Skip to main content

Irfa,Bukan Aku la...

~morning korang~
hari ni sarapan kat mana?makan apa?
Pagi ni,menu sarapan kat kafe sebelah 
kurang menarik
dari tray ketama sampai tray ujung
semuanya tinggi carbo
nasi lemak,mee goreng,nasi goreng kampung
pastu nasi goreng kaler merah2 sikit,
ada lagi...mee goreng dan bihun goreng
gerak depan sikit,gerai roti canai
alahai

last2 masuk opis bancuh kopiko 3in1
makan dengan roti,carbo jugak tapi roti breakthru
konon carbo tak tinggi sangat.hehe
lepas minum kopiko rasa nyesal..huhu
sebabnya aku memang alah dengan sebarang minuman
yang ada unsur kopi @ nescafe
konfem kepala berdenyut2

nyesal sekarang tiada gunanya -_-
 okey layan blog jap
baca sini,bila rai post entri ni aku terkujat
pastu aku gugel image
gambar pertama aku jumpa dengan keyword 'irfa'
ini dia

oh,ni irfa rupanya
hahaha



daaaaaaaa
sori buang masa korang baca entri merepek dipagi hari 

Comments

Unknown said…
ahaha..comel lah ko ni irfa..

aku makan kek cekelat.. lebih kek buat malam tadi..
Unknown said…
akak layan nasi lomak jeh pepagi nie...dah boring layan cafe kat bawah tuh hu hu....
Anonymous said…
sy minum shake jer
NenetPenne (NP) said…
beli nestum 3 in 1 atau horlicks ganti nescafe...
akak kalau minum nescafe 3 in 1 pun boleh sakit kepala jugak
Nick Nashram said…
saya makan roti canai je..hehe

ntah la, kdg2 blogger yg newbie mcm kita ni diorang x pandang..tnya pun tak balas.takot jatuh saham kot kalo diorang join ngan blogger newbie ni.huhu
Anonymous said…
cheqna makan kek pisang je 2 keping..ni tgh lapo....
Irfa said…
#rai..
dah lama x buat kek coklat,tp smlm member yg tgh duk gila membaking bawak kek coklat dtg opis..merasa jugaklah homemade punya kek coklat

#kak lienda..
dahlah menu sama..pakcik mahal pulak jaga kaunter,lagiiiiiii xde selera
hahaha

#afiq..
welcome ;)
shake je?kalau tahan no hal punya

#kak net..
ni pun jumpa dalam laci..sib baik lom expired.kalau membeli memang taklah..sbb tahu mmg alah.mmg kena buat stok nestum utk kecemasan ;)

#nick..
semua org bermula dgn newbie..ker ada yg tiba2 terus jd femes?hehe
Zareda Norman said…
overdose caffain kotss :-)
Anonymous said…
he he ada baca juga di blog rai

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...