Skip to main content

Posts

Log In Blog Nak Update Citer Raya, Tapi..........................

Salam korang.. Panasnya cuaca sekarang, rasa nak bawak bantal tido dalam bilik air je. Sebab bilik air  tu sejuk sikit. Aku tak tahu lah disebabkan pembawakan baby dalam perut @ memang sedia ada malas, nak buat apa pun malas sangat sekrang. Ni dah masuk 2 bulan jadi suri rumah ( masih dalam cuti sakit yang panjang) walaupun masih belum sah berhenti keje. Tinggal sebulan je lagi, lepas ni aku betul2 bergelar 'suri rumah'. Ni gigih on laptop nak update citer raya, tapi boleh pulak lompat-lompat blog orang. Sekarang dah buntu apa nak tulis kat blog sendiri, pastu gambar takde untuk jadikan hiasan. Nampak gaya tak kesampaian nak update citer raya, huhu. Terima kasih sebanyak juta-juta kali pada yang masih sudi bertanya khabar, Alhamdulillah kesihatan dah beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Aku pun dah stop suh akak pengasuh masak untuk anak-anak, aku dah mula masak dan urus rumah tangga. Buat yang mana larat, ada hari larat aku buat. Datang hari tak larat, aku pejam mata j...

Entri Cuci Sawang, Ramadhan 2015

Assalamualaikum semua.... Cubaan update blog guna iPad je Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog yg hampir sebulan tak berupdate ni. Aku ada je, tak kemana pun. Aku baca semua komen yg korang tinggalkan. Cuma takde hati nk update blog, huhu. Ntah lah, macam blur tak tahu nk tulis apa. Aku baca je blog korang, tp tak tinggal jejak. Maaf ye Bulan ke2 cuti sakit, Ramadhan jugak dah nk sampai ke penghujung. Sedih mengenangkan Ramadhan kali ini tak sama macam Ramadhan yg lepas2. Buat pertama kalinya puasa aku banyak lubang kosong, sedangkan sebelum2 ini, aku puasa penuh walaupun mengandung. Faktor umur barangkali, kepenatan mengandung di usia 36 ni tak sama macam mengandungkan si kakak dan abam di usia 20an. Puasa kali ni aku diuji dengan sakit yang tak mampu bergerak cergas, selera makan jugak takde. Setiap hari sedulang juadah berbuka akan dihantar oleh pengasuh aka jiran sebelah. Dah bagitau akak tu untuk masak sepanjang aku tak sihat ni. Anak2 juga memahami dan makan tanpa b...

Baby Baru: Rezeki Yang Tak Di Sangka

Assalamualaikum... Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata2 semangat di kotak komen. Terharu dan rasa disayangi walaupun kita cuma kenal di alam maya. Huhu Masih dalam mood 'umpama mimpi dalam mimpi' yang aku kehilangan kerja selepas 17 tahun dan ditambah satu lagi kejutan yang hampir membuat aku sikit lagi nak jatuh dari toilet bowl pada pagi 9/6/2015, aku bagaikan diawangan bila pregnancy test menunjukkan 2 line (positive). Ya Allah, hanya Engkau yg lebih mengetahui apa yg terbaik utkku. Bagi mengesahkan ujian tersebut, aku ke klinik dan doc melakukan scan diperut, dan mengesahkan kandungan dah berusia 12minggu (lebih kurang 3 bulan). Aku langsung terlupa yang 'kawan baik' dah lama tak datang sebab kepala duk concentrate pasal sakit pinggang. Aku fikir hormone huru hara sebab banyak makan ubat dan masuk hospital. Rupanya dalam perut ada isi. 3 berita serentak di terima dalam masa tak jauh beza, bagaikan pakej (disahkan slip disc, hilang...

Jun Yang Mencabar, Kesetianku Selama 17 Tahun Kini Berakhir Sudah

Assalamualaikum semua, Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya. Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997. * sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha * 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva Jun 2015, setelah genap...

Ujian Kesihatan Juga Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum semua.. Sihat ke? Alhamdulillah jika semuanya sihat. Kalau diuji dengan sakit pun jangan mengeluh ye, itu tanda Allah nak kita mengadu dan lebih dekat padaNya. Aku diuji dengan 'Slip Disc' beberapa minggu lalu, paling kritikal minggu lepas menyebabkan aku serah diri ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. 2 malam bermalam seorang diri di katil hospital Columbia Asia, Seremban dan kemudian balik berehat di rumah berbekalkan surat cuti sakit selama 2 minggu. Terima kasih kepada yang bertanya khabar ( yang friend dalam Facebook), terima kasih pada en abe yang berulang alik menjenguk aku di hospital disamping menguruskan anak-anak, terima kasih pada si kakak yang sudah boleh diharapkan menguruskan adik-adik disamping kerja rumah yang ditugaskan dan tak lupa terima kasih pada pengasuh yang bertanggungjawab menguruskan makan minum anak-anak selama aku di hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku cepat sembuh. Sesungguhnya, aku bersyukur dikeli...

Rempah Gulai Cap Bunga Rose, Sesedap Gulai Masakan Ibu

Salam Hari Jumaat Moga hari yang diberkati untuk kita semua Sapa sini suka makan? Angkat ibu jari, hehe Dalam banyak2 grup whatapps aku yang ada Yang paling aktif ialah grup sekolah menengah (pompuan sahaja) Hari2 citer pasal makan mau tak 'mengembang' badan sensorang tapi kitorang jugak sesama bagi motivasi untuk menguruskan badan tapi selalunya motivasi nak kurus tu selalu ke laut bila sorang post apa dia masak, semua kelam kabut mintak resepi, hadoiii Baru2 ni kami duk citer pasal masak gulai Antara point nya ialah  'susahnya nak cari gulai sedap macam mak kita masak kecik2 dulu' korang tahu kan, kalau bab makan2 ni Kelantan antara negeri yang banyak pilihan makanan sama jugak dengan Terengganu, Penang, Johor dan negeri2 lain Setiap negeri di Malaysia ada makanan unik yang tersendiri Salah sorang dari kami citer pasal rempah masak gulai Cap Bunga Rose sedap katanya *tapi kat plastik, rempah ni dari Terengganu yang ge...

Mitsui Outlet Park KLIA

Hai korang... Rajin tak kita? Hari2 rasa nak update blog, ntah angin ribut taufan mana yang melanda, rasa macam rajin pulak nak menghapdet blog cacamarba nih. Sementara rajin ni layan jelah, datang malasnya nanti mau berminggu tak udpate, huhu. Btw, kisah kucing tumpang semalam tu, balik keje tengok sangkar dah kosong, huhu. Sedihnya. Si Oren dah bawak lari anak2 dia kembali ke semak, harap anak2nya selamat dan membesar dengan baik tak kiralah dimana pun mereka berada. Okey berbalik kepada tujuan asal aku update blog hari ni. Dulu, lebih kurang 16 tahun lepas, berhijrah duk Nilai ni takde apa yang menarik, takde shopping mall pun. Kalau nak shopping kena gi Seremban. Itupun seingat aku yang ada cuma Terminal One dan Seremban Mall je. Warga Nilai yang taknak pegi KL, situ jelah pun nak beli baju raya. Tak lama lepas tu Putrajaya wujud, so orang Nilai bertukar angin ke Alamanda Putrajaya, lagi dekat sebab lalu ikut Kota Warisan. Kami pun terjebak sama, nak tengok wayang, n...