Skip to main content

Tetiba Ada Instagram

Mood:

# mata ngantuk, tak cukup tido
anak kenit tak sihat, masih ada sisa batuk

# perut masih sakit OnOff
ala-ala 'sekut' chipsmore, kejap ada kejap takde

# hati dah takde kat opis
dah terbang pulang ke kampung, mood nak raya
sebenarnya bukan nak raya sangat
tapi lebih pada nak balik kampung je
ma baru kol, tanya bape haribulan nak balik?
aku pun tak pasti
cuti raya pun tak apply lagi  


oh lupa nak cakap, aku ada IG
baru buat last week
create akaun Instagram semata2 nak skodeng gelagat artis, huhu


banyak sungguh masa lapang ko ye Irfa
kalau betul banyak masa lapang
apa kata ko buat popia simpul
tak pun popia nestum
jimat jugak kos beli kuih raya
resepi dah print, buatnya entah bila

entahlah labu


Comments

Jari Manis said…
Dh ada akaun instagram kwn JM nih heeee
Unknown said…
apa nama Instagram? nak follow.. hehehe
Irfa said…
HAI CIK LIEZA..
nak follow? buat lawak ye
takde apa pun situ
baikla duk kat blog ni je, ada gak citer ;)
Irfa said…
JM..
nampak sgt banyak masa lapang,hihi
Aidah said…
Akak kalau bab instagram ke, keek ke anak2 je yang nak offer buatkan. Tapi tu lah. Buat bazir beras je kat akak ni, bukan ada apa2 pun nanti. Kosong.
Irfa said…
SIS AIDAH..
anak2 bulus sihat ke?hehe
itulah pasalnya,sy ni ada blog,fb dan tambah satu lagi IG nih
tp yg pastinya cuma blog apdet tiap hari wpun merapu je lebih
kat FB share artikel je
we chat utk gosip ngan adik2
wasap kalau ada org nak layan borak
hehe
Anonymous said…
Insta...x berapa mnrik...ada gak acc tu..bukaknya pun kadang seminggu sekali...x dak hasil...klau update blog hari2....ada gak hasil....hehe...In
paridah said…
kak ni xterikut benda2 baru ni, stakat ada blog n fb jer...
sudipVSsenduk said…
moga Irfa berjaya menghasilkan beberapa jenis kuih raya... You go girl!
Nieda Ramly said…
dah buat popia nestum @nestum stik ...class nama you!
izawani said…
Hehehe... weh irfa... budak budak ada macam macam, intallgram, wechat dll. Errr... wechat tu anak akak yang install...
wakgelas said…
wak pon xde instagram jugakk.,ahHKs
Anonymous said…
owh..okay..aku ketinggalan zaman..sobss.. takde acc instagram..haha..

go go buatla popia nestum tu..yg kat rumah aku ni tinggal suku bekas je..
Cho Zila said…
akak pun ada tapi idakle rselau ke sana tak banyak masa gamaknyer...
nita said…
Saya pun takde instagram. :P
happyichigo♥ said…
Dira siap carik ig akak..
Ape ig kak irfa
Meh nak follow

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...