Skip to main content

Shiseido Mask, ByeBye White/Blackheads

nak share satu produk
kegilaan baru sekarang ni
# mood gembira sambil gosok hidung yang terasa licin

RM2 sekeping, anak pengasuh yang jual
ada peket kaler hitam, putih dan gold macam ni
fungsi sama je kot

ni bukan hidung aku, gambar dr gugel
best pakai ni
wapkan muka dengan air panas
kalau rajin la, malas kalu tak yah buat
pastu sapu kat bahagian yang korang rasa ada white/blackheads tu
elakkan kena mata
dan lelaki elakkan kena misai/janggut
nanges nak mencabutnya nanti
biarkan betul2 kering dlm 20/30 minit
pastu zassssssss koyakkan dari bawah ke atas
memula pakai dulu berair mata aku
sebab sapu tebal sangat
dan terlebih masa, huhu
macam nak tercabut kulit
letak gam gajah ke hapa ni?

tapi lepas tu rasa cam 
wah, licinnya muka
hidung pun takde rasa berduri2 lagi

~ selamat mencuba ~ 

Comments

Aisy Nasiha said…
Wah..berseri2 lah muka sambut raya nanti....
Cida de' Nuanza said…
penah pakai mask ni, tp bukan jenama ni...
mmg nangis nk cabut sbb terlebih sapu sampai kena pipi
auuwwwwwwwwwwww
Cho Zila said…
amboi muka raya yang licin lemuihni...
psss :: sori lama tak ke sini akak ada masalah kpmputer kat tempat kejeni tak leh nak komen kalau entry yang komennyer tak pop up...
Jari Manis said…
Wah..kira murah lah RM2 je sekeping...bertambah berseri lah kawan JM sorang nhi heee
Nieda Ramly said…
mmg best... lagi best bila tengok biji2 hitam/ putih dah keluar.puas hati pun ada.
Irfa said…
AISY..
mudah2an ;)
takdelah, saja suka2
Irfa said…
CIDA..
oh ada jenama lain ke?
tak tahu pun
itulah, pertama kali pakai, sapu satu muka
pastu nak nanges masa nak cabut
seken time sapu kat hidung dan dahi je
Irfa said…
CHO ZILA..
haha, jangan berlemuih dah le
oh kenapa jd gitu ye?
dulu sy buat pop up jugak utk kotak komen
tp sekarang rasa suka nak jawab komen satu2, terus tukar pada embedded
Irfa said…
JM..
murah le sbb tu beli
kalau mahal tak kot # kedekut
Irfa said…
NIEDA..
betuk tu, memula pakai mmg seram tengok sekecik2 white/blackheads keluar
dah pakai 2/3 kali dah kurang sikit dah

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...