Skip to main content

Selamat Pengantin Baru,FK dan DD (Farid Kamil & Diana Danielle)

Morning dan Salam Sejahtera buat korang semua
Hari ni sarapan 'Roti Tampal'
gambar adalah tiada
apa itu roti tampal?
roti canai kosong dan ditampal dengan sebiji telur mata
aku pun baru tahu itu rupanya Roti Tampal
licin..alahai berapa kalori sudah masuk pepagi ni

Emm..nak citer pasal apa ye?
okey..citer Sabtu Ahad yang mendung
bersama hujan renyai-renyai
memang berselimut jelah dari pagi membawak ke petang
basuh kain pun sidai tak kering
ops..cheque dari Nuffnang pun sampai pada hari hujan tu
basah lencun nasib baik tak koyak

nak tengok?

bukan banyak pun tapi lepaslah beli buat topup untuk 2 bulan :)
banyak masa lapang aku hari itu
sempat ubah posisi katil dalam bilik
rasa macam lawa pulak bilik aku lepas ubah katil
walaupun tak secantik bilik hotel

banyak masa lapang tapi takde peluang nak layan tv
anak-anak dah konker tv
siap si abam sorok remote lagi
takut aku tukar channel

tapi 12.30 tengahari,aku guna kuasa veto
nak tengok Melodi
tapi kensel sebab ada Neelofa..huhu
tekan 104,layan Propaganza
dah nak abis pun
tapi lepas tu ulangan majlis akad nikah
Farid Kamil dan Diana Danielle

Gambar dari sini
ayat pertama masa tengok tu
'simplenya majlis diorang ni'

tapi simple yang sangat sweet
tetiba aku tersengih sorang-sorang depan tv
macam aku pulak yang bakal dinikahkan

pendek kata,orang kalau dah lawa
pakai kain batik pun lawa
gigih ambik gambar kat tv

FK masa di akad nikah
besar tanggujawabnya selepas ini

Sah?...Sah,jawab saksi
Maka sahlah mereka sebagai suami-isteri

Diana Danielle,wajah manis seorang isteri

majlis yang simple dan paling penting yang wajib sudah terlaksana

kepada Farid Kamil dan Diana Danielle
Moga rumahtangga kalian diberkati Allah
dan semoga sentiasa berkasih sayang hingga hujung nyawa
amin

Comments

♥cikmOt♥ said…
simple dah suit je kan...saya pun senyum memanjang jek nengok pernikahan depa...yang saya suka, diana bertudung litup...ada orang lain tu, majlis di masjid, tapi mak aihh, pakai selendang rambut terjurai tau...huh
Unknown said…
cantik diana tu pakai tudung.. kalau dia teruskan pakai kan bagus...
Hanis Azla said…
salam irfa..

mmg majlis yg sweet dan simple.. tapi kelainan itu sgt menarik.. sepadan sangat mereka berdua.. Barakallah buat keduanya, insyaAllah..
bangsawan nilai said…
buat grand org mengata, buat simple pun mengata jugak...asal bahagia sudah
QA's ~ mamapapa said…
moga brkekalan hendakNya..owh..ada roti tampal plak?ni nk kena g try ni :P
Kakcik Seroja said…
Along anak kakcik pun sudah mula bertanggungjawab sebagai seorang suami...
Nur farahiza said…
ta penah dapat dari nuffnang , sob sob sob

farid and dd mmg simple sangat ,s eronok tengok
shida said…
rezeki... rezeki
ZieMarziah said…
baju DD tu sebijik baju sy masa bertunang 4 tahun lepas..beza warna kain je.sy pakai hitam putih:)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...