Skip to main content

Posts

Aktiviti Malam Selepas Anak Tido

buat apa malam-malam? ni dia sebelum kejadian dan  selepas kejadian aku tak boleh buat keje bila anak jaga bila anak tido macam-macam benda aku buat lipat kain basuh pinggan basuh baju mop lantai cuci kipas padahal bukan ada anak kecik  yang masih merangkak suka mengacau tapi aku rimas aku suka buat keje sorang-sorang dimalam yang hening ditemani bunyi cengkerik kelassssssss kan? korang pulak acaner? bila masa lipat kain? pagi,petang,siang @ malam? tu je? aiyaaa.. itu pun mau citer ker? suka hati ko la labu

longchamp-le-pliage idaman ku

idaman hati buat masa sekarang belek website sampai lebam kalau boleh nak yang ini yang ni pun boleh juga tapi sekarang yang ni dulu pastinya bukan asli tapi pelesu ada aku kisah? dah bosan nanti  aku buh baju kenit untuk ke umah pengasuh tak la ralat sebab rm20 je pun kalau nak ori  paling cikai kena ada USD150 duit kita dalam rm450 bukan tak mampu dapat gaji boleh je beli tapi lepas tu ko pandang je beg tu sementara tunggu gaji akan datang 'itu hanya kehendak, bukan keperluan' pujuk diri sendiri nampak hehe korang pulak acaner? hanya beli yang ori @ tak kisah apa pun? aku dua-dua pun boleh ada duit 'BOLEH' takde duit 'BOLEH BLAH' cau

1 Liter untuk setiap 25kg.Benarkah?

salam hari jumaat cuaca sejuk..malam tadi hujan rasa malas je nak bangun pagi tadi tapi dah jumaat pun datang jelah keje sabtu,ahad dan isnin cuti(ganti hari 1Malaysia-16Sept) kalaulah kampungku di Melaka,boleh jugak balik kampung malam tadi tiba-tiba teringatkan kakak memang setiap hari ingat dia tapi malam tadi lebih terasa rindunya bila kakak call nak ucap selamat malam rasa nak menitik airmata huhu hati bersabarlah kau insya Allah,AidilAdha nanti boleh balik jenguk kakak apa citer hari ni? takde cerita apa pun masuk opis perkata pertama aku buat ialah isi air dalam botol ni  ini botol air aku beli last week kat Aeon Somban2 rm13.90 kalau tak silap boleh isi 2 liter air korang suka minum air masak? dulu aku tak suka minum air masak nak abiskan segelas satu hari pun susah tu pasal selalu sembelit (malu) tapi bila umur dah meningkat  baru tahu pentingnya minum air ada orang kata sekurang2nya...

Diam Diam Je,Boleh Kan?

emmm. dalam dilema,nak tulis ke tak nak. bukan masalah besar,masalah domestik je pun  tapi tetap mendatangkan perasaan tidak selesa gitu. sapa yang suka share blog dia dengan orang lain? contoh kawan opis atau family? kalau pegi kenduri @ jumpa kawan lama siap bagitau.. itu contoh semata 'aku ada blog.nanti kalau free singgahla.. kat situ ada citer anak-anak je pun.bukan ada kisah politik' ye.. aku penah 2 kali buat macam tu  (kawan sekolah yang dah lama tak jumpa) lagipun aku yakin takde kutuk dia dalam blog kesayangan aku ni itupun sebab dia banyak kali tanya apa citer aku sekarang ni masa tu kami pun bertanya khabar dalam sms je belum ada fb  ....tapi.... *ada tapi ye* aku cukup tak selesa bila ada orang tanya pasal blog aku  di depan orang yang tak tau pun aku ada blog mak malu nak.. dan ada yang secara direct tanya 'apa nama blog ko?' huhu sila lah paham perasaan aku. nampak je macam kental tapi hati tis...

Kuih Raya itu bukan aku yang punya

sambil buat keje,sambil mengunyah kuih raya.sedap pulak rasanya..tak sedar abis sebalang.kalau ada orang tanya aku soalan 'waktu bila kah kuih raya nampak sangat sedap?'  pasti dengan yakin akan ku jawab 'kuih raya nampak sedap selepas raya' tak percaya tengok ni?walaupun cuma sekeping gambar yang bisu tapi ia boleh membuatkan air liur berebut-rebut nak keluar.sedangkan masa hari raya,kuih raya ini usahkan nak pandang..jeling pun tak nak. gambar ini diambil masa makan-makan raya jumaat lepas

Kisah Hujan dan Bantal 3 Beradik

Sib baik...dari pagi tadi aku dah nak apdet blog kesayangan ini tapi line internet problem.dah nak tengah hari baru ada line.ingatkan memang tak dapat apdet blog la hari ni.rasa kosong je jiwa kalau tak apdet atleast sekali sehari,macam la ada orang kisah kalau aku apdet ke tidak.kan? semalam hujan lebat,kelmarin pun pepagi dah hujan lebat.sib baik member ambik depan umah..itupun nak masuk keta kain dah basah lencun. aku ngan hujan tak berapa ngam.nak pulak kalau hujan tengah malam.telinga pun boleh dengar macam-macam dan fikiran pun jenis yang berimaginasi tinggi.kalau ada 'roommate' takdelah takut sangat.tapi malam tadi en abe keje malam balik lewat. aku dengar bunyi ' gedegang' masa tengah syok tido.perkara pertama aku fikir ialah   'pencuri nak masuk rumah ke?' oh!takutnya saya.aku lebih takut orang dari hantu.tapi hantu pun takut jugak.hehe otak pun mula fikir macam-macam.ingat tak kisah perompak pecah pintu pakai tong gas tu?haaa..yang tu lah...

Kalau Dapat Kat Orang Rajin..nampak la hasilnya

dapat bahan nak citer bila baca entri kat blog Lady-Windsor  semalam.terharu pulak bila baca ucapan terima kasih Lw sebab bagi pisang tu masa beraya ke rumahnya 2 minggu lepas.sebenarnya aku yang malu sebab datang umah orang bawak pisang.macam orang tua dulu-dulu pulak bila bawak pisang sebagai buah tangan.tapi memikirkan  pisang yang baru tebang tak tahu nak bagi sapa..itu yang bawak sebagai buah tangan.nak hulur kat tuan rumah pun tersipu-sipu malu.huhu aku dah banyak kali citer yang kat belakang umah aku ni ada banyak pokok pisang  (lebih dari sepokok kira banyak la kan?hehe) tapi belum boleh dipanggil kebun pisang sebab tak lebih dari 10 pokok. bulan lepas 4 pokok berbuah serentak.masa tengok pokok tu berbuah aku yang risau.dalam hati berkata-kata 'alamak..banyaknya buah.sapa nak makan ni?' walaupun si kenit memang suka pisang dan setiap hari lalu bawah pokok pisang tu dia akan berkata 'umie.belom masyak'. tapi kalau dah banyak-banyak dia tengok pun dah tak la...