Skip to main content

PART 3: Sabah, Ada Umur Jumpa Lagi

Sementara Aisha masih tido, jom habiskan entri Sabah, boleh bah kalau kau
 (^_^)

Hari ke3 di Kota Kinabalu

Dah nak balik pun, baru nak merasa duk apartments cantik sambil berangan rumah sendiri, dah nak balik, haha.

Saja pagi tu merehatkan diri, taknak bangun dari katil. Anak2 besar dah riuh kat luar, pepandai makan roti dan biskut kat dapur. Umie sedap berbaring di katil layan baby SAA. Dah cakap kt enAbe, check out nanti terus cari makan. Simpan perut, malas nak keluar pepagi.

Lepas solat Zohor, dalam jam 1 tgh hari kami check out dari apartment.  Terus cari makan, untuk kali ke2nya kami singgah lagi makan ikan terbang di Restoren Nasi Padang Ibu. Ntah kenapa suka nak makan kat situ. Order yang selain dari menu sebelum, cuma Ikan Terbang dan Rendang Daging Hitam tetap kami pilih.

Lepas makan terus ke airport, serah keta dan check in. Masa tu dah jam 3.30 ptg. Tak sangka dapat jumpa kakak yg pernah trip ke Medan dulu Klik Sini. Dia mmg duk KK, ajak kami ke rumah tapi masa tak mengizin kan. Jadi dia datang ke airport sebab nak sangat jumpa baby SAA. Tq kakak sebab sudi jumpa kami, susah2 bawak buah tgn dan hadiah utk baby jugak. Ada rezki ketemu lagi kita ye. Kalau ke semenanjung jangan lupa singgah umah (bajet akak tu baca blog aku, haha).

makan tengahari sambil tengok orang naik bot


bergambar sebelum balik
nampak public phone merah, teringat Kota London

1- kak Ekin dan anaknya datang jumpa kami
2- Wau Bulan, ko tetap do hati selamanya, terima kasih utk 17 tahun kita bersama
3- Mil yang bergilir memujuk baby SAA, tq Mama
4- Baby SAA yang kepenatan
Flight ke KLIA jam 5 ptg lebih kurang. Berbanding masa datang, baby tak meragam dalam flight, tido je sampai kami mendarat di Kota Kinabalu. Tapi masa balik tudiaaaaa.. Meragam siap berak, habis keluar diapers, kena tukar baju semua. Adoi mencabar sungguh lah. Nasib baik penerbangan 2jam ++ je. Selamat tiba di Klia jam 8 mlm. Alhamdulillah.


Comments

paridah said…
assalam irfa dpt juga kenalan di KK ya seronok tu...lain kali boleh bertemu lagi tu...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuba Teka? GA by Happyirfa

Happy Thursday masuk keje, nampak ni atas meja kalau hebat, cuba teka? 10 komen terawal yang dapat jawab dengan betul ada 'kad raya istimewa' untuk korang # GA terkejut katanya, nampak benda ni terus timbul idea nak buat GA, haha join lah kalau free hadiahnya yang pasti bukan tv@peti ais TARIKH TUTUP: sampai ada entri baru, nanti kita publish semua komen (^_-)