Skip to main content

Hubungan Adik Beradik Selepas IbuBapa Sudah Tiada

malas nak gi lunch,tapi dah heavy bekfes..

terlintas nak tulis pasal ni bila borak dengan 'akak senior' aku.katanya 'banyak berlaku,hubungan adik beradik putus bila ibubapa dah takde.semua buat hal masing-masing apatah lagi semuanya dah tua dan ada keluarga sendiri.jadi sebagai orang tua dari kamu dan kamu sebagai anak sulung..akak nak pesan,jagalah hubungan baik kamu dan adik-adik walaupun ibubapa dah takde'.

aku mungkin bukan kakak yang baik..(blog ni dah bukan rahsia.3 adik aku memang baca blog ni).tapi aku ingat pesan mak ayah aku...walaupun bukan pesanan secara direct,mereka nak aku jaga hubungan kami adik beradik walaupun mereka dah tiada.rupanya bila bergelar ibubapa..baru aku tahu betapa sedihnya kalau tengok anak-anak bergaduh..sekarang ni gaduh budak-budak tapi gaduh budak2 tak sama dengan gaduh orang dewasa..orang dewasa bergaduh boleh membawa tak bertegur sapa sampai ke mati.sangat menyedihkan bila berlaku kepada adik beradik sendiri.

dan aku bernasib baik kerana kami duk dekat-dekat..(kami 6 beradik tapi 5 duduk sini-maksud aku dah keluar dari kampung.cuma sorang je yang masih sekolah duk dikampung).aku penah cakap ngan adik-adik 'kalau kita duk berjauhan..sorang duk Johor sorang duk Penang..mungkin susah untuk kita selalu jumpa.kalau balik raya pun bukan senang nak balik serentak'.

ada kenalan yang aku kenal..dah bertahun tak jumpa kakaknya sebab duduk berjauhan dan bila balik kampung beraya..giliran pulak tak sama.kadang2 kerana 'masalah kewangan' pun boleh menjarakkan hubungan.bersyukur juga sebab bila mak ayah datang sini..kami adik beradik boleh berkumpul semua sebab jarak rumah kami adik beradik tak jauh.bila mak datang dan masak-masak..semua boleh datang berkumpul dan makan sama-sama.

dan terima kasih jugak pada en abe,kerana sangat memahami keadaan aku sebagai anak sulung.dia pun anak sulung tapi adik-beradik duk dekat mak ayah..diorang pun sangat rapat..kalau kami balik cheras...adik-adik ipar datang berkumpul.kalau berpeluang..diorang bercuti sama-sama selalunya bila balik raya ke Perak,singgah ke Cameron Highland tu macam acara wajib ;).

aku harap sangat..hubungan baik dengan adik beradik buat masa ini akan kekal baik walaupun ibubapa kami dah tiada nanti.kalau sentap sikit-sikit tu biasalah..kalau tidak takkan ada pepatah 'carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga'.

*pesal entri berbau emo ye?*...adik-adikku..sayang kamu semua ketat-ketat,kamu semua selalu ada dalam doa kakakmu ini.kalau boleh nak kamu semua berjaya dalam kerjaya,jodoh dan segala2nya lebih dari kakakmu ini.

terharu kah?hahahaha

Comments

:: CIKVIVA :: said…
sob..sob...menitik air mata entry nih...tibe2 emo terr....
Misz-ella said…
Ini antara perkara yg paling Kc takutkan bakal terjadi kalau mama dan abah dah tak da nanti. Mudah2an tak terjadi la dlm keluarga kami.
Masya said…
pernah jugak dgr org ckp mcm tu.. sy pun dah mule terasa.. sejak adik kawin kt org jrg jumpe huhuhuhuhu....
Biarlah rahsia said…
Ibu dan ayah mertua k.bi dah 2 3 tahun meninggal...memang susah adik beradik belah husband nk berkumpul bila mak dan ayah mrk dah takde. Rumah peninggalam arwah pun tida siapa yg menghuni krn masing2 dah ada rumah sendiri. Nak cari time semua org ada mmg lah susah...tp Alhamdulillah raya haji br ni..semua adik beradik mrk dpt berkumpul di rumah arwah mak dan mujurnya hubungan mrk wpun jrg berjumpa sgt rapat.
Acik Erna said…
assalam dik..akak dengan abang2 semua baik dah bila raya berkumpul dirumah abang yang paling tua bila mak ayah dah tak de.tapi bila tidah dibesarkan oleh mak ayah yang sama(dibesarkan oleh orang lain)..walau pun adik beradik..ada sikit masaalah..
Mak Wardah said…
Betul Irfa, akak dah rasainya. Tahniah Irfa kak long yang bertanggung jawab
Lady Windsor said…
Irfa
betul sangat apa yang kakak tu cakap. lepas orang tua tak de masing-masing buat hal sendiri. Macam saya, dua adik di Kuantan, kakak di Kelantan dan saya + adik ada di KL..nak jumpa pun susah sebab masing2 dah ada tanggungjawab sendiri. Kami calling2 jer..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...