Skip to main content

Tip Tajamkan Gunting

Salam Isnin dan Salam Syawal ke 12
(^_^)

korang posa 6 ke?
aku ni ntah bila nak start, huhu
orang dah mula 'open office' nih
tak pegi nanti kata sombong lak
alasan kan?

Insya Allah nak buat jugak secepat mungkin
harap sempat sebelum hujung Syawal

belek2 album raya
jumpa beberapa keping gambar dalam henpon

kebetulan balik raya tu hari
mintak mak repair baju kurung aku
kata dah belajar menjahit tapi cikgu bertukar ke Subang
tak sempat siap selai baju pun, huhu

masa nak gunting kain, gunting mak tumpul
so ini lah cara/petua untuk tajamkan gunting yang tumpul
yang aku tahu, kalau gunting tumpul 
gunting daun serai tu je
tak tahu pulak ada petua lain

PETUA TAJAMKAN GUNTING
cari botol yang ada leher
gunting macam menggunting botol
gunting le banyak2 kali sampai puas hati 
aku punya petua senang je
tumpul je buang, beli baru
hahaha 



Comments

lyana len said…
betul3! mak sy pun slalu tajamkn gubting mcm ni ^^
KLMari said…
Ai is very like petua mu ittew, Irfa...kehekehehee..calit sket !!!
Unknown said…
hahaha.. petua aku sama ngan petua terakhir di atas..
Lynn Huraiza said…
owh gitu ker...leh la cuba nanti...salam aidilfitri...
Acik Erna said…
dik sama la kita..malasnya nak menajamkan guntuing..kot lama tak pe..tapi kejap je dah tumpul balik
Acik Erna said…
eh..lupa..puasa cepat..jangan tangguh2..akak hari jumaat lepas dah raya dah
Qashmere said…
ooo cara macam ni ke
Irfa said…
Lyana..
doh dah tahu ke?
saya je kot baru tahu.hahaha
Irfa said…
KLM..
petua la sgt, kecoh siap share kat blog
pdhal org lain berkurun dah tahu
huhu
Irfa said…
RAI..
yg mana?yg pakai buang tu ke?
mak aku kata 'yelah,semua nak buang.senang betul hidup'
kena lagi
Irfa said…
LYNN..
selamat mencuba ;)
macam cuba resepi la pulak ye
Irfa said…
KAK ERNA..
akak takpe, ramai org boleh suruh kat rumah tu :)
Irfa said…
KAK ERNA..
esok la kot.harap2 takde jemputan raya
hehe
Irfa said…
QASMERE..
ye.senang je kan?
tak sangka semudah itu
Fadh Yunus said…
Biasanya beli gunting baru je tp ni cam syg pulak. Ok sy cuba tips tu..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')