Skip to main content

Posts

Bekas Kosong Kembali Ke Rumah

ape yang best bila bulan Ramadhan? selain dari menu yang beraneka di param (pasar ramadhan) tu aik takkan lupa kot ye, betul balik awal, pandai korang teka kami (swasta) masuk keje jam 8.30 pagi balik 4.30 petang (balik awal sejam dari biasa) okey sekarang dah 3.45 petang boleh la kemas apa yang patut hihi ni bekas kosong kan sebulan ni kita ' bercuti'  dari acara makan-makan kat opis so .. clear kan semua bekas2 kosong atas meja dan dibawah meja lapang rasa kaki , boleh berlunjur sebab dah takde barang bawak bantal tido bawah meja best nih hehe # jangan cari pasal

Ramadhan 1:Boleh dan Tak Boleh

Salam 1 Ramadhan untuk semua sila abaikan entri yang katanya taknak post entri sebulan di bulan posa ini, huhu . Sebab apa aku kena post entri? sebabnya aku nyampah tengok post sebelum ni yang gambar tauhu goreng dan mee bandung extra sos cili tu. So kenalah up citer lain, hahaha Sahur malam tadi kunci jam 4.50 pagi. Panaskan nasi dan tumis air kubis dengan ikan bilis, pastu buat ayam goreng kunyit. Dah siap hidang kejut si bujang dan en abe bangun sahur. Alhamdulillah sahur simple tapi mengenyangkan. Aku ada berazam kononnya nak kurangkan kuantiti nasi bulan posa ni, kita tengoklah nanti berjaya @pun ke laut. Last year berjaya je tak makan nasi sangat. hehe 5.20 semua dah setel makan, last tu makan kurma dan minum air banyak2. Ingatkan lepas sahur nak buat keje lain tapi ngantuklah pulak. Konon baring2 je tapi lelap jugak akhirnya. Sedar2 6.30 pagi, sib baik tersedar, huhu. Masa nak bersiap ada sesi berdialog dengan si abam  * boleh gosok gigi tak? # boleh gosok gig...

Minum Petang Sebelum Puasa:Tauhu Sumbat dan Mee Bandung

Kasi can ek letak gambar makanan, esok janji tak buat lagi, hehe. Ye la tu, silap haribulan sebulan posa 30 keping gambar menu berbuka dan 30 keping gambar menu sahur. Amacam? ada berani? cubit perut nanti.. Ni gara2 terpengaruh dengan kata orang, dengar orang kata mee bandung sedap aku pun tumpang order sekali. Sementara menunggu mee bandung siap di masak, aku nampak tauhu sumbat. Lama tak makan tauhu, ambik 4 ketui ni nak rasa nak mentederah? kalau takat nak rasa je patutnya ambik 2 ketui je. Yang gi ambik sampai 4 ketul tu nape? makan 2 1/2 ketui je lagi 1 1/2 ketui masuk tong sampah. tak lalu dah nak telan, huhu # hidung tersumbat, makan apa pun takde rasa tauhu sumbat 4 ketul/RM2 Dan mee bandung pun siap, merah semacam je makngah, konfem terlebih tuang sos cili ni. Aku pun konpius ni mee bandung ke mee hailam? kan dah kata, memang tak abis.. uwaaa pembaziran sangat mee bandung extra sos cili rm4.50 Sekian entri makan-makan sebelum puasa (^_^)

Bila Terputus Bekalan Letrik, apa rasa?

Once upon the the time, long-long time ago, kampung aku nun di pantai timur sana mendapat bekalan letrik masa aku lebih kurang darjah 2 (sebelum tu numpang generator jiran, bayar bulan2 kalau tak silap rm10/20 sebulan tapi bekalan cuma ada 7malam sampai 7pagi je) jangan berangan nak tengok tb bagai sebab bekalan tu tak mencukupi untuk ko tengok tb, nanti kena litar pintas kejung satu rumah. Nauzubillah. Berbalik kisah petang semalam, sampai umah jam 6.50 petang. Si abam mengkhabarkan bahawasa-nya, taman kami terputus bekalan letrik.Ish, dahlah nak malam, acaner nih? Takde letrik takpe asalkan dapat pasang kipas sambil tengok tb, okey tak lawak. Masuk umah, gagau-gagau dalam poket tepi peti ais, jumpa sekotak lilin. Fuh! sib baik ada lilin. Pasang lilin letak tengah rumah, anak2 aku terutama si abam dah rupa kelkatu jumpa lampu. Sabar jelah, seronok pulak dia macam sambut besday duk ngadap sebatang lilin tu. Si adik pulak 'umie, Ajaa bosanlah lampu rosak. Umi teponla ayah, s...

3 BE Untuk Sambut Ramadhan

Sarapan apa pagi ni? esok jangan pulak buat2 lupa ye, tetibba bangun tido lepas subuh tu pi bancuh milo pulak ye, esok pagi kita sahur je esok no more sarapan selepas subuh okey ;). Tadi kan aku bersarapan popia besar (memang besar pun, size selebar tapak tangan aku, nak ambik gambar segan sebab sarapan kat opis orang lain, huhu) . Tapi memang sedap sangat intinya, ada bawang goreng dan sengkuang dalam tu. Katanya 'ex staff yang jual. dia ada buka kedai di medan selera dalam Tesco Nilai, kalau teringin boleh la pegi sana nanti' . Ingat tak nak menulis dalam bulan posa nanti, yelah sangat. Tapi sesaja gi jenguk Nufnang. eh! ada 3 ketui BE sangkut kat situ. emm baikla pulak en Nuffnang ni. TQ kepada Drypers Quality Story, Kanebo Kate SS Collection (dah ada kat situ sejak 3Julai lepas) dan terbaru pagi ni ialah Sunsilk. Moga bertahan lama :) # rezki bulan posa kot (^_^) bukan banyak pun tp siap buat entri maklumlah, bukan senang BE nak singgah kat blog sendu mac...

Selamat Datang Ramadhan

Pelik betul la, duk umah elok je takde lah hidung tersumbat ke hapa. Masuk je opis, baru melangkah masuk kat lobi .. hidung dah rasa ketat semacam. Sila salahkan ekon yang sejuk tahap gaban ini. Belum bulan posa lagi, bulan posa nanti ada yang beku kot. hihi. perut kosong lagi cepat rasa sejuk kan? Hari ni memang hari makan-makan sedunia ke? sana sini ada makan free. Murah rezki orang yang membelanja. Moto hari ni 'makanlah kamu seolah-olah tiada lagi hari esok' boleh gitu?   Ada orang tu katanya 'hari ini dan esok takyah kuar sen pun utk makan. Sarapan, Lunch dan minum petang semua di taja' emm siapakah orang itu? Untung sungguh duk kat Malaysia ni kan? mewah sungguh dengan  makan-makan tu pasal kedai jual baju  xxxl pun makin banyak, ops.. Okey, ni entri last sebelum posa, nak mintak maaf kalau ada salah silap selama duk 3M di blog ni (merapu, merepek, meraban) . Cuti apdet blog selama sebulan okey ke? SELAMAT BERPUASA KENGKAWAN # tetiba teringat ay...

Ajaa Putri Misha Naina (bukan nama sebenar)

kalau di tanya 'nama sapa?' 'nama Ajaa Putri Misha Naina' dijawab dengan penuh yakin menurut cerita si abam, itu adalah nama budak baru di rumah pengasuh budak tu di panggil dengan nama 'puteri' last week demam bila demam melepek minum susu tak nak makan tak nak bergerak pun tak nak nak bagi ubat meraung macam nak keluar anak tekak bila dah sihat sikit dengan lagak mak tiri dia mengarah si abam 'abam, kemas menan ni. ajaa nak tido, tutup lampu' wah ! tu dia kakak kawasan kembali mengganas jaga2 pak meon (^_^)