Skip to main content

Tajuk Berita Hangat


Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu untuk semua
korang dah sarapan?eh!dah jam 11.30 mestilah dah sarapan kan?
hari-hari tanya orang dah sarapan ke belum
macam la nak belanja.huhu

okey..
sarapan pagi ni tidak mengeluarkan satu sen pun
di belanja?oh tidak ye
roti semalam ada dalam laci
bawak bekal dari rumah,isi ayam goreng kunyit
kat umah takde bebudak,en abe lak keje shift petang
takat aku ngan kenit..apa sangatlah kan
 ayam pulak tak sedap simpan lama-lama
so potong kecik2 buat ayam goreng kunyit
jumpa terung 2 biji dah lama beli..lupa nak masak
2 dah buruk,2 masih elok...potong2 dan campak sekali dalam kuali
jadilah ayam goreng kunyit berterung
aku ni spesis senang bela
bak kata Rai 'lelaki bertuah dapat bini macam dia'
aku pun sama..jenis tak meminta2
tapi merengek dan menyanyi kat telinga je
hahahaa

ada orang sambil makan,baca 'surat kaba' aka 'surat khabar'
!!!apa khabar kau disana,lama sudah tak berjumpa!!!
tetiba nyanyi di pagi rabu yang hening
apa kes?

aku jarang sangat baca paper
kalau ada depan mata baca jugakla
nak membeli memang TIDAK jawapannya
walaupun membaca adalah hobiku
kedekutkah diri ini?

perasan tak,kalau kita baca paper
ada kes yang sama
tapi tajuknya berbeza
tajuk kat Utusan lain
kat Berita Harian lain
Metro dan Kosmo lagilah lain
hehe

cer tengok sini
^_^
(maaf aku jumpa dalam emel..so tak tahu sumber dari mana.
kalau tuanpunya yang baca ni..mintak halal ye)


tapi surat khabar lama laku dijual
petang sabtu @ ahad
ada lori buruk jerit2 sambil hon
'sulat khabar lama'
sebab jarang membeli
maka jaranglah menjual
hehe

Comments

rintzpalil said…
Sekarang bila baca paper baca surat khabar yang kecik saje. yang besar tak baca. tak minat.
Mummy Sher said…
SALAM

OWH! Tajuk surat khabar tu memang gempak! kesian pula kat nenek tu kan..
Kakcik Seroja said…
Tengahari ni kakcik dah jimat belanja sebab ada mesyuarat. Ada mesyuarat maknanya, ada makan2. :)
Dr K said…
Saya jgn kan surat khabar, berita jam 8 pun tgk jarang jarang..kalau tgk pun, sipi sipi sahaja...Berita zaman sekarang bukan berita, tapi taraf gossip, lebih parah, fitnah. Baik saya baca komik atau layan Animal Planet. Binatang tak tahu menipu ;)
NenetPenne (NP) said…
suratkhabar free kat sini..ofice punya tapi tak pernah bawa balik bukan mcm boss akak tu, asyik bawa balik suratkhabar je ke rumah..
yelah boss hutang byk kot tu pasal suratkhbar pun tak mampu nak beli..ha haha...lainlahkita kan, gaji kita sikit, nak beli mekdi pun guna kupon free kat The Star.. ha haha..

ayam goreng kunyit? sedap tu..dah lama tak makan...

sejak2 akhir ni suratkhbar lebih berunsurkan politik..
bangsawan nilai said…
kwn opis pompuan bgtau jgn cite kat org apa kita masak simple sgt mcm telur dadar, ikan sadin ke.

kalau msk yg best mcm kek red velvet, lamb shank baru la ambik gambar post dlm FB, twitter ke blog ke...ha ha kalau boleh bagi tau satu donia!
...gurau ya.
Irfa said…
#azrinna..
hai :)
nape xboleh masuk ke blog awak ye
dulu x suka baca paper sbb dia sgt besar..susah nak selak ;)

#sherwieyna..
kan?nenek sapa lah tu ye ;)

#kakcik..
opis lama ada jugak karipap belen meeting tp opis baru ni takde..
diorang meeting pun minum mineral water je ;) nak jimat katanya
Irfa said…
#daddy ziyyad..
itu lah antara sebab x suka baca paper.huhu

#kak net..
sian dia kan?byk komitmen smpi nak beli paper pun x mampu.takpelah..kita mampu so kita beli je nanti boleh dapat kupon free ;).nak kata ayam goreng kunyit sgt pun tak jugak.ayam masak 'asbol' kot

#bangsawan-nilai..
oh gitu pulak ye?mesti kawan opis tu dah biasa buat.hehe

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...