Skip to main content

Datang Makan Hanya Bila Kita DiJemput

Sekarang ni kan rata-rata opis buat makan-makan raya. Kalau bangunan tempat kita keje tu ada 10 tingkat, setiap hari satu level buat makan, 10 hari makan free TAPI .... kalau SEMUA LEVEL TU JEMPUT, kalau tak jemput jangan pulak lalu lalang situ supaya di jemput. Jangan malukan orang kampung buat perangai buruk macam tu.

Kena fikir, ada opis yang tak dapat jemput semua orang mungkin kerana bajet ciput, buat makan hanya untuk sesama diorang je.

Baca nih, sumber yang aku ambik dari sini
dari Ustaz Azhar Idrus...
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu TIDAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...
 2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama... SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin :Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar IdrusHukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


So fikir-fikirkan (^_^)
# rendang kupang ni sedap lah


Comments

Anonymous said…
Hohoho...mmg buat malu kg ler klau gitu perangainya...
Dah orng x jmput...duk dendiam je laaaaa....H
sweetie said…
Kat office saya ni pun sama Irfa.. sekarang ni tgh berlangsung majlis Hari Raya unit korporat... tapi kami tak dijemput pun... tetamu sumenya clien2 depa je... siap tampal notis... jangan lalu lalang di kawasan berhampiran majlis sedang berlangsung... BOLEH?...
kami takde open house tahun ni.,. sobbb sedeh!!
nita said…
nasib baiklah saya ni pemalu :P
makchaq said…
Makchaq pernah tersalah makan kat majlis orang, tapi dah minta maaf
sitiezahim said…
wah tq sbb share irfa. lepas ni kena berjaga2 lah. tp stail di germany ni, biasanya kalau pegi makan2, kalau bawak kawan, mmg selalu kena inform tuan umah sbb takut dia bajet elok2 je..:)
mokja said…
saya pun kalau jemput atas jemput atas jemput mmg seganlah nak pi.Tapi tgk keadaanlah juga.
Unknown said…
KZ pun tak berani nak makan di majlis yg tidak mendapat jemputan walaupun majlis tu cuma di buaj jiran selang 4 pintu!
Mak Piah said…
rendang kupang mana wey...;-)
NenetPenne (NP) said…
This comment has been removed by the author.
NenetPenne (NP) said…
hahahaha... mcm lah kemaruk sangat nak pegi open house kalau orang tak jemput... heiii jatuh standard kalau tak dijemput pastu buat lalulalang depan rumah orang tu... setakat nasi impit je pun..mcmlah tak penah makan menda2 lain yang lebih bagus dari nasi impit...

ada orang selamba je kan makan walaupun tak dijemput sebab datang besama dgn kawan yang dijemput tu...

MumMe said…
kadang2 org ajak2 ayam saja...hiksss
Unknown said…
ahahaha..patut ko forward entry ni kat seseorang tu.. wakaka
Cho Zila said…
memang betoi sesangat.. dah tak diundangkan takkan nak gi gakkan...
haritu ikut adik sebab ada hal dia lak kena gak gi kawan dia kawen..sure kitani tak berjemputkan.. adik telefon pengantin mintak nak bawak kakak dia, baruler berani nak singgah makan.. kot idak tak nakler akak masuk...
anyss said…
Assalamualaikum,
Khamis nanti opis kami wat jamuan raya. Bajet memang ciput, kalau ikutkan manusianya 150 orang, tapi tempeh makanan utk 100 je. Tempat pula terbuka...

Bila ada persoalan "kalau ada tetamu tak undang, yang lalu lalang dan singgah makan, apa nakbuat?", masing-masing tak reti nak jawab. Tak kan nak halau hu hu hu
||aLeaSaRa|| said…
huish segan kot kalau dept tu tak jemput.dah tentu diorang bajet cukup2 je untuk staff management dalam tu,kan..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...