Skip to main content

Ramadhan 16: Bulan Cantik dan Kuih Raya

Salam Ramadhan ke 16, wah! mesti semua mood gembira datang keje hari ni kan? Maklum ler esok cuti (Nuzul Qur'an). Cakap orang ye, aku pun sama jugak, hihi. Emm ingat nak balik berbuka ngan mil petang ni, harap2 tak jem dekat jalan Tun Razak tu. Kalau tak konfem berbuka dalam keta sambil telan air liur je. huhu.

Pagi tadi ada sedikit drama airmata, siapa lagi kalau bukan drama queen kecik aku tu. Kisahnya hari selasa tu pengasuh tiba2 kena balik kampung sebab pak mentuanya sakit. Kakak tu tak sempat tunggu aku balik keje sebab nak bertolak cepat dan dia bagitau akan tinggalkan anak aku kat rumah kakak dia. Tak jauh pun sederet ngan umah aku je. Masa ambik anak, kakak dia offer  kalau takde orang jaga, hantar je anak2 umah dia. Dia kesian kalau aku kena ambik cuti banyak. Tq Kak, jasamu di kenang.

Tapi semalam en abe cuti, so tak hantar la. Pagi ni en abe keje shift pagi, sah2lah kena hantar. Apalagi, meraung la dia taknak masuk umah. Siap cakap 'taknak duduk sini, ...........( sebut nama sorang budak yang kakak tu jaga) nanti dia buat Ajaa' padahal budak tu lagi kecik dari dia, apa nak takutnya. Kakak tu kata '....... takde' akhirnya dia masuk umah, elok dia masuk aku pun cabut ler. Dari jauh aku dengar suara dia melalak. Maaf le kak, pandai2 la akak buat macam mana.

Sambil tunggu member pickup aku berbicara dengan bulan 'Bulan, aku sedih. Sudikah kau mendengar luahan hati ku?' drama sangat.......pirahhhh

jam 7.10 minit pagi
masih ada sisa bulan penuh 
Cerita lain, tadi nampak kuih raya nak raya memanglah kuih raya ada di mana2 je tapi kan, aku rasa kuih raya ni nampak berselera cuma sebelum raya. Bila hari raya, jeling balang kuih pun rasa loya. Nampak sama je semua kuih tu, tapi dia akan nampak sedap seminggu dua lepas raya. Serdak pun licin.

deretan kuih raya menggoda jiwa
pilih jangan tak pilih
sila bayar kat kaunter ye

Dalam banyak2 kuih raya, antara kuih raya yang aku tak jemu makan ialah tat nenas, semperit, kuih siput dan sarang semut.

Tapi setakat ni baru order kuih sarang semut je, itupun adik pengasuh yang buat. dah beberapa tahun order kuih tu dengan dia. Dan dia pun tiap tahun buat kuih tu je takde buat kuih lain, nanti aku tunjuk gambar ye

Zaman aku buat kuih raya dah berlalu,last aku menguli tepung untuk buat kuih masa umur 18 tahun, gila lama kan? hihi. 

Korang dah order kuih apa? ker buat sendiri? kalau buat sendiri TAHNIAH aku ucapkan (^_^)

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum Irfa,
Kak Sham order kuih raya ngan wife cousin.
Setel utk 3 umah.
Tapi kuih apa.. entah..
Janji ada jer..
ingat hati nk buat sendiri tapi mcm malas la pulak nak buat kuih raya ni...
jawapnya mmg kene beli jer laa...
Qashmere said…
Meriahnya tengok kueh raya tu
Jari Manis said…
mmg cantik bulan mlm tadi bulat dan terang bendarang..kuih tunjuk juga jadi pilihan JM hee
asyifamustaffa said…
Takat ni...oder kerepek2 je...sekut buat 2 jenis...buat yg simpel...yg sekali adun...pastu tenyeh2 x pakai acuan....hehehe...
sitiezahim said…
salam irfa... hummm dok obersea ni takde semangat sangat nak raya tau. baju raya pon pakai setahun sekali..saya recyle baju raya taun lepas yang tak sempat nak pakai hahaha... duduk msia bes kan kuih main tunjuk2 je, tp biasanya orang beli dengan orang yang kita dah tau kesedapan kuih tu kan? hehehe...
Nieda Ramly said…
kuih raya campur2. ada yg beli dan ada yg buat sendiri.
kalau buat sendiri lagi untung boleh dpt banyak berbalang2 hehehe
-Sara- said…
kita order jee..mmg takla nk buat sndri kan..hihikk :P
Unknown said…
tahun ni beli je kuih raya, tahun lepas ada gak buat 2 jenis. Tahun ni malaslah nak bakar kuih dengan ada budak kecik semua. Alasan je kan Irfa...hehe.

Betul2 kuih raya sedapnya masa belum raya, dah raya, pandang pun tak, lepas raya pun kureng bagi akak...hehe.
Mimie said…
Tahun nih sy wat kuih raya sndri..pestime tau nak wat nih
Aisy Nasiha said…
Mujur ada yang sdia membantu kan? Kalau tak ada orang, payah juga jadinya tu...

Saya tahun ni order 4 jenis biskut je.. Harapnya habis la. Selalunya tak abis pun..
Tak merasa ler kuih raya tahun ni...isk isk isk :(
azieazah said…
Sama ler kes Irfa dgn Kak Azie. Berpuluh tahun dah tinggalkan kisah buat kuih raya ni. Dah berenti buat kuih sejak tinggalkan kampung. Dah kahwin pun tak buat kuih raya gak. Semua beli jer. Ntah bila nak rajin buat, pun taktahu....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...