sementara Aisha masih tido, jom habiskan entri Sabah, boleh bah kalau kau  (^_^) Hari ke3 di Kota Kinabalu Dah nak balik pun, baru nak merasa duk apartments cantik sambil berangan rumah sendiri, dah nak balik, haha. Saja pagi tu merehatkan diri, taknak bangun dari katil. Anak2 besar dah riuh kat luar, pepandai makan roti dan biskut kat dapur. Umie sedap berbaring di katil layan baby SAA. Dah cakap kt enAbe, check out nanti terus cari makan. Simpan perut, malas nak keluar pepagi. Lepas solat Zohor, dalam jam 1 tgh hari kami check out dari apartment.  Terus cari makan, untuk kali ke2nya kami singgah lagi makan ikan terbang di Restoren Nasi Padang Ibu . Ntah kenapa suka nak makan kat situ. Order yang selain dari menu sebelum, cuma Ikan Terbang dan Rendang Daging Hitam tetap kami pilih. Lepas makan terus ke airport, serah keta dan check in. Masa tu dah jam 3.30 ptg. Tak sangka dapat jumpa kakak yg pernah trip ke Medan dulu Klik Sini . Dia mmg duk KK, ajak kami ke rumah ...

PART 2: Kundasang Mini New Zealand

Sambungan dari entri sebelum... Sebenarnya masa pilih nak ke Sabah, takde perancangan nak ke Kundasang pada awalnya. Sebab plan nak bawak Mil makan seafood je, tapi bila Google pasal Sabah dan komen2 rerakan di fb, ramai yang komen kata rugi kalau ke Sabah kalau tak ke Kundasang, ala2 New Zealand kata diorg. Eh, kita dahlah rindu nak pegi lagi ke NZ lagi tapi setakat rindu je lah, sedar diri bukan lagi airline staf yg ada tiket free tiap tahun. So jomlah kita mengubat rindu ke Kundasang, huhu Kami gerak dari apartment jam 6.40 pagi, sebab ada kawan yang kata kalau lambat sampai, nanti awan dah tutup Gunung Kinabalu. Emmm, pagi lah sangat, padahal dah mcm pukul 8 pagi kalau di Semenanjung. Suka je tgk pemandangan sepanjang jln. Yelah, tempat tak pernah pegi kan. Kami singgah di Pekan Nabalu, singgah sarapan. Sempat bergambar kenangan nampak Gunung Kinabalu dari belakang gerai buah tu. Sempat jugak rembat tshirt 3 helai sebagai kenangan datang Sabah. Rezki kedai tu bukak awal pagi. ...