Skip to main content

Posts

Nikmatnya Sihat

KWC : Kenanga Wholesale City

Antara Cerita Raya .. nak habiskan ceritera raya sebab esok aku tak masuk opis, ada course kat KJ (bukan Khairi Jamaludin ye, ia adalah Kelana Jaya, hihi)  Sebelum ni aku selalu duk baca kat blog dan dengar adik2 ipar bercerita tentang KWC, aku mampu dengar je sebab tak penah sampai sana. Kalau balik Cheras, dah masuk umah memang susah la aku nak keluar balik. MALAS BERPANAS @ POKET TAK PENUH adalah alasan utama. Apa yang bestnya siksa mata setakat tengok tapi tak dapat beli, huhu Tapi nak jadi citer, Ahad tu aku dan sil no 4 (kami berdua) jalan-jalan ke KWC, kebetulan SIL pun cuti. Kami naik lrt dari BTS dan turun kat stesen Hang Tuah, konon nak jalan kaki sebab sil kata dekat je, tapi tengok matahari dah memancarkan cahayanya, tak sanggup aku nak menapak, nanti cair lemak i, rugi je simpan lama, hihi. So kami ambik taxi terus stop depan pintu, tak mahal .. Rm3. Meh layan gambar .. kat LRT Stesen me and the HotFM Dj, hihi dengan poster jelah TQ to sil no 4, yang...

Cerita Ceriti Raya Qurban

Ini kali Raya kat Cheras, en Abe bekerja di pagi hari Raya. So aku beraya sakan makan kat rumah Mil. Pagi tu sempat bersolat Raya dengan Mil dan si Abam kat masjid bawah je. Lepas balik solat Raya, makan-makan pun bermula. Di mulakan dengan Bismillah, makan nasi himpit + kuah kacang + rendang ayam. Setengah jam kendian, makan soto lak, extra bergedil dan sambal kicap. Lepak2 tengok tv. Si abam ikut atok dan sepupu2nya beraya ke rumah sedara mara. first round, hihi rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit PETANG-nya, dengan adik2 ipar mula sampai, diorang beraya kat rumah diorang dulu. Lepas aktiviti makan2, diorang ajak ke KWC part ni aku citer kat en3 lain ye, balik dari KWC, tetamu tak putus2 datang beraya umah mil. Aku tengok mil pun dah macam penat sangat, aku tolong apa yang termampu je. Meh layan gambar yang tak berapa nak ada i kan sibuk makan, hihi abam di pagi raya adik dapat buah oren, yang lain semua tak pandang dah baju raya recycle raya Posa p...

Salam Aidil Adha dan Selamat Menunaikan Ibadah Qurban

# aku dah start coti hari ni now kat umah mil di Cheras apdet blog ni pun tumpang lappy SIL gigih semata-mata nak wish selamat beraya kt korang sumer SALAM AIDIL ADHA untuk semua re-rakan # i raya di Key El tahun ni tanpa kakak ler harap kakak happy bersama atok, mok, mak n pak sedaranya  harap semua happy tak kisahlah raya kat mana2 pun  jauh dimata namun dekat dihati kepada Ayahanda dan Bonda, maaf anakanda tak balik Raya Haji kali ni Tahun depan Insya Allah kita raya sama2 opss, jangan lupa kirimkan daging salai ye anakanda menanti dengan harapan ucapan salam aidiladha dari anakanda yang jauh di kutubselatan buat kengkawan semua, jumpa lepas raya ye (^_^)

Ibnu Sina Eyewear

Ibnu Sina Eyewear website penah tengok spek lubang2 ni? pertama kali aku tengok orang jual bende ni ialah kat Kota Bharu Airport promoter duk panggil2 orang singgah booth dia tapi cam biasa, jeling je tak singgah pun, hihi itu kisah beberapa tahun lalu bulan lepas, akak sebelah aku ni pakai spek tu aku tengok dia banyak kali dengan muka pelik sebab dah macam mata lalat bila dia pakai spek tu so apa lagi, sesi intebiu pun bermula 'saya penah tengok spek ni dulu, tapi tak tahu untuk apa'  akak tu kata (dia kata, bukan aku kata) 'sejak pakai spek ni, akak dah tak payah tengok tv pakai spek senang citer tak bergantung 100% pada cermin mata cam dulu' kalau Admin Ibnu Sina baca ni, sila ambik akak ni jadi Duta ye wah! terkagum aku dengar biar benar sebenarnya aku ada masalah dengan si kenit dia kan suka ngadap tv, kalau boleh kartun 24 jam budak2 sekarang tengok tv dekatnya macam nak masuk kepala dalam tv tu larang banya...

Blog Sarapan Pagi Saya

Salam Hari Jumaat dah sarapan ke? aku ingat nak tukar nama blog la dari nama Happy Irfa kita tukar kepada Blog Sarapan Pagi Saya boleh gitu? mana tidaknya, asyik up citer menu sarapan je, huhu   okey, pagi ni member yang aku tumpang hari2 tu suami dia lak yang hantar gi keje diorang nak sarapan dulu so aku pun pandai2lah bawak diri seganlah nak makan semeja dengan diorang kotlah diorang nak sembang laki bini buat la alasan, nak gi restoren sebelah cari nasi dagang so sarapanku pagi ini ialah Nasi Dagang Lauk Ikan Aye (Ikan Tongkol) tapi rasanya kurang memuaskan hati sebab: - takde cili sebiji2 dalam gulai tu, puas aku cedok2 tak jumpa cili -acar timun takde rasa cuka pun, tawar je banyak sangat songeh kan? macamlah pandai masak aku layan sorang2 kat meja hujung masa nak keluar baru aku perasan cuma aku sorang je pompuan makan kat situ semua pelanggan lain adalah abang2 teksi dan pekerja kontrak agaknya keterujaan nak ma...

Sosej Sebatang RM1 ?

hai korang moga hari yang diberkati untuk kita semua semalam citer pasal sambal kerang yang extra masin hari ni pun nak citer pasal sarapan lagi, huhu selalunya, aku adalah amat jarang nak beli sarapan ala omputeh ni tapi bila tengok menu semuanya tak menyelerakan nampak sambal sotong, hati teringin tapi masih phobia dengan sambal kerang masin semalam so lupakan je nak makan apa2 yang letak sambal ambik 3 ketul sosej 1/2 senduk telur hancur dan 1/2 senduk baked bean (ye ke namanya tu?) masa nak bayar, tak perasan bos kat depan aku memang langkah kanan kot pagi ni bos bayar sarapan aku tq bos TAPI bila cashier kira 'sosej rm1/seketul bla bla bla' aku kat belakang 'rm1.sebatang sosej? biar betik' (dalam hati je) sepeket sosej jenama biasa rasanya tak sampai rm5 selalu aku beli rm3.90 sen je sepeket kalau dalam tu ada 12 batang sebatang jual rm1, dah dapat rm12 kalau gitu aku nak jual sosej jugaklah ...