Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Tips ke Airport dengan mudah

Gambar dirakam masa hantar EnAbe nak terbang bertugas ke Jeddah Hai blog Belek2 gambar dalam galeri handphone ni, mak aihhh, banyaknya gambar. Sebelum delete jom la kita bercerita sikit Okay, semua orang suka pergi bercutikan?  Lagi-lagi kalau pergi naik flight walaupun dalam Malaysia, jimat masa dan tenaga. So, kalau Airasia tengah promo tu grab je tiket yang rasa nak pergi nanti, planning kemudian. Yelah kalau tiket ke Penang, Alor Setar, Kota Bahru dan lain-lain RM24 je return, siapa tak nak kan? Naik bas pun mahal lagi. Tak payah fikir pasal tol dan minyak kereta dah. Boleh jalan dengan tenang nanti. Benda yang penting kita beli dulu, cuti approve ke tak nanti fikir kemudian. Selalunya kalau dah beli tiket kita akan fikirkan cara juga macam mana nak ambil cuti nanti, percayalah.  Nak tanya, selalu korang pergi airport naik apa? Drive sendiri sampai airport pastu parking kat situ? Hmmmm kalau pergi dengan member 4 ke 5 orang aku rasa berbaloi lah untuk park ...

RUMPUT HIJAU DI LAMAN ORANG

Saja nak share cerita dengan korang. Nak dengar tak? Taknak dengar pun takpe, aku tulis sebagai kenangan akan datang 😁 Alkisah ... 2 hari lepas aku ke Mydin. Dan terserempak dengan ex rakan sekerja dulu. Actually dia level bos, aku level kuli je. Tapi bos department lain dan umur lebih kurang sebaya, tu pasal boleh ber kau aku je Bertegur sapa lah kami berbasa basi. Dia masih kerja lagi katanya dan dia tanya aku buat apa sekarang. Aku cakap la yg aku sekarang dengan Oil & Gas kat dapur rumah je (lawak hambar) #siscuba Lepas tu dia tanya lagi ‘banyak ke pampasan ko dapat tu hari?’ Aduhaiii... kisah tu 4 tahun lepas kot, gunung pun kalau hari2 di tarah boleh rata tau tak (tapi aku jawab dalam hati je la) Dan dia tambah lagi sebaris ayat ‘Ko tak pe la, ada laki. Hulur je mesti dapat. Aku ni semua benda nak kena tanggung. Semua benda nak kena bayar. Kalau tak kerja, nak makan apa’ 🥶 Aku cuma mampu tersenyum sehabis manis yg boleh Kesimpulan yg bersimpul nya d...

SETEL Apps

Just nak share cerita tentang SETEL apps (bagi yang belum tahu, yg dah tahu... sila abai kan ye) 😁 Aku baru je guna dalam 2 minggu lepas Apps SETEL ni apa? SETEL ni apps utk mudah kan proses mengisi minyak di PETRONAS (setakat yg aku tahu, boleh guna kat Petronas je, tak tau la kalau stesen lain pun boleh) .. sebelum ni aku guna kad BigPay untuk isi minyak tapi still kena masuk dalam kaunter Okey ni aku ringkas kan cara nya 1. Sila ke stesen minyak yg terpilih (aku dah on waze siap2 masa onthe way ke stesen) 2. Park kereta di pam yang korang pilih dan buka Apps Setel 3. Pilih nombor pam 4. Pilih berapa RM yg korang nak isi 5. Nanti apps bagitau ready untuk isi minyak 6. Keluar kereta dan isi macam biasa Semua di Setel kan dalam kereta je. Dah tak payah keluar kereta dan masuk ke kaunter stesen minyak Cara topap pun boleh online je (aku selalu guna online banking Maybank2u) itu pun aku topap setakat utk isi minyak je la Oh lagi satu, jangan lupa linkkan sekal...

Bila Depan Rumah Jadi Port Kucing Berak

Hai Blog Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog Ini kisah taik kucing, haha yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ Emmmm Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi. Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pu...