Wednesday, October 31, 2012

Diet Ikut Jenis Darah

mood mendum bila orang tegur bab berat badan.eh!bukan berat badan yang jadi masalah tapi bentuk badan.tapi kalau dah berat,haruslah memberi kesan juga kepada bentuknya.huhu...dan gugel-gugel jumpa ni,sumber dari sini

sebab aku jenis darah AB so aku share jenis darah AB je.kalau korang darah O,A atau B..sila ke link yang aku letak tu



Darah AB


DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinKambing, arnab, ayam belandaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanLembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan LautTuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanSemua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
TenusuYogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricottaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKeju america, aiskrim, susu penuh
LemakMinyak zaitunMinyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
BijirinPeanut, walnutSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanFilbert, biji labu, biji sesame
KacangLima
GandumMillet, oat bran, oatmeal, ryeSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanJagung, buckwheat, kasha, soba
SayurBroccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yamSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanArtichoke, avocado, jagung, lima, cili
BuahAnggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwiManga, jambu, kelapa, pisang, oren
RempahKari, misoSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanEsktrak almond, barli, tapioca
MinumanLicorice, red wine, dandelion, kopi, green teaSoda, black tea


TAPI..tiba-tiba aku (^_^) bila darah aku membenarkan aku makan 'KAMBING' hahaha.dan TAPI SEKALI lagi,aku sedih sebab pantang ngan cili.mana boleh tak makan pedas.hilang nikmat makan kalau takde rasa pedas

Kerja Orang,Kerja Kita..Janji Ada Kerja

nasi lemak lauknya kerang,rm3
nasi yang cukup lemaknya
sambal yang cukup rasanya
memang complete
pertama kali beli kat makcik ni
memang akan jadi kegemaran akan datang  

Kerja Orang,Kerja Kita..
Janji Ada Kerja
Ada Kerja,Ada Gaji
tak gitu ?

ada orang merungut banyak keje
ada orang merungut takde keje
ada orang melangut tak buat keje
haha
korang kategori mana?

aku adalah semua diatas
ikut musim ;)

kadang2 kita rasa kerja orang lagi best dari kerja kita
macam aku contohnya
taknak bagi contoh orang lain
so baik buat contoh pada diri sendiri
ye tak?

tengok orang outstation sana sini macam best je
tu ari berborak dengan sorang akak senior
baru balik dari duty travel ke London
aku yang dengar seronok je
tapi tuan punya badan merungut penat
memang betul2 pegi keje
tak sempat nak cilok untuk cuci mata pun katanya
yelah,,dah kata gi keje bukan makan angin

aku yang keje duduk je kat opis ngadap pc
rasa macam best je kalau dapat keje macam dia
dapat makan angin  sambil keje

okey..berangan sudah,makan pun sudah
jom buat keje
(*_*)  

Tuesday, October 30, 2012

Tak Cantik,Salah..Cantik Pun Salah

aku tak tahan nak gelak baca emel ni..ramai orang berlumba2 nak cantik ..makan itu ini untuk cantik,kalau berduit siap operate tukar mana yang rasa tak lawa.tapi bila dah lawa lain pulak jadinya....

nak tengok?ini dia............



CHINESE MAN SUES WIFE FOR BEING UGLY, AND WINS


Both of these photos show Jian Feng's Chinese wife. Before (L) and after (R) she underwent $100,000 of plastic surgery. 

A man from northern China who divorced his wife before suing her earlier this year for being ugly has won $120,000 in a lawsuit, reported Fox 31.  

The man, who was identified as Jian Feng, accused his wife of cheating him on following the birth of their daughter.

Jian’s wife, who was not identified, admitted to the court that she had spent $100,000 on intensive plastic surgery to change her appearance before she met Jian but added that she had never told this to her husband.

Jian won the lawsuit after arguing that the woman convinced him to marry her under false pretenses.

aku rasa suami dia marah sebab anak2 dia tak comel macam dia dan bininya tu..tengok gambar ni..


alahai dunia..dah anak 3 buat apa la nak kecoh
terimalah seadanya..

tak gitu?
hehe



Saham Akhirat dan Kampungku Yang Permai

Wah! Tajuk tak agak-agak tu..

Okey,adik aku dah apdet citer raya..klik sini kalau berminat nak baca.sebenarnya dia lagi berani,baru bukak blog dah tunjuk muka mak ayah dan kampung kami.aku ni bertahun tulis pun tak tunjuk kampung,huhu.bukan tak nak citer pasal kampung ai sedar diri yang ai anak kampung cuma ai suka privacy tu pasal tak tulis..hehe

kenalkan mak dan ayah aku
romantik kapel gitu
sayang mereka ketat-ketat
sebab tiada gantinya di dunia ini 

lemang dijual sepanjang tahun,bukan hanya musim raya sahaja
lemang ni landmark kampung aku,dikenali dengan nama kampung lemang
hingga nama asal kampung hampir tak dikenali
mana nak dapat lemang 4 batang RM 10?
tapi kat kampung aku ada tau
kalau kat cheras ni aku penah beli RM 16 sebatang

masjid yang masih dalam pembinaan
sapa2 nak simpan saham akhirat boleh la menderma kat sini
di alu-alukan

okey,ni yang aku nak citer sebenarnya..dulu ia cuma surau kampung yang kecil je..disinilah aku mengaji lepas khatam ngan mak aku (guru pertama ajar aku ngaji ialah mak aku sendiri) lepas tu mak aku hantar aku ngaji dengan arwah Tok Ji (nama sebenar Haji Awang Long).

Aku ada kenangan indah zaman aku belajar mengaji ialah..yang aku paling ingat ialah..arwah Tok Ji akan bagi aku RM1 bila aku abis mengaji.bukan tiap2 hari la tapi dalam seminggu tu 2,3 kali jugaklah,hehe..duit rm1 tu arwah simpan bawah tilam...bau duit tu wangi je dan tak berkedut sbb disusun cantik bawah tilam.arwah Tok Ji memang duduk kat surau tu.Yang bestnya,bukan semua orang rm1 tu tapi mungkin sebab aku kawan baik dengan cucunya,so arwah tak lupa bagi aku.Arwah sangat lemah lembut orangnya..sebab aku ni 'celik hati' puji diri sendiri nampak..hehe,aku selalu disuruh ajar budak2 kecik yang masih mengaji muqaddam.kira macam 'ustazah kecik' la..ajar mana-mana yang belum lancar sebelum jumpa tok guru tu ngaji ngan aku dulu.masa tu aku masih sekolah rendah kalau tak silap.

Sebelah surau tu ada kolah besar untuk orang ambil wuduk dan ada sebatang pokok belimbing buluh,lepas ngaji aku ngan kawan baik masa tu,namanya Nani(cucu Tok Ji) akan makan buah belimbing tu cicah dengan perencah maggi..kelakar kalau di ingat balik,benda macam tu pun kami boleh makan.

kan aku kata aku budak kampung,zaman aku kecik2 tak pernah makan kepsi..pertama kali makan pun  masa aku dah duk kat shah alam..oh nostalgia sungguh kenangan itu..kenangan yang tak mungkin berulang kembali.

ok,berbalik citer surau itu...dari surau kecik sekarang dah nak naik taraf masjid tapi rasanya tak dapat tajaan..pakai duit derma orang ramai yang dermawan sahaja untuk membina masjid kecil ni.ayah aku adalah salah seorang yang mereka bentuk dan membina masjid ni dari awal pembinaan.kata ayah 'masih memerlukan dana lebih kurang rm10 ribu untuk menyiapkan masjid ini'..takde sapa suruh aku buat entri ni ,aku cuma kongsi je ngan korang.bukan paksa sesiapa.

lokasi masjid ni betul2 tepi jalan..memang jadi tempat persinggahan bila musim perayaan untuk yang pulang arah ke Kota Bharu.ramai yang singgah untuk solat dan berehat kata ayah aku..

okey,sekian........

**note**
adik aku emel kejap tadi..bagitau ada orang buat citer pasal kampung aku.ni linknya dah lama jugak orang yang buat citer ni,dah 3 tahun.tapi aku rasa pelik sikit dgn laman ni..macam spesis perniagaan MLM pun ada,saja je kot buat citer 'hot' nak tarik pengunjung.emm.....

-tapi yang aku pelik,selama aku membesar di kampung tu..takde pulak dengar ada suami isteri yang menjual lemang meninggal sebab eksiden.pelik..terpulang la pada yang nak percaya ke tidak..nanti aku tanya mak aku tentang ni.

Pisang Disana dan Disini

Selamat Pagi kawan kawan..

Hari ni cerita Pisang oh pisang..kan aku ada citer pasal pokok pisang yang tumbang minggu sebelum raya tu.so ikut petua kakYus yang katanya kalau nak pisang tu cepat masak..letak garam kat sisir pisang yang bergetah tu.aku pun ikut lah petua tu..tapi aku lupa nak bagi jiran2 sebelum balik kampung.konon nak bagi yang dah masak,tak nak la bagi yang belum masak.

Tapi...bila balik kampung Ahad lepas..cepat2 buka besen pisang tu...tu dia...................terlebih masak sudah.masak sampai gugur dari sisirnya.huhu.acaner nak buat ni?

ambik besen..buang kulit pisang tu dan simpan isinya dalam peti ais.ada la dalam 6 sikat.nasib baik dah bagi kat akak pengasuh sikit sebelum balik kampung tu.sekarang ni stok pisang tu aku buat cekodok pisang je.ingat nak buat kek pisang tapi bahan2nya takde pulak.

meh rasa sorang sebijik cekodok pisang aku buat pagi ni..banyak jugak aku goreng..bagi si abam bawak ke sekolah..suh share ngan kengkawan.hari ni dia ada hari sukan.

my cekodok pisang yang gebu
tanpa bahan penaik pun tetap gebu
macam tuannya jugak.hehe

jemput makan ;)
  

Monday, October 29, 2012

AL-FATIHAH untuknya

Korang ingat tak aku penah tulis pasal sebuah drama 'loghat Ganu' yang aku suka dan wajib tengok masa bulan Ramdhan tu ari?kat sini aku tulis,Masihkah Ada Ramadhan.

Aku rasa sangat ketinggalan sebab baru tahu pelakon watak Zali tu dah pun meninggal dalam kemalangan motor di KM5.7,Lebuhraya Persekutuan pada 30 September 2012.Baru lagi ni..bulan lepas je pun.Satu kebetulan...aku rasa macam ada baca tajuk tu dalam paper hari tu tapi aku tak sangka itu adalah dia.Ini pun aku tahu masa dalam keta ontheway balik raya jumaat lepas,borak dengan adik-adik dan terbuka citer pasal ni.free masa lunch tadi terus gugel,banyak blog dah tulis pasal ni rupanya.

Aku tak kenal dia tapi rasa macam sedih sangat bila tahu dia meninggal.Tapi bagusnya dia meninggal dengan membawa kenangan yang baik pada orang tentang dia.Sebab watak dia dalam drama tu,dia anak yang baik..dalam drama tu pun dia meninggal jugak.

gambar dari sini-Diari Si Froggie

kat sini pun ada-OhArtis dan sini pun ada jugak-Ondscene


Pelajar Aswara antara 2 penunggang motosikal maut
KUALA LUMPUR – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, R. Selaraseh, 19, dari Sungai Lui, Raub, Pahang dipercayai terbabas setelah dilanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak mangsa yang ketika itu terjatuh di tepi jalan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, Selaraseh berada di laluan kanan lebuh raya dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam dan tidak menggunakan laluan motosikal ketika kejadian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian,” katanya.
Selang dua jam selepas kejadian itu katanya, berlaku satu lagi kemalangan melibatkan motosikal di lokasi sama tetapi kejadian di laluan bertentangan.
Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mazlan, 19, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian.
“Motosikal ditunggang Muhammad Amirul dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dan siasatan mendapati dia juga tidak menggunakan laluan motosikal.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

******************Alfatihah untuknya,Muhammad Amirul Mazlan aka Zali*****************

Raya Qorban Kami Part 2

cewah..Raya Haji pun siap ada part 1,part 2 bagai..hehe,layankan je

PAGI RAYA KE2...
aku bangun awal sebab plan nak gerak dari kampung jam 6.00 pagi sebab en abe kena masuk keje jam 3.00 petang.Tapi macam biasa lah,kejut orang itu orang ini..siap ada yang mintak extra time 15 minit lagi.huhu.

6.50 pagi barula memulakan perjalanan..senang citer kul 7.00 la bertolak.Alhamdulillah jalan clear..singgah kat R&R Gua Musang untuk sarapan dan mandikan si kenit.pastu terus la tak stop sampailah ke Key Ell.sangat sangat seronok sebab perjalanan ambik masa 5 jam je.berbanding 8 jam masa balik tu ari.aku la yang seronok sebab boleh mimpi sampai ke bintang.

tepat jam 12.00 tengah hari kami dah pun sampai umah mil.(cukup 5 jam dalam keta) lepas letak barang kat umah mil,aku keluar semula ikut mil ke umah sil yang baru pindah umah.tak jauh..area situ jugak.anak-anak seronok dapat jumpa sepupu2nya.

Aku macam biasalah layan mil bercerita dan tolong mil masak.kesian mil,nak makan sup tulang tapi tak kesampaian..kalau aku tahu,aku bawak balik je tulang dari kampung.memula memang ayah aku nak kirim tulang pada family mentua aku tapi last minute ayah kata 'seganlah kirim tulang kat orang.tinggal la tulang tu,bawak daging je'.tapi mil pun takdelah kempunan macam orang peknen..makan jelah apa yang ada dulu..nanti beli je tulang tu kendian.

Aku dan anak-anak tido umah sil malam tu sebab en abe keje.

Ahad tengah hari baru balik rumah...balik cuti,seperti biasa la kaum ibu-ibu ni..tak habis dengan kain.basuh kain,lipat kain..angkat kain.eh?angkat kain kat penyidai la..kang tak angkat kena hujan la pulak  ^_^

Raya Qorban Kami

Assalamualaikum...kembali bersiaran dipagi Isnin yang ceria.3 hari tak berceloteh di blog kesayangan,rasa macam 'kosong' je.hehe gedik la sangat.

Okey..haruslah apdet kisah raya Haji yang lepas,memula nak stori mori,aku kan dapat pelepasan balik awal hari jumaat tu..kul 12 tengahari dah boleh balik tapi en abe kena keje,shift petang pulak tu.apa gunanya balik awal kan?

tapi ada gunanya jugak..balik keje gi 'dating' ngan adik kesayangan,cikviva.aku tunggu dia kat umah sewanya dan kami jalan-jalan ke Jayen.alahai..Jayen je?oklah dari takde...makan nasi ayam penyet sebelah Jayen tu..dah banyak kali nak singgah tapi en abe tak berminat.huhu.maka hari itu aku melayan anak tekak.rasanya?boleh tahan..mintak 2 set tapi makan tak abis sebab portion agak banyak.tapau bawak balik..lepas makan cuci mata kat Thai Bazaar depan Jayen itu.terbeli kemeja murah..terbeli sebab susah nak dapat size.bila nampak ada size aku terus je beli.rm29 lepas tawar dapat rm25,tawar lagi sebab ambik 2 helai dia bagi rm45.hehe.ops,hari ni pakai kemeja baru kaler pink terang..gegirl sesangat.

okey..awal tak awal..kul 5.00 petang barulah kami sampai umah.tunggu sorang lagi adik lelaki yang duk shah alam,dia pun nak tumpang kami balik.

pungpang pungpang..makan minum baring layan tv.citer best malam tu..tajuk TALI drama 'loghat Kelate'.haruslah kami gelak sepanjang drama itu sebab bukan senang nak tengok drama loghat negeri kami.yang selalu tayang drama loghat Perak @ Penang je.tapi tak sempat ending sebab 11.40 en abe balik terus angkut beg masuk keta.

tepat jam 12.00 malam kami.(aku,en abe,abam,kenit) + adik aku 2 orang (cikviva dan adik lelaki) bertolak balik kampung.jalan agak 'jammed sikit' dari tol gombak sampai tol bentong.lepas tu jalan dah clear sampai la ke kampung.sekali je stop sebab nak tukar driver kat Merapoh kalau tak silap.

emm...dalam kata tak 'jammed' pun kami sampai kampung jam 8.00 pagi masa orang tengah takbir raya.kiranya 8 jam jugaklah perjalanan balik kampung.jadi apa ertinya raya ku tanpa solat raya?huhu..mandi salin baju (pakai tshirt dengan kain batik je) baju kurung dan tudung baru gantung buat pameran.nak pakai pun takde mood.

sedara mara datang raya..makan sup daging la kalau raya haji.mana ada kueh mueh,mana mana rumah pun menu sama..nasi dengan sup daging @ kari daging @ daging goreng kunyit.pendek citer kalau ada masalah gigi,makan hati la sebab takleh kunyah daging.nasib aku baik sebab gigi memberi kerjasama penuh raya tu..makan daging dengan gembiranya tanpa sakit..tq en gigi ;)

MALAMnya..
tanya kakak nak makan apa?sib baik dia kata nak makan kfc 'kakak nak yang dalam iklan tu'..maka ke pekan jelah..tak jauh dalam 15 minit je tapi kalau dia nak pizza jauh sikitlah,kena ke Kok Lanas dalam 1 jam gitu.

kakak nak yang ni..okey,jom kita ke kepci

lepas makan apa lagi..balik tido jelah...seperti biasa,kalau balik kampung..aku akan tido dengan nenek kesayangan ku.hehe.cucu nenek katakan.

sambung kejap lagi..nak gi bekfes..

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha

hari ni dapat perlepasan balik awal
kul 12 tengah hari dah boleh balik

emm..lagu raya AidilAdha takde ke?
kalau raya Aidil Fitri sebulan pun masih main kat radio
dalam keta nak datang keje tadi 
aku dengar lagu ni
'berkorban apa saja
harta ataupun nyawa'
hehe..itu je kot lagu raya 
sebab ada perkataan 'korban' kat situ

okeyla
nak kad raya?
ambik sorang satu ye


bagi yang balik kampung hari ni
aku la tu..huhu
semoga selamat sampai ke kampung
dan selamat kembali bekerja

makan daging jangan lupa aku kat sini
ko sapa nak suh orang ingat?

jumpa lepas raya
Insya Allah 



Klinik 'Tok Kassim'

Belek-belek gambar dalam henpon,rasa macam 'mak ai,banyaknya gambar.tah hape-hape punya gambar pun ada.bila masa aku ambik gambar ni?'sendiri ambik,sendiri lupa kaedahnya.bukan gambar lawa pun tapi dah pe'el suka ambik gambar ni,semua benda nak di simpan.lagi semak memory yang tak berapa nak banyak tu.

Dan terjumpa gambar kat bawah,tak yah senyum-senyum.aku tahu mesti terdetik kat hati korang 'plastik ubat pun nak ambik gambar ke?' hehe.gambar ni diambil masa ke klinik tersebut minggu lepas.

Kat mana klinik ni?sila tengok alamat di plastik ubat itu


Rasanya bukan aku sorang je ada kes macam ni.kes apa?kes klinik mana yang serasi ngan anak-anak.kalau sakit demam,pegi klinik lain mintak ubat,makan sampai habis ubat tu tapi sakitnya tak jugak baik..nak jugak bawak ke klinik 'feveret'nya walaupun jauh berkilometer dari rumah.huhu

Anak-anak aku ni memang serasi sungguh dengan sebuah klinik nun jauh di Cheras sana.Kami kenal klinik ni melalui mil dari zaman kecil si kakak lagi.Kita namakan klinik ni sebagai Klinik Tok Kassim sebab doktornya pun dah baya-baya fil dan ayah aku je.so kalau dengan anak-anak aku tu kira pangkat atok la.sebenarnya doktor tu tak tahu menahu yang aku bahasakan dia sebagai 'atok'haha.maafkan saya tuan doktor.tapi doctor ni detail menerangkan apa sebab dan bagaimana sakit tu terjadi,siap bagitau ubat ni nama apa,untuk apa.aku penah jumpa doktor yang layan pesakit macam orang mintak sedekah,tulis note sambil cakap 'oh biasa je ni,ambik ubat kat depan'.doctor macam tu memang menyakitkan hati.dahlah menunggu nak jumpa dia berjam-jam tapi jumpa tak sampai 2 minit.okey..lupakan

Sebenarnya kalau tak silap aku,last kami kesini ialah masa si abam ada masalah eczema masa umur 2 tahun lebih(baya si kenit sekarang la).kalau sapa baca blog aku tahun 2009 dulu memang tahulah macam mana aku banyak kali post entri pasal eczema si abam ni.kalau boleh tengok sendiri keadaan dia masa tu memang menyedihkan hati aku sebagai ibunya.Tapak kaki dia terkopek-kopek akibat eczema itu.pegi klinik yang area rumah semua tak menjadi,bawak ke klinik Tok Kassim jugak baru okey.nasib baik eczema tu hilang dengan sendiri bila umur dia masuk 5 tahun.tapak kaki dah licin balik..lega hati aku.

Sekarang si adik pulak,naik biji2 kat lengan..tak banyak tapi aku yang belek dia tiap hari mesti perasan akan biji tu.tak sakit tapi risau la kalau makin banyak.bawak klinik area rumah,katanya ketuat.akan hilang dengan sendiri tapi kalau dibiar takut makin membiak kat tempat lain.risaulah kan,anak dara tu.nanti jatuhlah saham.hehe

Kalau ke klinik ni memang penuh memanjang,dapat no giliran boleh balik basuh baju dulu.tapi memang rezki kami,datang dah kul 7.00 malam dari tempat kerja,cik abe ambik aku dan terus pecut ke klinik.nasib kami baik no giliran kami dapat terus mungkin ramai yang dah datang waktu pagi dan petang.dah nak malam tak ramai orang.

Dapat ubat makan,mandi dan krim sapu..dah seminggu ni nampak biji ketuat tu dah kecut dan hilang sikit.lega hati ;).

Okeylah itu kisah kami dengan klinik 'feveret' anak-anak.korang ada klinik 'feveret' jugak ke?

Kerana Kita Anak

Masih bekerja walaupun esok dah raya.huhu.Harap2 perjalanan balik kampung petang nanti takde 'jem'.Aku rasa ramai dah balik malam tadi kot.hehe

Okey..apa yang nak di 'repek'kan hari ni ye?oh kalau tengok tajuknya macam serius.gempak je bukan ada apa pun.

Aku bergelar seorang Anak dan dalam masa yang sama aku juga seorang Ibu.bezanya anak-anak aku masih kecil.so takde lagi la isu nak kecik-kecik hati ni.gila ke hapa nak kecik hati ngan budak kecik?tapi jika dipanjangkan umur,pasti aku juga akan merasai pengalaman itu.

Kalau ada perkara yang kita tak puas hati dengan ibubapa..selagi boleh sabar,sabar jelah..ingatlah kerana telah tertulis dalam AlQuran,kita sebagai anak tetap berdosa walaupun cuma dengan sepatah perkataan 'AH' terkeluar dari mulut kepada ibubapa.Redha Allah bergantung kepada ibubapa terutama sekali anak lelaki.menitik airmata ibu,susahlah hidup...anak pompuan pula syurga bawah tapak kaki suami tapi jangan lupa tanggunjawab sebagai anak.sangat bertuah jika mendapat suami yang memahami.Alhamdulillah...en abe amat memahami bila hal berkaitan ibubapa kerana katanya,ibu ayah cuma satu je dalam dunia ini.

Peringatan untuk diri sendiri,benda lain boleh kita cari ganti,hatta suami @ isteri sekalipun.tapi ibu dan ayah cuma satu je di dunia ini.kalau ada ibu @ ayah tiri pun takkan sama ertinya.

Kerana kita anak..maka berbuat baiklah pada ibubapa selama-lamanya.

wasallam

Wednesday, October 24, 2012

Durian Crepe Namanya,Baru Ku Tahu

Dari Blog Gula-dan-Mentega
pinjam gambar ye ;)
gambar close up dari sini-Elinluv's Tidbits Corner


ni kisah petang maghrib semalam
aku menyidai kain di ampaian
sidai kain harus la diampaian
itu pun mau citer ke,hehe

en abe baru balik 
kat tangan dia ada macam-macam barang
agaknya dia excited nak tunjuk aku sesuatu
katanya 'cuba makan ni..sedap'
aku pun nganga la
rasa cam durian tapi kenapa comel sangat bentuknya
tak pasang lampu garaj 
so aku tak nampak rupa bentuknya macam mana

katanya 
'sedap tak?kawan jual.bini dia buat
sedap tapi mahal jugak reganya
cuba cari kalau ada kawan yang jual ni'

dalam tu ada 3 ketul je
aku lupa pulak bape rm
so sorang seketul untuk aku,abam dan kenit
tapi kenit taknak
aku nampak dia tunjuk aksi macam nak muntah
geli la tu
takpe..abam habiskan bahagian adik
dia memang 'hantu durian'
bukan takat durian je
tempoyak pun kalau dibiarkan
dia boleh sudu je macam makan aiskrim

sian aku kan?
dah berzaman agaknya benda ni wujud
tapi semalam baru aku merasa
hehe 

Fire Drill aka Latihan Kebakaran

ni je contoh poster Fire Drill yang aku jumpa
Fuh..berpeluh rasa satu badan walaupun berpanas tak sampai pun 20 minit.ni kisah jam 9.45 pagi tadi.dah dibagi short briefing bagitau ada fire drill cuma tak dibagitau jam berapa.disuruh standby je sebab bila2 masa je loceng kecemasan akan dibunyikan.sebelum tu dibagitau nak keluar pintu mana dan berkumpul kat mana.

Tapi biasalah..loceng berbunyi masih ada yang lenggang kangkung sambil borak2 macam takde apa-apa.agaknya kalau betul berlaku kebakaran harus ada yang rentung sebab terhegeh-hegeh.emm biasalah..susah nak bagi kerjasama bab ni,nak pulak tahu itu cuma latihan je.Kalau betul-betul berlaku mungkin baru kelam kabut.Jangan masa tu lupa mana pintu keluar dahla..

Jom layan gambar..

tempat berkumpul..tak jauh tapi panas la
matahari baru naik


aku pulak keluar bawak henpon je,kalau berlaku kebakaran sebenar..handbag pun kena bawak jugak kan?hehe.......takpe,selamatkan diri dulu yang penting.barang-barang tu jadi no2.

Tuesday, October 23, 2012

Game Tembak-Tembak

Cepat sungguh jam bergerak hari ni...dah masuk lunch time rupanya..bekfes tadi makan nasi goreng dan telur mata.kenyang lagi la...

nak citer,aku bukan 'hantu game' ..ada orang aku tengok waktu lunch tak keluar makan,duk main game kat pc.yang peliknya dari bulan Jan sampai dah masuk bulan Oktober itu jelah game yang dia duk main.tak jemu ke?tapi orang kata 'jangan mengata kat orang,nanti terkena kat kita baru padan muka'.sekali, penyakit itu berjangkit kat aku,hari-hari duk layan ni.sampai lenguh dan kebas jari jemari.

lebih kurang gini la yang aku duk main tu

pejam mata pun nampak bola.aduhai..nyesal main ;(
korang suka game ape?

er..dah lama tak main 'dekcok'.apa itu 'dekcok'?ala...yang main kejar-kejar sambil lompat dengan satu kaki tu.kalau dapat cuit kawan tu,dia punya giliran pulak.aku tak tahu orang kat sini panggil apa...

Blog Surat Khabar Lama

Hari ni ada benda nak buat..dah set dari semalam nak buat semua tu hari ni.harap2 setel tanpa gangguan.oh,sebelum tu blog kena kasi apdet dulu.hehe.

pernah baca blog surat khabar lama?sila klik suratkhabarlama.blogspot.com.memang wujud blog tu tapi takde apa-apa pun dalam tu..kosong macam tajuk lagu Najwa Latif ;)



ni dia


takde entri pun dalam tu

sebenarnya bukan blog itu yang menjadi watak utama dalam entri aku kali ini.dia takde kaitan langsung dan aku pun tak tahu tentang blog ni.saja je aku gugel tapi tak sangka memang wujud.huhu.

mesti korang tertanya apa kaitan dengan tajuk kat atas tu.okey..gini kisahnya,perasan tak wujudnya blog yang hanya letak berita/kisah dalam surat khabar sebagai entrinya?takde ulas apa pun,cuma semata-mata snap @ copy berita dan tepek kat blog.pernah jumpa kan?sekali sekala boleh diterima la tapi kalau selalu tak mustahil aku terus 'banned' blog tersebut.tak berminat..kalau aku nak tahu tentang berita baik aku klik terus kat website akhbar tu.kan?

okey...sekian entri tak berilmiah untuk hari ini

Monday, October 22, 2012

Syaitan Merah Bertanduk

Lama tak sori mori tentang si Abam,the only hero..ni kisah abam dan solat..

Budak...kalau dah namanya budak,kadang-kadang nak mengajar dia kita pulak kena jadi budak.malam tadi..lepas solat Maghrib aku baring-baring dalam bilik nak tunggu solat Isya,adik dan abam kat bawah tengok tv.dah azan,aku panggil abam solat.kalau aku solat dulu dia marah sebab tak tunggu dia..panggil sekali dijawabnya 'kejap'.panggil sekali lagi dijawab 'nanti abam solat sorang'okey..aku teruskan je.

dah siap,turun bawah join diorang.dah kul 9.30 aku suh abam naik solat,korang bayangkan dia boleh berguling-guling dari depan tv sampai ke anak tangga pastu dia boleh pulak duduk disetiap anak tangga tu...bukan taknak solat tapi saja lengahkan masa (bukan selalu macam ni tapi ada harinya).

last-last aku cakap 'wah.mesti besar syaitan bertanduk merah atas bahu abam tu kan?sebab tu susah sangat abam nak naik tangga.kalau abam hebat..abam mesti boleh kalahkan dia'.tahu apa jadi?tiba-tiba dia bangun dengan buat aksi angkat berat sambil cakap 'abam hebat dan kuat' pastu cepat-cepat berlari naik tangga.hahahaha.aku gelak dalam hati.takde lah susah mana nak saiko dia..

macam ni kot syaitan merah bertanduk itu

kerjanya mengacau orang nak solat
biasa dia ni..

cer korang buat kat anak-anak yang liat nak buat sesuatu ,,errrrr,itu sesuai untuk kanak-kanak 7 tahun yang sebaya si abam la.kalau orang dewasa atau anak yang dah akil baligh bagi je batang penyapu ;)

Bila Murah,Tak Yakin La Pulak

pernah tak korang lalui situasi macam ni..ada orang jual barang yang korang suka dan dah lama berkenan dengan rega lebih murah dari harga pasaran?

Contoh situasi:
*Perfume
-Rega pasaran dah sedia maklum rm300 + + tapi member jual rm200 je tapi takde kotak.katanya,perfume itu rejected masa 'packing process'.was-was tetap ada padahal kalau ada kotak pun bukan simpan ngan kotaknya..kotak tetap jugak buang bila dah bukak.

@

*Handphone
-rega kedai rm2000 tapi ngan kawan dapat rm1500..dalam hati rasa macam nak order sebab dah jimat banyak tapi was-was.ni made in China kah?padahal..beli kat dealer terpilih pun kat kotak tetap tulis Made In China.

okey..berbalik pada kisah aku,ada kawan jual tab 'murah' jenama pulak tak pernah ku dengar.huhu


rm305 siap semua ada dalam tu maam tab biasa jugak.ada warranty 1 tahun.tab sekarang dah ada sebijik tapi ingat nak beli yang ni untuk diri sendiri.lagipun tak mahal sangat dan tak payah share ngan orang lain..padahal kehendak je pun bukan keperluan

tapi,macam biasalah..kalau dah murah tu mulalah fikir macam-macam

-kenapa murah?tiruan ke?
-nanti cepat rosak macam mana?

hehe ;) pendek kata kalau dah murah macam-macam lah pulak soalan bermain di kepala.pasal Tab tu aku tak pasti jadi beli ke tak.hati kata macam tak kot........

Tak Tahu Tapi Buat Macam Tahu

Sapa dengar HotFm pagi ni?aku kesian sungguh dengan sorang pemanggil (lupa nama tapi dia pompuan).tahu kenapa aku kesian?dia beria-ia memuji pelumba motor yang menang tempat ke 2 semalam,kalau tak silap aku yang namanya Muhammad Zulfahmi Khairuddin tu,aku pun tak kenal sangat sapa si Zulfahmi tu walaupun hari-hari nampak muka dia kat papan iklan depan Sepang Circuit tu.

kisahnya,masa pemanggil tu duk puji-puji si Zulfahmi,boleh pulak Dj tu 'dajalkan' dia.kenapa aku kata dia didajalkan?sebab mereka dah buat pemanggil tu konfius bila sebut nama pelumba itu sebagai Hafiz Hamidun dan pemanggil tu pun mengiakan.masa dengar tu aku yang syok layan game kat henpon macam konfius,eh!betul ke nama pelumba tu Hafiz Hamidun?tapi aku abaikan je sebab aku pun tak pasti nama sebenar pelumba tu.

sekali............Dj tu gelak-gelak sebab dapat kenakan pemanggil tu.Yang sebenarnya Hafiz Hamidun ialah penyanyi nasyid bukannya pelumba motor..

Ni baru Zulfahmi yang menang tempat ke 2 lumba motor semalam.Gambar dari myMetro

GEMBIRA...(dari kiri) Zulfahmi, Cortese dan Folger ketika di podium semalam.
GEMBIRA...(dari kiri) Zulfahmi, Cortese dan Folger ketika di podium semalam.

Okey terus gugel,siapa Hafiz Hamidun?sumber dan gambar dari sini..aku pun baru tahu dia bekas kumpulan nasyid nama Unic tu.hehe



Kesiankan?pemanggil tu bila tahu dia terkena,terus letak telepon.mesti malu dan bengang habis,sib baik tak nampak muka.

Sebab tu walaupun aku tengok sampai habis perlawanan bola masa Kelantan lawan ATM sabtu lepas,aku tak nak ulas lebih-lebih sebab aku bukan kenal semua pemain.Kenal yang mana pernah dengar nama je..macam Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sebab dia dah glemer dengan kisah cintan cintunnya mengalahkan artis,Mat Yo(Norshahrul Idlan Talaha),Piya (Badhri Radzi) (pun baru kenal sebab adik bagitau) dan paling aku kenal ialah Indra Putra(Indra Putra Mahayudin),sebab muka dia hampir seiras dengan adik lelaki aku yang no2..hehe.aku jerit lebih-lebih hanya bila bola masuk gol je.. undang-undang bola sepak pun aku tak tahu.malas ambil tahu yang sebenarnya.

ops..ada satu muka baru yang menarik perhatianku..Afiq Azmi.hehe





Senang citer,kalau tak tahu buat cara tak tahu...jangan sebab nak tunjuk terer kita pun bercerita macam hebat.sekali kena 'pusing' sikit terus termalu.

okey..itu je nak citer.jom bekfes ;)

Blogspot Kena Block?uwaaaaaaaaa

Assalamamualaikum

alahai,datang keje muka ceria
tapi bila bukak blogspot tak boleh pulak
terus muka tak ceria
huhu.acaner ni?

dulu Fb kena block.sekarang blogspot pulak

tak bestnya
okeylah korang
kalau blog ni bersawang 
paham-paham jelah ye
bye-bye
*membawa diri yang duka lara*

Sunday, October 21, 2012

Bolasepak Piala Malaysia 2012...Kelantan 3 : ATM 2

Akhirnya penantianku berbaloi
dari jam 8 malam sampai 12 malam tercongok depan tv
sib baik cuti.....hehe

okey layan gambar yang aku snap kat tv
gila gigih kan?
walaupun tak pegi stadium
tapi aku yang duk rumah dapat rasa bahangnya

abam siap pakai jersi sebagai tanda sokongan kepada The Red Warriors 

Dina nyanyi lagu Negaraku,kenapa lain sangat bunyinya ditelingaku
emm

gelombang merah The Red Warriors


penyokong TRW

senarai pemain TRW

senarai pemain dengan muka masing2
hai afiq ;)

bersemangat masa nyanyi lagu Negaraku
Piya (Badhri Radzi)dan Apek (Kharul Fahmi Che Mat)

TAHNIAH THE RED WARRIORS
^_^

Saturday, October 20, 2012

2:0 ^_^ harap-haraplah

malam ni 
ada temujanji dengan en TV
ai layan kat tv je
sambil makan-makan dan baring-baring juga




dan 



TRW : 2
ATM  : 0
jangan marah ye penyokong ATM
bola je pun
menang kalah itu adat bertanding
moga pasukan pilihan kita menang

selamat menonton dan selamat berhujung minggu


Friday, October 19, 2012

Laman Prasangka Isteri Kepada Suaminya

Bersua lagi kita..

Aku jarang-jarang bukak Fb tapi buka jugak sekali sekala dua kali dua kala.aku memang ada Like satu page ni,perlu ke aku tulis?emm..rasa cam malas je,tapi lebih kurang gini la page nya,kisah tentang alam berumahtangga.sebelum ni aku takde masalah dengan page ni.selalu dia share macam mana cara nak menjaga kerukunan rumahtangga,kalau baca masa tengah marah memang boleh sejuk tahap siram ais batu la.insaf kejap.hehe ..................

Tapi..harus la ada tapi sebab aku kan nak mengulas lanjut tentang ini.semenjak dua menjak,aku perasan admin page itu makin mengarut.harus kah aku UnLike je?

contoh ayat provokasi ialah :

1-suami keluar dating dengan pompuan lain dihari minggu

2-suami simpan simkad@henpon ke2 tanpa pengetahuan isteri

3-suami bawa pompuan lain naik kereta tanpa pengetahuan isteri

itu cuma 3 contoh tapi banyak lagi aku malas nak tulis...seperti biasa,ramai la yang 'meroyan' dengan status tersebut.ayat2 seperti ~!@#%^&*(%^ memang banyak la sampai tak larat nak baca.

ye,memang perlu juga ada prasangka tapi mampu ke ko hidup dalam prasangka 24 jam?tak pasal2 dapat penyakit 3 serangkai walaupun umur masih muda.mahu begitu?

bukan nak suruh bagi 100 % kepercayaan kepada pasangan walaupun selalu kita baca 'KEPERCAYAAN DAN SALING MEMPERCAYAI ITU PENTING DALAM RUMAH TANGGA' tapi dalam dunia akhir zaman ni ramai orang dah tak ambik kisah bab tu.bukan kata lelaki yang bergelar suami je tapi perempuan yang berstatus isteri pun ramai yang ada 'kekasih gelap'.saja nak test saham masih laku ke tidak..peluang ada dimana-mana cuma perlu tepuk  dada,tanya iman.

walau macam mana sayang sekalipun,simpanlah sedikit kepercayaan itu takut nanti kalau 'disalahguna' tidaklah boleh jadi gila.

seseorang pernah berpesan pada aku 'selalu berdoa pada Allah,kalau pasangan berlaku curang pada kita.mintaklah janganlah sampai kita jadi gila meroyan'.ayat tu nampak kasar tapi aku rasa ada benarnya.dia pesan,supaya kita buat yang terbaik tapi bersedia untuk segala kemungkinan.ayat omputehnya,aku jumpa kat gugel

"HOPING FOR THE BEST,PREPARED FOR THE WORST AND UNSURPRISED BY ANYTHING IN BETWEEN"

hah.gitu............apa2pun doa itu senjata orang mukmin,maka berbalik kepada pangkal..berdoalah yang baik2 moga baik juga kesudahannya.sebab kita Orang Islam disuruh bersangka baik dengan Allah.

nak like ke nak unlike?tapi tak Liked pun boleh je baca komen,suka jugak baca komen..hihi makcik sibuk aka kepochi

My Kebun Pisang

okey..entri ke2 hari ni.wah!duk opis baru kemain rajin apdet blog ko ye..eh!mana ada,bukan dari dulu ke aku rajin?hehe

kisah petang semalam,balik keje ambik kenit lalu jalan belakang umah..ternampak sebatang pokok pisang yang ayah aku tanam dibelakang rumah sudah tumbang,buahnya dah elok membesar mungkin akan masak tak lama lagi.sekarang kan selalu hujan lebat siap pakej dengan angin kuat lagi.tu pasal agaknya pokok pisang ni jenis yang rendah tak mampu menampung tandan yang berat itu.nasib baik pokoknya jenis rendah je..so tandan pisang tu elok je menongkat pokok itu.tidaklah patah terus.kalau tidak,mau rosak buah itu nanti.

dengan berbaju kurung aku menebang pisang,pakai pisau dapur je sebab takde parang.sib baik pisau size besar.sebijik rupa macam petani moden ....

layan gambar sebagai bukti penceritaan...

Gambar dari kiri ke kanan:
-2 pokok pisang tengah berbuah,nampak yang tepi pagar sudah tumbang
-gambar pokok pisang yang tumbang itu
-lagi sekali..mungkin tumbang sebab buahnya dah berat
-okey..dah selamat masuk besen untuk diperam

potong tandan dan potong pisang itu sesikat-sesikat,dapatlah 8 sikat,susun dalam besen mandi zaman baby si kenit dulu.pastu tutup dengan surat khabar dan kain buruk.harap2 elok la masaknya.aku tak pasti cara sebenar nak bagi pisang ni masak.ada yang ajar,masuk je setandan pisang tu dalam guni dan sumbat dalam bonet keta.wap panas dalam bonet tu katanya boleh buat pisang masak dengan cepat.tapi aku belum penah cuba.

korang ada tip lain ke?lagipun kalau cara aku tu..pisang tu masak tak sekata,nak bagi orang pun segan.setakat ni aku bagi je pada jiran2 sesikat sorang,pandai2 dioranglah nak bagi masak macam mana.ada kawan aku pulak,dia simpan pisang sampai buruk,dia ingatkan pisang tu dah masak akan tukar kaler kuning.salah aku juga,lupa bagitau yang pisang ni bukan jenis masak kuning,kulit je hijau tapi isi dah masak.sian dia..............simpan sampai dah tak boleh makan.

sebenarnya teringin nak buat kek pisang macam kak lw buat tu,bila agaknya masa terluang..resepinya kak lw dah bagi..nampak mudah dan senang amat.okey,copy balik resepi kak lw sebagai rujukan 

Resepi Kek Pisang Kak Lady-Windsor

Bahan2nya:

220 butter
200 gm gula kastor
5 biji telur
250gm tepun naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
8 biji pisang mas. 
(kalau pisang yg irfa punya tu, empat dah cukup sebab ia besar kan).
I sudu teh esen vanilla.

Cara2nya:
- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur, kemudian masukkan pisang.
- Akhir masukkah esen vanilla dan tepung. kacau hingga sebati. bakar pada suhu 170 c selama 45-50 minit. 

okey..nak ziarah blog kengkawan.semalam tak sempat.lagipun aku tak keluar lunch.dah kenyang dengan heavy breakfast pagi tadi ;)

Emm....Ada Bau Kedai,Barulah katakan

Assalamualaikum...rindu korang (^_^).wah macam dah berminggu tak apdet dah rindu kononnya.semalam bagi peluang anak kenit bersiaran untuk ganti umie (yelah sangat)tq sudi layan..hehe

Aku memulakan hari baru di tempat baru pada hari Jumaat yang mulia..semalam dah duduk sini tapi waktu pagi masa datang keje masih di tempat lama.so tak rasa nak rasmi lagi..hari ni barulah rasa macam duk tempat baru,sebab datang keje terus ke sini..bersemangat baru siap berbaju kurung baru dan tudung baru,gambar?tiada..hehe

sekarang ni aku bersiaran dari opis baru yang sebenarnya opis lama cuma baru lepas renovation.masa mula2 tukar dept bulan Feb tahun lepas (2011),aku penah duduk opis ni.pastu bulan 6 tahun ini kami pindah ke opis transit sebab nak buat renovation.adala 2 bulan duk opis transit yang ala-ala dewan perpindahan mangsa banjir.meja aku siap menumpang belakang meja orang lain.huhu..sedih bila dikenang kembali

pastu pindah ke opis baru yang aku ingat akan jadi opis kekal.belum lagi aku mengemas semua barang lepas pindah tu dapat lagi arahan.pindah lagi walaupun cuma dari tingkat 2 turun tingkat 1.macam turun kelas pun ada..hehe.berpeluh jugaklah ketiak turun naik angkat kotak.sendiri punya barang malas nak suh mover angkat.bila ditelek kembali..banyak sungguh sampah yang tahap boleh buang dari yang diguna.mak aku selalu cakap yang aku suka kumpul sampah.semuanya sayang ..yelah mana tahu nanti boleh guna.padahal sampai sudah tak guna pun.opis baru ni totally berubah dari yang dulu..cuma pantry je masih lama.tapi ai no hal sebab aku makan kat meja je,jarang masuk pantry kecuali perlu.tak pasti kenapa aku kena jelaskan semua ini.huhu

nak tengok opis baru aku?kalau tak nak pun aku tetap nak tunjuk jugak.sila layan.eh sebelum tu tunjuk meja lama dulu..baru boleh beza dulu dan sekarang.hehe

berselerak dari atas meja sampai bawah meja

okey..now opis baru,meja baru.kerusi baru.........emm,wangi ;)

Atas dari kiri:
-overall of my work station
-close up sikit
-di kanan ku
-di kiri ku
-foto anak2 penyejuk jiwa
-bawah meja

bawah meja tu sekarang nampak cam 'kosong'
selesa untuk melunjurkan kaki
lagi sebulan dua tak pasti apa akan jadi

tapi paling suka ialah
my chair
this is my chair..
potongan yang 'seksi'
dan sangat selesa untuk belakang anda
okey..selamat datang melawat my work station
separuh hari ku adalah ditempat kerja
5 hari seminggu

orang kata,banyak masa kita adalah di tempat kerja
kalau boleh biarlah kita seronok untuk datang kerja
tak gitu?

harap-harap segalanya baik-baik aje di tempat baru ini
amin

ops..next week aku citer 'siapa budak comel' depan aku..hehe