Skip to main content

Ibnu Sina Eyewear

Ibnu Sina Eyewear website


penah tengok spek lubang2 ni?
pertama kali aku tengok orang jual bende ni ialah kat Kota Bharu Airport
promoter duk panggil2 orang singgah booth dia
tapi cam biasa, jeling je tak singgah pun, hihi
itu kisah beberapa tahun lalu

bulan lepas, akak sebelah aku ni pakai spek tu
aku tengok dia banyak kali dengan muka pelik
sebab dah macam mata lalat bila dia pakai spek tu
so apa lagi, sesi intebiu pun bermula

'saya penah tengok spek ni dulu, tapi tak tahu untuk apa' 
akak tu kata (dia kata, bukan aku kata)
'sejak pakai spek ni, akak dah tak payah tengok tv pakai spek
senang citer tak bergantung 100% pada cermin mata cam dulu'
kalau Admin Ibnu Sina baca ni, sila ambik akak ni jadi Duta ye

wah! terkagum aku dengar
biar benar

sebenarnya aku ada masalah dengan si kenit
dia kan suka ngadap tv, kalau boleh kartun 24 jam
budak2 sekarang tengok tv dekatnya macam nak masuk kepala dalam tv tu
larang banyak kali pun tak makan saman

aku adalah risau kalau ia akan rabun
kecik bona nak pakai spek mata

aku baru berkenalan dengan spek mata ni pada tahun 2006
kalau boleh taknak lah anak aku kecik2 pakai spek
wpun kakak penah kata
'pakai spek nampak macam orang cerdik
kalau kakak kawen, nak suami pakai spek macam ayah'
kelakar la kakak ni

 ada sesapa nak bagi testimoni spek mata Ibnu Sina ni?
ingat nak beli ler satu, kot boleh baik mata rabun ni
dah tak payah pakai spek

(^_^)

NOTA KAKI:
kalau nak beli online pun boleh
gi kat blog ni ada jual
ibnusina4u

Comments

Yunus Badawi said…
Anak saya yg Tingkatan 5 tu pakai spek ini bila tengok tv. Skrg penglihatannya dah semakin elok, kata dia
Nieda Ramly said…
dah mula mata nak rabun ..........penangan komuter kah?
Zareda Norman said…
Ubat rabun senang je...pagi pahi percik percik air masuk.mata sambil selawat dan niat dalam hati hilangkan penyakit rabun. In shaa allah. Kak zar dulu masa kat kolej pakai spek. Amalkan petua ni.. lama jugalah mmh hilang 80% rabun tu
Lady Windsor said…
kat mana ya jual spek ni Irfa?
Dr. Eyewear said…
sbnr nya dh ramai yg berjaya kurangkan rabun dgn spek lalat ni kkak. hahaa..dan yg tinggalkan terus spek power pun dh ramai. utk info lanjut boleh refer disini www.ibnusina4u.blogspot.com
jom kita ramai2 jd mata lalat
t.a.t.a said…
kena cuba ni. mata saya ni rabun jauh dengan silau.
Cho Zila said…
betoiker..... dulu kawan akka beli... kadang2 akak cuba gak pakai... tapi rabun dekatnii takder ubat kot...
Irfa said…
TATA..
samalah kita
power 125
rabun jauh dan tak tahan silau :(
Irfa said…
CHO ZILA..
ntahler, ramai kata ok.. tak tahu la berkesan tak utk kita
sy pun belum beli lagi nih
hujung bulan la kot :)
Irfa said…
DEAR IBNUSINA4U..
tq sudi tinggal komen kat sini
Irfa said…
SIS LW..
dulu ada booth kat airport KotaBharu
tak pasti ada lagi ke tak skrg
tp boleh beli online jugak
klik sini

http://ibnusina4u.blogspot.com/
Irfa said…
SIS ZAR..
cara kak zar ni pun cuba jugak, cuma buat bila ingat je, huhu
Irfa said…
SIS NIEDA..
rasanya ye, sbb sy start rabun bila masuk keje opis hour yg ngadap pc 8.30 - 5.30 ptg
masa keje shift dulu xde pulak..sbb dulu ngadap customer, takde sgt ngadap pc
Irfa said…
YB..
wah! testimoni yang bagus
x sabar nak cuba jugak ;)
Unknown said…
kalau rabun jauh yg power da smpi 500 pn blh ye?
luv lover said…
sy pkai dh lama x brkurang pun..mgkin cara sy salah kot..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...