Skip to main content

Model Cilik Of The Year

assalamualaikum acik-acik semua
boleh panggil acik la kan?
sebab yang datang sini semua kawan-kawan umie
rasanya tahap akak-akak takde kat sini.hehe

memula sekali,umie kirim salam
hari ni umie sibuk pindah opis
pindah lagi?tahun ni saja dah 3x pindah katanya
sabar ye umie

ni nak cerita,tentang 'makcheq' saya aka cik viva 
makcheq saya ni baik dan garang
macam nescafe 3 in 1.hehe
tapi makcheq cuma 2 in 1 je 

makcheq 'baik' sebab selalu bawak kami jalan-jalan
baik juga sebab suka beli kami macam2
makanan,mainan dan baju juga

tapi 'garang sikit' kalau tak dengar cakap
makcheq saya paling pantang dengan budak kurang ajar
sebab tu kami adalah anak-anak sedara kesayangannya
sebab kami baik dan dengar cakap
betul tak makcheq?

okey..jom layan makcheq saya yang takde keje
ni gambar sabtu lepas
psttttttttt
saya ada bakat jadi model tak?






berminat nak sign kontrak?
sila berhubung dengan makcheq saya,aka cikviva

bye bye

Comments

Unknown said…
cayalah haja..ranggi gila..

smart kasut dia tu..
NenetPenne (NP) said…
olohh comelnya dia.... mcm ni baru styloooo....

hai..ni auntie nenet..auntie pun garang jugak mcm umie...
auntie pun tak suka budak2 tak dengan cakap ni..

tapi auntie tahu adik mesti good girl kan?? :)
Anonymous said…
wei... mmg ade bakat tu!
ZieMarziah said…
comelnya..memang sesuai jd model cilik:)
isme_cv said…
trima kasih...wat susah2 je puji i..tapi takdela baik sgt, nak2 lau nangis mintak tab..grr
Yunus Badawi said…
ada gayalah. Ada pergi uji bakat Idola Kecil di Alamanda minggu lepas tak?
Kakzakie Purvit said…
Siapa yg suruh adik gaya begini? Acik memang sukalah tengok sebab adik memang cute dan fofgenik:)

Ummie pindah ofis lagi ye - mesti letihlah tu.. kesian kan.
Dr K said…
rambot cantikkkk..:)
Chik Na said…
comel... memang ada bakat
Irfa said…
@rai..
suka pulak gaya rugged macam ni.selalu pakai gown mmg nampak gegirl sangat :-)
kasut tu abam punya masa kecik.mmg banyak kasut abam yang boleh dipakai lepas ni//maklumhlah hero seorang je.hehe

@kak net..
ajaa kata 'mekasih'
ooo..saya mmg takleh blah ngan budak kuang ajar,kecik2 kuang aja kalau besar camner la agaknya..mintak jauh dari anak2 saya dan kita semua

@KA..
bakat itu sekadar suka-suka..mmg tak nak di asah pun ;)

@shahzee..
kalau sesuai pun akak takkan izinkan.hehe

@kakpb..
nampak montel sikit tapi luaran takdelah montel mana pun

@cikviva...
walaupun adik ajaa punya tab10 tapi makcheq punya tab7 jugak menarik perhatian..acaner tu?
Irfa said…
@kak erna..
ajaa kirim salam peluk cium muah muah
hehe

@YB..
oo..mintak jauh anak2 saya dalam dunia glamour.sekadar tatapan rakan terdekat bolehla.hehe

@kak zakie..
keje adik saya la ni ;)
dia sebenarnya pemalu ngan org luar..dgn family je berani sikit
mmg pindah itu memenatkan :( tapi bertabah jelah..dah setel pun ni.tgh rilex2 sesuaikan dgn suasana
Anonymous said…
amboiiii
nak sign =)
Mulan said…
alaaaaa comeynya.... dah ada yg book buat menantu ke?
Nieda said…
pssst ...mak cheq kosong lagi tak? hihi
Lady Windsor said…
hamboii kemain lagi ye..tu ikut style makcheq kaaa atau ikut style umi tu yer..hehehe

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...