Skip to main content

Aidilfitri 2016: Kami Beraya Sakan

Update sebagai kenangan. Kisah raya kami tahun ni. Tahun lepas raya ber5 (cikebom dalam perut), tahun ni raya ber6. Alhamdulillah.

Plan asal kami, raya dengan Mil je tahun ni, kemana Mil raya, kami akan folo je. Last minute Mil nak ikut Sil beraya, so kami fikir tengok lah macam mana nanti, segan pulak nak beramai2 beraya ikut Sil.

Tapi malam raya kami dah berkumpul dengan Mil kat umah Sil, sempat lah berbuka terakhir sama2. Malam raya, kami anak beranak ajak Mil pusing2 Bandaraya Kuala Lumpur ambik mood raya, kata EnAbe. Tapi kami tak turun pun dari kereta, tak sesuai kot nak bersesak usung cikebom kat khalayak ramai, lagipun aku memang tak suka berpanas bersesak dengan orang ramai. Kami lalu jalan TAR, lalu depan SOGO, mak oi ramainya manusia ke sana kemari dengan urusan masing-masing.

Penutup malam raya, kami lepak minum teh tarik depan kafe ngadap klcc. Feeling cam tourist pulak, haha.

 
PAGI SYAWAL PERTAMA (6/7/2016 - RABU)
Alhamdulillah, semua bangun awal tanpa umie perlu buka speaker, mandi sunat Aidilfitri dan solat Subuh, berbaju raya dan terus ke umah Sil, sebab Mil masak2 kat umah Sil. EnAbe bersolat raya dengan anak2 kat masjid dekat situ, aku tak dapat lah ikut, nanti sapa nak jaga cikebom.

Diorang balik masjid, kami makan2 raya, salam2 dan sesi foto raya sebagai kenangan, istimewa raya tahun ni kerana ada tetamu dari Greenland. Actually si cantik ni anak angkat Sil ( pertukaran pelajar masa umur dia 17 tahun) lebih kurang 10 tahun dulu, masih berhubung sampai sekarang dan dia boleh berbahasa melayu sikit-sikit. Cantik je berbaju kebaya dengan pasangannya yg jugak berbaju melayu.

family kecik kami bersama MIL

Cikebom Aisha beraya untuk kali pertama

Lepas makan2 kami ziarah pusara Fil, aku memang takleh tahan sebak bila teringat kat Fil. Sampai sekarang pun masih rasa tak percaya Fil dah setahun tinggalkan kami. Moga damai disana, Alfatihah.

Jam 12.30 kami sekeluarga bersiap dan bertolak ke KampungKu, sebab Mil pun nk ikut Sil beraya ke Melaka. Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke kampung jam 8 malam. Bape jam tu ye? Lebih kurang 8 jam, sebab kami santai2 je takde lah kejar masa pun.  Tak jem tapi traffic slow.

Dah malam kan, so takde xtvt apa dah kat kampung, ambik bantal tido je lah, penat dan kematu bontot lama dalam keta.

SYAWAL KE 2, di kampung ku KELATE
Menziarah pakcik makcik bertanya khabar sambil menikmati hidangan raya.

SYAWAL KE 3, dikampung ku KELATE
Pagi tu masih di kampung, lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak dari kampung aku ke Grik, Perak. Seronok menikmati pemandangan raya sepanjang jalan walaupun sedikit jem di beberapa tempat. Buat apa nak stress sangat pasal jem, dah musim raya memang lah jem di mana2 pun.

Drive santai2 je, berhenti cuma untuk makan dan singgah bilik air, akhirnya kami sampai ke pekan Grik lebih kurang jam 4.30 petang. EnAbe bawak kami melawat beberapa tempat yang menjadi sejarah waktu dia membesar. Dah macam lawatan sekolah pulak, hihi. Jenuh jugak kami mencari hotel bajet area Grik ni, sebab semuanya penuh.

Akhirnya dapat jugak hotel bajet namanya Hotel Sri Temenggong kalau tak silap. Ok lah biliknya, selesa jugak untuk kami anak beranak. Bilik air pun luas dan bersih. Anak2 macam pelik je tengok hotel ni, hihi. Tak seperti hotel biasa kami duduk. Haha

Makan kenyang2 kat sebuah kedai mamak sebelum masuk hotel. Malam tu aku dan anak2 memerap dalam bilik layan tv, enAbe keluar jumpa kengkawan sekolahnya yang dah lama tak jumpa.

SYAWAL KE 4, di Grik, Perak
Kami check out jam 12.30 dan terus brunch (breakfast + lunch) kat kedai mamak semalam. Lepas tu bergerak ke kampung kelahiran enAbe di Lenggong, Perak. Singgah melawat bapa saudaranya dan kami dijamu makan tengah hari. Lauk simple tapi sangat sedap air tangan isteri pakciknya, sup sayur + ikan goreng + sambal belacan yang pedas. Borak kejap dan kami mintak diri sebab nak ke rumah mak sedara sorang lagi di Ipoh.

Perjalanan dari Grik ke Ipoh menempuh jem yang agak teruk. Kami sampai rumah makcik hampir waktu Maghrib. Malam tu kami tidur rumah makcik dan plan awal Subuh bertolak balik untuk mengelak jem.

SYAWAL KE 5, Ipoh ke Kuala Lumpur
Jam 7 pagi kami dah bertolak dari rumah makcik ke KL. Berpandukan enWaze untuk mengelakkan jem di beberapa tempat. Kami jugak langsung tak singgah mana2 hentian rehat sebab tengok semua RnR penuh dengan lautan manusia. Anak-anak memang takkan masuk lah kalau tandas awam yang kena beratur ramai, sanggup la tahan kencing, huhu. Ikut perangai sapa lah ni.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah jam 10 pagi lebih kurang. Syukur sepanjang perjalanan pulang kami tanpa ada kejadian buruk walaupun sepanjang jalan ada beberapa kemalangan dan kes kereta rosak.

Seronok dapat baring di tilam sendiri sambil peluk bantal bucuk. Hihi

Home 🏡 sweet home 🏡 sangat

Comments

NanyFadhly said…
Lama menyepi. Tahniah dah ber6! meriah sangat family beraya. Alhamdulillah... :) I anak 3 pun dah macam puting beliung keadaannya. Hahah! cannot image kalau tambah satu lagi. hehehe...

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')