Skip to main content

Yuna MHbuddy

mood bosan..ekon opis baru ni sejuk gila.rasa macam nak pakai sarung tangan je.buka You Tube google Yuna MHbuddy sebab adikku,cikviva duk emel suh tengok video tu.oh,rupanya video klip Yuna dan Qi ke Rome dan Paris bersama Malaysia Airlines.ai kan peminat Yuna walaupun tak penah beli album,hahaha.rupanya dah lama video ni.8 bulan yang lepas cuma aku je yang ketinggalan.huhu

OMG,tengok diorang jalan-jalan macam best sangat.Venice terkenal dengan gondola,blogger elly in wonderland baru balik dari sana.seronok baca kisah dia dan family cuti-cuti kesana,rasa nak pegi jugak la..aku tak penah sampai ke Rome dan susah la nak kesana lagi sebab 'kapal biru' dah tak beroperasi kesana buat masa sekarang.dulu ada la.harap-harap masa akan datang 'kapal biru' akan beroperasi kesana lagi.Insya Allah

ke Paris dah 2 kali pergi (berdua pada tahun 2002 dan ber4 pada tahun 2008) rasanya cukuplah 2 kali,kalau ada rezeki lebih pun baik pegi tempat yang tak pernah pegi.tak gitu?

korang kalau nak tengok boleh je tengok kat You Tube,aku takleh share video kat blog ni.search yuna mhbuddy..maaf aku tak boleh buka video pakai pc ni.layan YouTube pun dengan skrin kecik kat henpon


kenapa ye,kalau kita rasa bosan dan penat keje,masa tu rasa macam nak cuti-cuti?sedangkan bukan ber'uang' pun nak jalan-jalan makan angin.huhu.normal la kot,bukan aku sorang je macam ni

sejuk dan lapar adalah berkaitan..maka kemana kita?jom ke kafe,mana tahu disana ada cekodok panas sedang menunggu untuk dijamah..lalalalala

Comments

Nieda said…
jom.......jom ke dapur le.
nazayiena said…
Peminat Yuna rupanya Irfa nie.
Aah lah kan..kapal biru baru saja hentikan operasi ke sana. Kapal merah pulak tak sampai ke sana yer...
Irfa said…
@nieda..
dapur sapa?dapur saya jauh..kat umah nun.saya kat opis.kat pantry takde dapur la pulak ;)

@nazayiena..
suka dgn dressing dia ;)

@KA..
itulah pasal..harap2 akan ada balik destinasi kapal biru kesana
MOKCIK AZWA said…
Saya pun suka Yuna..sure ni video lama kan sebab skang yuna ngan Qi dah berpisah katanya..

Azwa pun tak sampai ke sana lagik..paling jauh pernah gi setakat nie Bandung.. kena tunggu baby besar sikit baru boleh travelling lagi :)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...