Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Lagi Kisah Makan2 Raya

Emm dah lewat baru sempat bukak blog. Kisah hari ni ialah, 1/2 hari tak masuk opis, ikut bos makan2 raya kat Subang. Nak citer pun takde apa yang menarik sangat, aku pun tak kenal orang kat sana. Pandai2 lah bawak diri, nak hilangkan kebuntuan sebab semua orang ada kawan, so keje aku ialah ulang alik ke meja buffet. Majlis ala pot luck (betul ke ejaan ni?) , tapi memandangkan kami dari jauh, so bawak perut je sebab semua dah disediakan oleh staff di Subang. Tapi sesampainya aku kat sana, buat2 la ringan tulang tolong angkat/susun apa yang patut, pstt... aku tolong angkat satu tray salad je lepas tu aku buat hal aku. Dah bila aku tanya 'apa nak tolong? tapi diorang kata 'semua dah ready, duduk je' so aku mengikut arahan sambil buat2 tak paham bahasa. Boleh? Macam biasa la majlis mesti ada yang bagi sepatah dua kata pastu baca doa pastu apalagi MAKAN TIME, i suka, i suka *sambil tepuk tangan laju2 ke meja buffet* Ada 5 gerai siap kaler tema -TIMUR, menunya utamanya n...

Cara Mudah Nak Makan Pucuk Ubi

kisah petang semalam balik keje petang semalam sebatang pokok pisang tumbang potong tandan, 1/2 bagi jiran, 1/2 simpan untuk makan sendiri boleh buat cekodok nanti nak buat muffin pisang? lambat sikit kot, hihi  pastu terpandang pokok ubi kayu tu ari pokoknya tinggi sampai tingkap atas masa mak datang tu ari dah bising katanya  'makin besar pokok ni, akar dalam tu pun makin besar pecah simen dapur ni nanti' takut la dengar, so aku cantas ingat nak letak racun kasi mati je pokok tu tapi sayang pulak sebab aku suka makan celur pucuk ubi cicah budu semalam nampak pucuk mudanya kemain banyak tak sedar tangan pun memetik cara celur biasa ialah - rebus air dalam periuk dan masukkan pucuk ubi tapi semalam tak berapa rajin nak merebus jom kita buat cara mudah   1- basuh bersih daun pucuk ubi tu, jangan ada ulat melekat kat daun 2- pilih yang betul2 daun muda dan simpulkan 3- masa masak nasi, agak2 air dah ke...

Bila Dah Kaya, Baru Berani Cerita

# menaip sambil intai cermin, eh! ada selai bulu mata jatuh la. Emm, orang kata 'kalau bulu mata jatuh, itu tandanya ada yang merindu. Benarkah bagai di kata'   hihi. padahal mungkin jugak kurang minum air, kulit kering sebab tu bulu mata senang gugur . okey lupakan.. penah baca/dengar orang cakap macam ni tak 'mungkin orang tengok kami dah kaya dan senang lenang sekarang. Ada bangunan dengan nama sendiri, keta mewah berderet bawah garaj, tanah seluas mata memandang, Duit dalam bank takyah citerlah, tolak semua orang punya, belen tu kami yang punya. Tapi, dulu kami juga pernah alami zaman susah. Pernah berhutang dengan Along, sampai kena pindah rumah. Rumah yang ada pulak hampir dilelong, kereta banyak kali kena tarik, nak beli susu anak pun korek tabung. Bila anak sebut nak makan kepsi, menitik air mata sebab tak mampu nak beli. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat usaha keras kami berjaya miliki apa yang kami ada sekarang' penah dengar? pernah baca...

Datang Makan Hanya Bila Kita DiJemput

Sekarang ni kan rata-rata opis buat makan-makan raya. Kalau bangunan tempat kita keje tu ada 10 tingkat, setiap hari satu level buat makan, 10 hari makan free TAPI .... kalau SEMUA LEVEL TU JEMPUT, kalau tak jemput jangan pulak lalu lalang situ supaya di jemput. Jangan malukan orang kampung buat perangai buruk macam tu. Kena fikir, ada opis yang tak dapat jemput semua orang mungkin kerana bajet ciput, buat makan hanya untuk sesama diorang je. Baca nih, sumber yang aku ambik dari sini dari Ustaz Azhar Idrus... 1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu  TIDAK BOLEH  makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah,  WAJIB   BERTAUBAT  dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...   2)  WAJIB  ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... b...

Nasi Lemak + Roti Telur dan Milo Panas, Alhamdulillah

TQ banyak2 untuk yang komen entri sebelum semua komen amat di hargai okey, citer lain 3 hari posa pagi ni balas dendam sarapan macam tiada hari esok, huhu  memula ambik nasi lemak comel sangat (^_^) RM 1 nasi+sambal+ikan masin+sehiris telur dadar cam tak kenyang orang sebelah makan roti telur 'kak, roti telur satu' 'minum?' 'milo panas ye' time nak bayar akak kedai tu kata   'ada orang dah bayar' hah!malunya saya malu sebab orang bayar dah satu hal tapi paling malu sebab makan banyak, huhu mesti orang yang bayar tadi terdetik dalam hati 'biar betul pompuan ni,sorang makan macam 2 orang makan' huhu kepada orang itu konfem dia tak baca blog aku pun terima kasih ye moga makin murah rezki dan dipermudahkan urusan # psttt kak erna kenal kot orang tu

Sekolah Harian @ Sekolah Berasrama?

Aku dah baca semua link di bawah http://mohdluthfi.com/tag/kebaikan-keburukan-tinggal-di-asrama  tulisan seorang budak lelaki yang bercerita kenangan best dan tak best tinggal di asrama  http://cheritapelangi.blogspot.com/2011/10/kebaikan-dan-keburukan-tinggal-di.html  yang ni di tulis oleh seorang gadis, baca gitu2 je sebab bahasa remaje ai is fenin kepala http://www.scribd.com/doc/76881752/Kebaikan-Dan-Keburukan-Asrama  yg ni pula di tulis oleh seorang (jantina tak pasti) pendapatnya tentang sekolah berasrama http://aqilahyunos.blogspot.com/2010/01/jantung-hatiku-along-aqilah.html  # tulisan seorang ayah kepada anak perempuannya yang akan masuk asrama http://cthoney.blogspot.com/2011/04/wajarkah-hantar-anak-ke-asrama.html  blogger ni tulis, katanya kenal anak kita jenis macam mana, sebelum hantar ke asrama. http://idanradzi.blogspot.com/2012/04/baik-buruk-tinggal-di-asrama.html  baca yang ni aku sedikit risau, huhu  Ada beberapa blog...

Kanak2 Beraya dan #%^&?<:~!#@

Dari  blog kak Zakie , aku tertarik untuk kongsi cerita. 2 malam lepas, jam 10.00 malam, aku dah bersedia nak tido. Terdengar suara budak2 bagi salam  (rumah teres rapat2 ni orang sebelah buka pagar dia pun aku rasa macam bukak pagar aku, huhu) . Intai dari celah langsir. Nampak 3 orang budak perempuan  (paling besar dalam 12tahun) , siap berbaju raya bawak beg raya jenis silang tu bagi salam nak beraya rumah sebelah. Aku jeling jam, 10.15 malam. Biar betul budak2 ni, bertuah betul dapat mak ayah baik macam mak ayah diorang. Kalau aku, jangan harap. Maghrib semua dah dalam rumah. Nak beraya pun tengok jam le, akak tu bukan buat open house pun. Aku perasan budak2 ni ada yang berani sungguh, tak tahu datang dari ceruk mana selamba je ketuk rumah orang tak kenal nak beraya. Masa raya ni ler nak tengok budak yang tak pernah tengok, lalu lalang depan rumah nak beraya. Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik...

Kes Dera, Dulu Bukan Takde Tapi Tak Heboh

Dah basi kot nak citer pasal ni. Saja je malas nak ulas masa tengah 'hot', kalau ulas masa tengah 'hot' nanti melecur tangan, hihi. Kes suami yang konon 'ajar' isteri pakai kaki tu. Dah serah diri dan dengar citer dah mintak maaf kepada semua para wanita. Oklah tu kot, orang minta maaf kenalah kita maafkan. Tapi ada la orang komen. Katanya 'sekarang ni makin banyak kes dera/pukul bini ni. Zaman dulu2 takde pun kes macam ni' aku punya respon emm iyekan jelah. Dalam hati membuak2 nak komen, haha. Takpe, aku komen kat blog dan paksa korang setuju ngan aku, hahaha. wachaaaa Aku percaya kes dera/pukul bini ni bukan perkara baru. Dulu2 zaman tok nenek kita pun dah wujud kes ni. Tapi nenek2 kita dulu takde fb nak luah perasaan walaupun sekadar bagi hint. Takde paper nak keluarkan kisah dera mereka. Nak citer kat mak ayah, adik beradik mahupun jiran tetangga pun malu. Rahsia dalam rumahtangga memang tertutup rapat. Tambah pula zaman itu, kaum ist...

Tip Tajamkan Gunting

Salam Isnin dan Salam Syawal ke 12 (^_^) korang posa 6 ke? aku ni ntah bila nak start, huhu orang dah mula 'open office' nih tak pegi nanti kata sombong lak alasan kan? Insya Allah nak buat jugak secepat mungkin harap sempat sebelum hujung Syawal belek2 album raya jumpa beberapa keping gambar dalam henpon kebetulan balik raya tu hari mintak mak repair baju kurung aku kata dah belajar menjahit tapi cikgu bertukar ke Subang tak sempat siap selai baju pun, huhu masa nak gunting kain, gunting mak tumpul so ini lah cara/petua untuk tajamkan gunting yang tumpul yang aku tahu, kalau gunting tumpul  gunting daun serai tu je tak tahu pulak ada petua lain PETUA TAJAMKAN GUNTING cari botol yang ada leher gunting macam menggunting botol gunting le banyak2 kali sampai puas hati  aku punya petua senang je tumpul je buang, beli baru hahaha 

Hijau Emerald (Zamrud), Sesuai tak?

emm ramai jugak spesis macam aku yang tak suka 'kace tanoh' dalam nasi lemak ye boleh buat group anti kacang tanah nih gurau je, hihi okey, sebelum keluar lunch kita up satu lagi citer bajet ramai la datang baca en3 merepek ko ni ye apa warna tema raya 2013 ni ? aku bukan tahu sangat tema-tema ni tapi aku perasan raya kali ni ramainya yang pakai kaler hijau pusing kanan hijau pusing kiri pun hijau hijau mata biru ku (eh!biru ke?) gambar dari sini walaupun selama 7 tahun aku beruniform kaler hijau masa tu suka tak suka takleh kata apa sebab dah uniform, wajib ler pakai tanpa bantahan tapi sekarang memang hijau bukan pilihan aku rasa cam pelik je pakai hijau tapi entah kenapa rasa cam nak terai hijau pada hari raya lepas gedik2 ajak CikViva meneman beli tudung hijau bukan tudung mahal, bawal murahan je pun murah sesangat kalau lepas ni wat lapik meja pun tak ralat rasanya ni hijau apa? aku panggil 'hijau ...

Sorry En Kacang

malam tadi tido sambil mimpi makan nasi lemak bulan posa sebulan tak jumpa nasi lemak pagi ni cari sampai jumpa banyak gerai masih tutup yang ada cuma di foodcourt tu je order nasi lemak letak sambal telur rm5.85 sen # gigil tangan masa membayar salah sendiri nape x tanya sebelum beli, huhu nasib baik sedap jugak tapi lupa nak pesan  'pakcik, saya taknak kacang ye boleh diskaun tak?' selalunya kalau aku perasan masa ceduk nasi lemak aku akan pesan awal2  'saya taknak kacang ye' entahlah tak suka betul aku ngan kacang tanah dalam nasi lemak korang pulak kalau dalam nasi lemak apa yang korang tak suka? timun? sambal?

Raya Kami : Episod Last, Kakak Buat IC dan Last Day di Kampung

Raya ke 5 (Isnin) Okey, kisah raya sudah sampai ke penghujung. Memandangkan besday kakak jatuh pada hari raya dan memang sepatutnya dah layak buat IC (kad pengenalan) bila genap umur 12 tahun, aku dah terfikir nak terus buat ic alang2 aku dah ada kat kampung. Kalau nak tunggu kakak balik rumah kami (bulan November baru kakak balik sini) sudah tentu kena bayar denda lewat, walaupun denda cuma rm11 tapi aku taknak la nanti kot jadi apa2 hal masa dia nak exam upsr nanti. Exam Upsr kena tunjuk IC ke? dah lupa la Ingatkan nak buat IC hari Ahad tu, rupanya JPN masih tutup sebab cuti peristiwa (raya kan jatuh pada hari Khamis dan Jumaat-Kelantan memang cuti hari Jumaat). Sebenarnya aku taknak susahkan mak ayah aku untuk urusan buat IC tu, so aku buat jelah sendiri sementara ada kat kampung dah 12 tahun anak dara i omie rasa dah tua je, hihi takde orang, kamilah orang pertama senang hati ku jam 8.30 dah setel urusan Balik dari JPN singgah beli lauk kat pasar tani, ayah...

Raya Kami : Episod 3, Kakak Besday ke Doblas

Raya ke 4 (Ahad) 11 Ogos 2013  tarikh sama 12 tahun yang lalu ( 11 Ogos 2001)  adalah dimana hari aku melahirkan anak sulung kami, si kakak. Dear Kakak Selamat Hari Lahir ke 12 Tahun semoga kakak jadi muslimah yang baik dan berjaya dunia akhirat  citer pasal sambut besday ni, aku ada kisah nak citer kakak memang tak miss sambut besday tiap tahun sejak dia dilahirkan wpun simple macam mana pun bukan bermakna sambutan besar-besaran sekadar beli sebiji kek, makan anak beranak mesti ada tapi bagi adik2nya, memang takde besday kalau ada pun cuma gi makan, beli kek tu memang takle kecuali sekali masa si abam 4 tahun si adik memang tak penah sambut besday bukan pilih kasih, tapi entahla mgkin sebab abam dan adik belum pandai mintak kot tapi mulai tahun ni, aku akan buat macam ni satu kek share 3 orang jimat kan? hehe happy besday to u all happy besday to u all happy besday tu kakak, abam dan adik happy besday to u all umie ayah saya...

Raya Kami : Episod 2

TQ pada yang sudi komen dan bagi petua untuk kes si kenit melecur semalam , so far kesan melecur dah kering pun cuma belum tanggal sepenuhnya kulit terbakar tu. Tapi tiap kali dia pandang tangan, dia akan tanya aku 'bila nak tertutup ni?' sweet je dengar, hihi. Kesan dari si kenit melecur, maka RAYA PERTAMA tu aku tak dapat gi solat raya, huhu. Bangun pepagi mandi sunat Aidilfitri bersama kakak dan abam je. Adik tak nak bangun, katanya 'Ajaa taknak bangun, Ajaa sakit tangan, nak raya esok je' boleh gitu?' Bila semua orang dah keluar rumah, aku pelan2 pujuk dia mandi, pakaikan baju raya dan kami bersantai makan kuih sambil layan tv je. Bila semua dah balik, kami anak beranak keluar beraya rumah jenjiran yang terdekat. posing sensorang dipagi raya lengan baju kena lipat sebab takut terkena tempat melecur tu Gambar raya 3 beradik Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf zahir batin dari kakak, adik dan abam Pastu, kami bersama mak dan CV keluar...

Raya Kami : Episod 1

Meh kita berceritera hari raya mood nak menaip agak lemau, tapi kena tulis jugak untuk kenang-kenangan. Tapi kita skip la citer balik raya sebab adikku CV dah apdet dulu, aku kan menumpang dia untuk balik beraya. Aku dan anak2 menunggu CV pickup kami kat Cheras (umah mil) so waktu yang tepat kami bertolak ialah jam 5.00 petang, traffic agak slow tapi bukanlah 'jem melekat'. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung terchenta jam 12.30 malam (7jam30minit campur tolak dengan singgah buang air, singgah berbuka dll). Besoknya, Sehari Sebelum Raya .. aku, CV dan adik lelaki ke bandar terdekat. Sopim sikit (beli tudung anak je pun, murah giler tudung kat sana, rasa nak borong satu kedai).  Rupanya adik lelaki ada niat lain masa ajak kami ikut dia ke bandar. Rupanya nak wat seprise beli sofa raya untuk mak ayah. So kakak2nya cuma jadi tukang pilih, masa bayar kami buat2 sibuk seolah2 kami tiada di tempat kejadian. Pandai tak kami? hehe Malam Raya , kekonon nak tunjuk rajin .. ak...

Cuci Sawang

fuh fuh fuh # tiup abuk kat keyboard maklum lama ber'cotian' sib baik masih ingat password, hehe Salam Syawal untuk semua hari ni baru masuk keje 2 hari cuti tahun 2 hari cuti raya 2 hari sabtu ahad sambung lagi 2 hari cuti tahun total bercuti ialah 8 hari bukan senang nak cuti lama memang berehat sungguh makan, tido, makan tido posa sebulan tu ari se inci pun tak kurang acaner? okey, apdet citer raya kendian ye (^_^)

Ramadhan 27: Iftar Bersama Adik2 Sempena Akhir Ramadhan

hai korang (^_^) masih ada yang keje? aku la tu, hahaha  (ingat dah nak start cuti raya hari ni tapi terpaksa datang keje sebab report takleh submit Jemahat lepas,  datang keje hari ni dengan nawaitu nak setelkan repot je,  Alhamdulillah setel jugak jam 11 pagi tadi, lega rasanya) sunyi sepi blog ari ni, takpelah bercerita sekadar mengisi masa terluang Semalam, berbuka dengan adik2 hari tu dah berbuka tapi tak cukup sorang semalam cukup korum, 5 beradik berkumpul untuk buka posa kali ni dirumah adik lelaki yang dah kawen tu dia dan adik pompuan sorang lagi tak dapat balik raya kiranya kami berkumpul semalam sempena pra-raya la  Jemput layan gambar ye bila dah ramai, semua makan bersila kat bawah je pelakon utama siakap sweet sour my adik ipar yang masak pelakon tambahan -ikan kembung percik putih also homemade by adik ipar juga pelakon tambahan ayam percik putih ini menu param gulai kawah, dijamin se...

03.08.2013, Genap 15 Tahun Aku DiSini

Lapor diri 03.08.1998  (umur 19 tahun) Hari ni 03.08.2013  (umur 34 tahun) genaplah 15 tahun aku kat sini rasanya banyak masa aku habis di bangunan ni berbanding di rumah macam2 rupa dan ragam manusia dah jumpa suka, duka, pahit, manis semua ada bertemu jodoh juga disini, hihi Syukur pada Allah walau tak sehebat mana, tapi sudah tertulis rezki ku disini maka bersyukurlah seadanya okey, jom mulakan hari kita dengan  'doa memulakan kerja' dan akhirkan hari kita dengan  'doa akhir kerja' moga hari kita dan rezki yang kita dapat diberkati Allah (^_^) ~promo sikit~ WELCOME TO MALAYSIA AIRLINES

Ramadhan 24: Mood Raya di Opis dan Sampul Duit Raya

Pagi ni baru nampak ada orang hias opis baru ler nampak suasana raya kalau opis lama dulu, 2 minggu dah ada yang menghias di pintu masuk opis dah siap dengan pondok replika rumah kayu dan juga replika lemang sedang di bakar kad dan banner raya siap dipasang lagu raya berkumandang  Tapi opis baru ni, semua buat derk je lagu raya pun ada kejap je tu hari bizi sangat kot, emm simple je hiasan, yang gantung je takde deco depan pintu masuk macam opis dulu awal pagi, ramai belum datang lagi aku orang no 2 paling awal sampai setiap pagi, huhu dapat 50 keping sampul duit raya sampul je tau, duit isi sendiri, hehe rasanya ramai dah last day keje hari ni kan? blog akan sunyi seminggu dua so aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI in advance maaf kalau ada salah silap kotlah ada yang terasa hati selama duk berbalas komen bagi yang pulang ke kampung hati2 dijalan raya kim salam orang kampung ye yang berdiet sakan...

Kisah Sahur dan Kisah Berbuka di Nasi Kandar Lawood, Nilai

Bila hujung2 Ramadhan ni, otak agak malas nak fikir 'apa nak masak untuk berbuka?' dan 'apa menu sahur nanti? nak masak lauk lain ke atau nak panaskan lauk berbuka tadi?' . Aku ngaku sejak akhir2 ni alahai malasnya nak masak beria-ia selama ni penuh meja ke ko masak? huhu.   Masak untuk berbuka ok lagi sebab semua tengah lapar, Insya Allah takde pembaziran. Tapi kalau sahur, lupakan la nak main masak-masak. Mana tidaknya, keje nak mengejut orang bangun sahur pun boleh mendatangkan amarah. Kejut sekali, dua kali tak layan. Paling rajin pun aku cuma buat nasi goreng je. Senang nak suap, semua ada dalam satu pinggan tinggal suap dan kunyah je, itupun ada yang kunyah sambil mata pejam, huhu. Meh tengok gambar, kejadian berlaku Sabtu lepas masa aku memang tak larat nak buat apa sebab menahan sakit perut gara2 Gastrik. Kami dalam perjalanan nak balik umah mil, kuar umah dah lewat lepas tu nak ambik stok popia serunding kat rumah kawan, takut jem di Jalan Tun Razak k...

Ramadhan 23: Kuih Raya Yang Tak Sempat Beraya

Huhu, sakit perut la pulak tapi takleh salahkan perut sebab diri sendiri yang terlupa nak makan ubat Gastrik masa sahur tadi. Harap2 tak mudarat. Keje banyak nih. Ni nak citer pasal kuih raya aku yang tak berkesempatan nak sambut raya, kecian sama dia. Tak banyak pun kuih aku beli, popia serunding dan kuih sarang semut je, support kengkawan berniaga kekdahnya. popia serunding ( inti serunding ikan) krup krap krup krap tak sedar abis sebungkus kuih sarang semut yang cair dalam mulut tapi cer tengok apa jadi dengan sebalang kuih sarang semut aku? tara makanlah abam, nanti raya kita makan kerepek je takpun kita beraya umah jenjiran boleh gak makan kuih raya kan nak tunggu umie buat kuih raya, entah bila padahal nak buat popia nestum je pun   (^_^)