Sekarang dah bulan November tapi apa yang aku nak citer ni tentang bulan Oktober.Ingat tak lagu 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie?okey..aku pun ada kisah Tragedi Oktober yang nak share ngan korang.......sila baca dengan penuh debaran ^_^ Tarikh : 2 Hari sebelum Raya Haji Bertempat : Disebuah kedai telefon bimbit di sebuah pasaraya Waktu lebih kurang jam 10malam,kelihatan seorang gadis sedang mengira hasil jualan kerana kaunter akan ditutup sebentar lagi.Gadis berumur 18 tahun itu bekerja sambilan (maksudnya tidak berniat nak kerja sampai tua disitu..nawaitu masa mula2 kerja bulan Disember tahun lepas ialah kerja sementara tunggu tawaran sambung belajar @ dapat kerja yang lebih terjamin) .masuk bulan ini dah 11bulan dia bekerja di kedai tersebut.Waktu kerja adalah 10pagi hingga 10malam.. Tidak lama kemudian datang seorang customer (lelaki bangsa Arab) bertanyakan sesuatu kepadanya.Dia menyuruh kawan kaunter sebelah melayan customer tersebut tetapi lelaki itu tetap juga ma...