Skip to main content

Posts

Ujian Kesihatan Juga Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum semua.. Sihat ke? Alhamdulillah jika semuanya sihat. Kalau diuji dengan sakit pun jangan mengeluh ye, itu tanda Allah nak kita mengadu dan lebih dekat padaNya. Aku diuji dengan 'Slip Disc' beberapa minggu lalu, paling kritikal minggu lepas menyebabkan aku serah diri ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. 2 malam bermalam seorang diri di katil hospital Columbia Asia, Seremban dan kemudian balik berehat di rumah berbekalkan surat cuti sakit selama 2 minggu. Terima kasih kepada yang bertanya khabar ( yang friend dalam Facebook), terima kasih pada en abe yang berulang alik menjenguk aku di hospital disamping menguruskan anak-anak, terima kasih pada si kakak yang sudah boleh diharapkan menguruskan adik-adik disamping kerja rumah yang ditugaskan dan tak lupa terima kasih pada pengasuh yang bertanggungjawab menguruskan makan minum anak-anak selama aku di hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku cepat sembuh. Sesungguhnya, aku bersyukur dikeli...

Rempah Gulai Cap Bunga Rose, Sesedap Gulai Masakan Ibu

Salam Hari Jumaat Moga hari yang diberkati untuk kita semua Sapa sini suka makan? Angkat ibu jari, hehe Dalam banyak2 grup whatapps aku yang ada Yang paling aktif ialah grup sekolah menengah (pompuan sahaja) Hari2 citer pasal makan mau tak 'mengembang' badan sensorang tapi kitorang jugak sesama bagi motivasi untuk menguruskan badan tapi selalunya motivasi nak kurus tu selalu ke laut bila sorang post apa dia masak, semua kelam kabut mintak resepi, hadoiii Baru2 ni kami duk citer pasal masak gulai Antara point nya ialah  'susahnya nak cari gulai sedap macam mak kita masak kecik2 dulu' korang tahu kan, kalau bab makan2 ni Kelantan antara negeri yang banyak pilihan makanan sama jugak dengan Terengganu, Penang, Johor dan negeri2 lain Setiap negeri di Malaysia ada makanan unik yang tersendiri Salah sorang dari kami citer pasal rempah masak gulai Cap Bunga Rose sedap katanya *tapi kat plastik, rempah ni dari Terengganu yang ge...

Mitsui Outlet Park KLIA

Hai korang... Rajin tak kita? Hari2 rasa nak update blog, ntah angin ribut taufan mana yang melanda, rasa macam rajin pulak nak menghapdet blog cacamarba nih. Sementara rajin ni layan jelah, datang malasnya nanti mau berminggu tak udpate, huhu. Btw, kisah kucing tumpang semalam tu, balik keje tengok sangkar dah kosong, huhu. Sedihnya. Si Oren dah bawak lari anak2 dia kembali ke semak, harap anak2nya selamat dan membesar dengan baik tak kiralah dimana pun mereka berada. Okey berbalik kepada tujuan asal aku update blog hari ni. Dulu, lebih kurang 16 tahun lepas, berhijrah duk Nilai ni takde apa yang menarik, takde shopping mall pun. Kalau nak shopping kena gi Seremban. Itupun seingat aku yang ada cuma Terminal One dan Seremban Mall je. Warga Nilai yang taknak pegi KL, situ jelah pun nak beli baju raya. Tak lama lepas tu Putrajaya wujud, so orang Nilai bertukar angin ke Alamanda Putrajaya, lagi dekat sebab lalu ikut Kota Warisan. Kami pun terjebak sama, nak tengok wayang, n...

Kucing Tumpang Kini Jadi Ibu

Salam korang ... Lama tak update blog, sebenarnya setiap hari aku update blog tapi cuma dalam mimpi, setiap hari ada je benda nak share kat blog, tapi otak je menaip, hehe. 1- lor, kat sini korang ye? puas ibu cari tau, kata Oren kepada anak2nya 2- Puan, saya nak keluar, saya tak suka di kurung, kata Oren kepada Tuan Rumah Okeylah, ni nak share kisah kucing tumpang (nak ngaku bela pun malu sebab aku cuma bagi makan je, urusan berak kencing dia aku tak ambik tahu dan aku pun tak tahu kalau dia ni ada tuan) tapi tiap pagi dan petang, dia datang mengetuk pintu cermin belakang rumah minta makan. Anak2 suka intai tapi tak penah bawak masuk rumah. Masa tak tahu dia ni betina, anak2 aku panggil Rayyan, haha. setompok anak kucing  Dalam tak membela, sudah jatuh sayang kat si Oren nih. Dia ni dulu pun masa kecik, mak dia Si Puteh tu yang selalu bawak dia datang umah, tapi sekarang jarang nampak mak dia, mungkin sakit kot. Si Oren ni rasanya budak lagi kot, tapi beberapa bu...

06May2015 #blogreviveday, Welcome Back

Hai semua, tak pasni nak update pasal apa untuk #blogreviveday ni. Demi Cekna  aku layan jugaklah, tak buat kang kata tak sporting pulak, huhu. Rasanya   #blogreviveday sesuai untuk blogger2 yang dah pencen, haha. Aku masih aktif berblog walaupun seminggu dua ni jarang update, tapi blog masih belum berkubur. 2006, tahun aku mula2 berblog. Setiap hari update blog walaupun sekadar update cerita2 merapu, lepas update blog, lompat dari blog ke blog. Paling suka baca blog kak Pnut , beberapa blog lain (yang dah di tutup hanya untuk invite reader) . Antara blogger yang aku paling ingat ialah Lubna, Kak Oren, Kak Zareda (IbuIka), Kak Azwa, Nonie Aziz, MummyRizq, Raflesia Merah, Kak Mulan, Kak Sya, Kak Yus, Mamasinga, Kak Izawani, Kak Salwa, Leney, KLM, DeeDee dan beberapa nama lagi (yang tak sebut jangan terasa ye, banyak dah lupa, huhu). Ramai dah tutup blog dengan alasan anak2 dah besar, dah malu kalau mak citer pasal mereka kat blog (Ops, aku juga mungkin jadi salah seorang d...

Kemaskini: Aduan Tentang SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Nak ngadu sikit, padahal tadi dah ngadu kat FB, haha. Lepas baca SINI lagi hangat hati, grrrrrrrrrrrr. Aku ni bukannya apa, fikir susahnya nak dapat duit, bila jadi gini memang sakit hati, lepas tu semua main lepas tangan je, SSPN tuding jari kat BANK, pastu BANK tuding jari kat SSPN, abis tu jari aku nak tuding kat sapa pulak? Sudahnya jari aku taip kat blog bagi korang baca dan tambah stress, ngeh ngeh ngeh. Kronologi: 9/1/2015 Buka akaun SSPN di Cimb Klia (3 anak = RM 300), kata incik yang terima borang dan duit tu, nanti SSPN akan hantar kad dalam masa 2-4 minggu Sebulan, 2 bulan, 3 bulan, sampai hari ni ( 28/4/2015) 3 bulan berlalu sudah, Kad yang dijanjikan tak nampak bayang. Sampai aku pun dah lupa yang aku penah bukak akaun SSPN untuk kekanak ribena tu. Hajat nak tambah pelaburan masa keluarkan tabung ayam anak-anak yang dah penuh. Hinggalah pagi ni, member bagitau kat lobi opis ada buka kaunter SSPN. Siapa promo kalau bukak akaun hari ni dapat payung, dapat tabun...

ALFatihah Buat FIL

HARI RABU (22 April 2015) Adalah hari yang sedih bagi kami di mana anak-anakku kehilangan atok yang di kasihi, atok yang paling suka melayan karenah 15 orang cucu-cucunya. Paling dikenang oleh cucu2 lelaki terutama yang besar terutama abam dan sepupunya Alip ialah atok yang suka bawak mandi sungai dan aktiviti cabut uban atok dapat upah. Hari itu juga dimana en Abe kehilangan seorang ayah dan aku kehilangan bapa mertua yang sangat sporting selepas 15 tahun menjadi menantu sulung. Kehilangan yang kami rasai tidak setanding dengan kehilangan pasangan hidup kepada ibu mertua yang telah bersama2 lebih dari 40 tahun. Perginya FIL amat di rasai oleh semua sanak saudara termasuk pakcik makcik dan sepupu2 EnAbe yang lain, kerana FIL selalunya menjadi orang tengah bila ada urusan keluarga seperti nikah kahwin dan urusan meminang. FIL memang ada PR yang bagus. Semua berlaku begitu pantas, rasanya tidak sampai sebulan sejak FIL mengadu bengkak kaki sebelum ke umrah pada hujung Mac, balik ...