Wednesday, December 16, 2015

Hadiah Untuk Ma dan Ayah

Bagi pembaca setia (wah! berani mati punya statement claim ko ada pembaca setia ye, kikikiki) mesti dah sedia maklum yang aku dan CikViva sudahpun menamatkan 'khidmat' kami selama berbelas tahun dengan 'kapal cap wau' itu. Teruskan langkahmu jangan dikenang perkara yang dah lepas #lap air mata dengan lengan baju, sobs sobs sobs.

Kalau ada yang tertanya2 apa aku buat sekarang, aku tak buat apa2 selain mengurus rumah tangga dan anak2, jadi supir hantar anak ke tusyen/sekolah dan selain itu menunggu hari bersalin. eh! penat rupenya jadi supir ni ye, huhu

CikViva pun dah sebulan lebih memulakan kerja barunya, moga dia baik2 aje menyesuaikan diri dengan kerja baru, kawan baru, suasana baru dan segala yang baru. Doaku untukmu sis..... krik krik krik.

Eh! aku nak citer pasal apa tadi ye? Oh, nak citer pasal hadiah untuk my lovely parent, ayah dan ma. Memandangkan tiket free CViva masih berbaki (bahagian untuk parent), so kami adik beradik berpakat menghadiahkan pakej umrah untuk mereka berdua (pakej untuk Ayah di taja oleh EnAbe, so kami adik beradik pula share pakej untuk Ma). 

Alhamdulillah, dengan segala persiapan yang ala kadar.. 9/12/2015 (RABU) ma ayah selamat berangkat ke tanah suci dengan pakej umrah KRS (setelah survey dibuat, ini agen yang boleh di percayai setakat ini dan ketua agen ni pun ex staf 'kapal cap wau'). Dengan iringan doa dari anak2, semoga Allah memberkati urusan umrah Ma dan Ayah selama disana dan selamat kembali ke pangkuan kami. Insha Allah.

kami 6 beradik bersama ma dan ayah
bukan senang nak bergambar 1 family, raya pun lom tentu dapat gambar camni

love u so much ma dan ayah

mesej pertama diterima dari ma bagitau dah selamat sampai ke Jeddah
Alhamdulillah

Sekarang dah masuk hari ke 7 mereka kat sana
Insha Allah akan balik pada 20 Dec nanti

Banyak yang aku nak buat untuk ma dan ayah
moga tercapai segala impian sebelum mereka @ aku menutup mata
# siapa pergi dulu, hanya Dia yang tahu
Aminnnnn

2 comments:

  1. alhamdulillah..semoga ma abah selamat pergi selamat kembali.

    ReplyDelete
  2. BERTUAH MA N ABAH IRFA MEMPUNYAI ANAK2 YG SGT SYGKAN MRK SELALU MEMPERHATIKAN KBHGIAN MRK SYUKUR ALHAMDULILLAH SEMOGA KEDUANYA DIPERMUDAHKAN ALLAH URUSAN IBADAHNYA N KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA SETELAH ITU...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)