Thursday, February 11, 2016

Cuti CNY ke Lexis Hibiscus Port Dickson


Hai korang
Buat apa tu?
Baby SAA tengah tido, cepat update blog
Taip laju-laju dalam senafas, fuh
dan sila abaikan jika ada typing error, hihi

***************

Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA
Tapi karangan lom siap, huhu
Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi
# dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog
# sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu
# jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon

Okey, ini plan last minute oleh CikAbe
# kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2
main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha

Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya
'nanti kita nak cuti kat mana?'
hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh?

Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah
Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti
tapi kami sama cam ibubapa yang lain jugak
selagi boleh nak happy kan anak2 setakat kemampuan kami
masa kecik ni lah kita boleh usung anak2 kemana kita suka tanpa mereka berkata 'TAKNAK IKUT'
Nanti bila dah besar, mereka pun mesti ada xtvt sendiri
(kalau boleh nak mereka sentiasa bersama kami)
 sebenarnya anak2 ni tak payah pegi jauh, dapat berendam cukup lah
check hotel mana ada private pool
kalau open pool, umie mampu tengok jelah, sebab umie pemalu, huhu

Semua hotel banyak penuh maklumlah cuti CNY
last2 pilih  Lexis Hibiscus Port Dickson
lagipun tak jauh dari rumah, dalam 30 minit dah sampai

Check in jam 2.30 petang

hotel ni dekat ngan Politeknik PD

cantik rekabentuk hotel nya, bentuk Bunga Raya

dari lobi kami dibawa naik buggy ke bilik
budak2 memang suka sangat naik buggy, apa yang best pun aku taktahu



Bilik kami di Petal 1,mengadap laut depan air pancut

ni hobi aku, ambik gambar deco dalam bilik air
sambil berangan nanti nak bilik air macam hotel di rumah sendiri
ntah bila akan tercapai agaknya ye

berendamlah puas2 ye anak2
Anak2 yang besar melompat gembira dapat pool dalam bilik
kecuali baby SAA yang tak tahu apa2 lagi, haha

Cuaca sangat panas kat luar
aku dengan kakcik dan baby memang berkurung dalam bilik jelah
cuma cik abe je keluar dengan kakak dan abam
ingatkan kot diorang naik basikal keliling hotel je
rupanya balik bilik duk citer naik benda apa tah yang tarik dengan bot laju tuh
berani betul korang ye
nasib baik umie takde kat sana, kalau tidak memang tak dapat lampu hijau
dan sah2 lah kalau aku memang takdela nak naik mende alah tu
mau muntah hijau agaknya

ayah melayan permintaan kakak dan abam utk aktiviti outdoor

Ops ada kisah malam
bukan citer hantu ye, hehe
kisahnya bila tiba2 aku terbangun jam 2 pagi sebab panas dan berpeluh
ingatkan cik abe off aircond
rupanya aircond bermasalah, terus call pihak hotel
memang servis terbaik, terus diorang suh kami bersiap
bilik ganti akan siap dalam masa 10 minit

Alhamdulillah, bilik ganti pun cantik siap ada bath tub lagi
*bilik asal takde bath tub*
anak2 yang tengah mamai sambung tido balik macam takde apa2 berlaku, hihi
first time tido hotel dengan family kena tukar bilik sebab masalah aircond
( tapi pengalaman ke2 bagi aku, dulu penah kena bilik tetiba takde aircond tapi kat Medan, Indonesia tapi aku masa tu dengan kengkawan, komplen pun takde action dari pihak hotel, berpanas lah kami sampai ke pagi)

Esoknya jam 1 tengah hari check out
anak2 siap requesr nak datang sini lagi
yelah nak, ada rezki kita datang lagi sini

sekian cerita cuti CNY

(^_^)



11 comments:

  1. WAH BABY AISHA DH DIBAWA BERJALAN N TIDUR DI HOTEL YA...SETUJU DGN IRFA MASA ANAK KECIL BAWA ANAK2 KEMANNA SAJA BERPERGIAN MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN..

    ReplyDelete
  2. lexis ni best tapi pool kecik skit..hehe..

    ReplyDelete
  3. jauh atau dekat kita bercuti, yang penting anak-anak happy kan...

    ReplyDelete
  4. sesekali kena bawak juga anak2 ni keluar..diaorang pun macam kita jugak..ada masa nya bosan dok mengadap rumah sendiri..heheh

    ReplyDelete
  5. X pernah bwk budak2 g tmpt ni. Mcm takut je dgn harga ....

    ReplyDelete
  6. woaahhh seronok bestnya... nanti nak pi tengok baby.. tertangguh lama abtol..

    ReplyDelete
  7. bestnya.... haritu kami pergi grand lexis... ada private pool juga... nanti kalau ada rezeki lebih, nak pergi juga lexis hibiscus...

    ReplyDelete
  8. Bilik ada buth tub tu di panorama..maksudnya hotel upgradekan bilik atas kesilapan teknikal bilik la tu..untung2..x semua org dpt upgrade bilik..peace

    ReplyDelete
  9. Memang setuju... cantik hotel ni ... di masa akan datang kalau stay di bilik 429 harap bagi feedback ..... masa nak beli dulu wife saya suruh ambik yg tu.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)