Skip to main content

Selamat Datang Ramadhan

Pelik betul la, duk umah elok je takde lah hidung tersumbat ke hapa. Masuk je opis, baru melangkah masuk kat lobi .. hidung dah rasa ketat semacam. Sila salahkan ekon yang sejuk tahap gaban ini. Belum bulan posa lagi, bulan posa nanti ada yang beku kot. hihi. perut kosong lagi cepat rasa sejuk kan?

Hari ni memang hari makan-makan sedunia ke? sana sini ada makan free. Murah rezki orang yang membelanja. Moto hari ni 'makanlah kamu seolah-olah tiada lagi hari esok' boleh gitu? Ada orang tu katanya 'hari ini dan esok takyah kuar sen pun utk makan. Sarapan, Lunch dan minum petang semua di taja' emm siapakah orang itu?

Untung sungguh duk kat Malaysia ni kan? mewah sungguh dengan  makan-makan tu pasal kedai jual baju  xxxl pun makin banyak, ops..

Okey, ni entri last sebelum posa, nak mintak maaf kalau ada salah silap selama duk 3M di blog ni (merapu, merepek, meraban).

Cuti apdet blog selama sebulan okey ke?


SELAMAT BERPUASA KENGKAWAN
# tetiba teringat ayah bonda di kampung, huhu
bulan posa memang extra touching sikit dari bulan biasa 

Comments

ct cheery said…
wah..salam ramadhan dear...rajin2x posa penuh yeh...
Jari Manis said…
entri last sebelum puasa?..kiranya..sambung tulis lepas raya eh..ok2..Selamat Berpuasa Irfa..jom kita g terawikh :-)
Acik Erna said…
cuti sebulan dik..sehari pun payah he he
Balqis Nazid said…
salam ramadan Irfa.... maaf zahir batin dari saya juga ya...
Irfa said…
CT CHEERY..
emm pompuan susah nak posa penuh
mesti ada yg lopong jugak..kalau penuh,mesti ada sesuatu terjadi.hihi
Irfa said…
JM..
konon2lah..tp sayang kalau tak tulis
BE ada 2 ketui baru singgah tu :)
apapun slmt berpuasa ye JM
harap dapat tunaikan terawih kali ni
Irfa said…
KAK ERTNA..
itulah pasal..takpe,kita cuba yg termampu ;)
Irfa said…
BALQIS NAZID..
tq,selamat berpuasa jugak
smoga lebih baik dr tahun yg sudah2
bangsawan nilai said…
salam Ramadan & selamat berpuasa irfa. maafla selalu ngusik 0=0
||aLeaSaRa|| said…
owh alhamdulillah semoga usia dan kesihatan kita diberkati,untuk menjalankan ibadah di bulan ramadhan yg mulia.salam ramadhan ye sis irfa..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...