Skip to main content

Cik Purple, Oven Pertama Ku

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Masa budak2 dulu, suka sangat bila Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, hari2 pangkah kalendar mengira bila nak raya. Beza dengan umur sekarang, terasa sedih bila mengenangkan Ramadhan akan pergi *sobsobsob*. Nampak sangat aku menuju usia tua *semoga sempat merasa umur tua, dalam keadaan waras, sihat akal dan fizikal, Insha Allah*.

Grup Whatapps sekolah aku, hari2 duk update buat kuih raya. Ada yang dah siap 5/6 jenis kuih. Jujurnya aku bukan lah rajin sangat nak buat kuih *ditambah pula ada sikecit yang nak melekap 24 jam, okey tak alasan?*

Tapi bila mengenangkan anak dara 2 ketui tu makin membesar, aku ingin meninggalkan memori manis untuk mereka kenang bila besar nanti. Macam mana mak aku tinggalkan memori kami buat kuih sampai melecur kepala lutut aku kena oven Rama-Rama satu ketika dulu. Memori kena marah dengan ayah sebab dah lambat masak untuk berbuka sebab sibuk menggentel kuih raya. Kenangan 6 jenis kuih kononnya (bermacam warna, bermacam bentuk tapi satu rasa). Kenangan kena jerkah dengan mak yang sibuk menjahit tempahan baju raya tapi aku sibuk tanya 'bila nak beli barang buat kuih raya?' orang tua tengah pening tempahan menimbun kena siapkan, ko tak habis duk fikir pasal kuih raya, kihkihkih.

Wah! panjangnya mukaddimah. Sebenarnya nak citer, 2 hari lepas aku beli oven. Setelah sekian lama berumah tangga (masuk tahun ke 16), baru aku beli oven. Bukan oven mahal pun. Murah- murah je. Sebelum ni bukan tak mampu beli tapi asik bertangguh, sebabnya aku takut nanti tersadai tepi dinding menambah semak dalam rumah.

Okey, jom berkenalan dengan ahli baru dapur aku nih, Cik Purple nama diberi (Jenama Pensonic, 19 Liter berharga RM 119 beli kat Tesco Nilai). Pilihan Chef Ismail katanya, hihi.

setelah bertanya kengkawan, ramai beli jenama ni
sesuai lah untuk yang baru nak belajar macam aku

kecik molek je tuannya, sekali bakar, sempat basuh baju, baru siap 6 biji cupcake, huhu

ingat nak beli tray extra, penatlah menunggu abis adunan, huhu


okey, nanti kita share hasil Cik Purple ye






Comments

Izwa Kamaruddin said…
wahhh gitu ! tunjuk skit hasil nyer ;)
:: CIKVIVA :: said…
Hi cik purple...nice to meet u
Cik Purple ni ada ramai kawan2.. akk ada mixer ( hadiah lucky draw) dan blender (beli). ingat nak kumpul koleksi cik purple tapi dapur tak muat pulak. kan best kalau cik purple ada oven 100L, memang kurembat terus!
Wah lepas ni banyak lagi lah biskut raya ye Irfa..
Cantik pula warna purple tu :)
InaYusoff said…
dah lama usha pensonic ni sebab murah..
tapi tak terbeli2 jugak.
haha..
kakrose said…
Lepasni banyak ler org rumah merasa airtangan irfa..

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')