Skip to main content

Kuasa Seorang Ibu

baru lepas baca blog-CursingMalay..tajuk ni best sangat walaupun dah lama tulis (entri tahun 2011).aku suka je baca blog walaupun entri lama.lagipun aku tak khatam blog dia dari awal...

petik sikit tulisan dia tentang kuasa seorang wanita yang bergelar IBU.meh baca...eh!dia citer pasal lain aku cuma petik yang aku suka je

b. Kuasa ibu ke atas anak-anak...

Fakta:Takde anak yang lebih sayangkan bapanya berbanding ibu.Bapak kena beli anak kereta mainan,barbie dan mcm-mcm untuk buat anak sayang kat dia.Mak?Mak ada sebelah kau,kau dah boleh rasa sayang kat dia.Kadang2 kau tengah main bola ke,tengok wrestling ke,dating pun...kau masih lagi mampu rasa sayang dia.Suami rugi kat situ.Tapi ada sebabnya Tuhan jadikan umat Islam ni camtu.

Ibu adalah pengaruh paling besar dalam membentuk karakter seorang anak.Takde orang lain. Trylah kuat macam mana pun si bapa nak bentuk anak-anak dia,sepanjang hidup anak...ibu lah orang yang paling lama dalam kepala dia.

Dan sebab tu lah kalau bapa kematian isteri,dia perlu kahwin lain.Sebab tanpa seorang isteri,bapa takkan mampu jaga anak dia..sebab benda tu bukan fitrah dia.Kau tanya la sesiapa yang kematian bapak masa muda,ada tak mak dia nak kawin lain?Jarang dengar.Sebab...Tuhan dah ciptakan anak-anak tak mampu hidup tanpa ibu.Special kan ibu ni?

Dengan pengaruh ibu yang sangat kuat dalam hidup anak-anak,kau cuba bayangkan apa pengaruhnya kalau anak-anak tengok ibu diorang selalu melawan suami yakni bapak diorang?Anak perempuan akan membesar jadi seorang yang tak yakin nak kahwin..tak percaya dengan lelaki.Membesar dengan membenci lelaki.Anak lelaki pulak,dia akan jadi seorang pendendam dengan ayah dia sebab buat mak dia macam tu.

Yang paling buruk yang diorang akan belajar adalah....isteri boleh lawan cakap suami.Yang paling affected,anak lelaki.Dia akan membesar dan jadi seseorang yang boleh di kawal isteri dia..semua sebab dia rasa mak dia buat camtu,dia pun kena biar isteri dia buat camtu.


hebatkan kuasa seorang ibu?antara anak-anak aku yang ber3 tu..rasanya sikenit Hajar paling rapat dengan ayahnya.

si kakak:sampai sekarang masih malu-malu nak minta sesuatu dengan ayah.tapi ada jugak kes dia ngadu ngan ayah sebab tahu kalau ngadu ngan aku pasti kena marah.ayah lebih cool dari umie.huhu..redha jelah

si abam:dia mmg anak umie dari masih baby..dah besar ni je pandai mintak macam-macam ngan ayah.apa nak..lambat ngan cepat je pasti ayah beli

si adik:buka pintu balik rumah 'ayah ane?ayah work'sendiri tanya,sendiri jawab konsepnya.bangun tido 'ayah,nak tab' @ 'ayah.bukak tv,tatun (bukak tv,kartun) aku nak hantar umah pengasuh pun dia taknak,lepak celah keti** ayah lagi best kot.

tapi.......................nak tido,umie tetap pilihan no 1.

hebat kan?

Comments

Unknown said…
untung kan jadi ibu..

pagi tadi laki aku kata.. untung jadi orang perempuan..tiap kali bersalin je cuci dosa.. aku tak sure sangat benda ni..tapi bila ko tulis benda ni aku tengok anak2 macam tu..

tak kira la aku jadi monster macam mana pun..tiap kali nak tido mesti nak selit celah ketiak aku..aqil da besar sikit ni je boleh ngan ayah..
Unknown said…
kan pepatah ada mengatakan...
'tangan ibu mampu goyang dunia' (eh eh betul ke pepatah tu bunyi gini?)
isme_cv said…
saya anak ayah dan ma...kecik2 dlu org ckp saya anak ayah..

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...