Skip to main content

Posts

Ramadhan 22: Aku dan IG (Instagram)

# kemalasan melanda hai korang? posa tak hari ni? hihi, gurau minta kena sekeh . Okey, kan semalam aku citer pasal aku ada IG (Instagram), ko ade? dan aku nak share apa pendapat aku tentang IG, kalau korang rasa tak sependapat, takpe .. aku terima. Aku ada IG sebab adik aku paksa, katanya 'kak, buat IG sekarang. Kalau tak, tak boleh balik kampung. Nanti orang tinggal je kat Tol Gombak tu je' huhu gurau je. Jadi dengan paksarela aku pun buat lah. Aku follow dia, dan dia follow aku. Pastu aku tengok ramai pulak yang follow aku. Tah mana datang pun aku tak tahu. Kulit hitam, kulit putih sume ada. Eeee takutnya saya. Pastu banyak la pulak yang follow semata2 nak jual barang. Segala ubat nak bagi putih, jual beg, jual baju, jual ubat gegat, hehe tipu je . Aku tak minat nak beli barang, so aku klik n follow artis2 se Malaysia. Wow! hebat gaya hidup mereka. Makan-makan, jalan-jalan, sopim-sopim. Boleh dikata ramai artis ada IG. yang apdet setiap 15minit pun ada. Bukan semua l...

Tetiba Ada Instagram

Mood: # mata ngantuk, tak cukup tido anak kenit tak sihat, masih ada sisa batuk # perut masih sakit OnOff ala-ala 'sekut' chipsmore, kejap ada kejap takde # hati dah takde kat opis dah terbang pulang ke kampung, mood nak raya sebenarnya bukan nak raya sangat tapi lebih pada nak balik kampung je ma baru kol, tanya bape haribulan nak balik? aku pun tak pasti cuti raya pun tak apply lagi   oh lupa nak cakap, aku ada IG baru buat last week create akaun Instagram semata2 nak skodeng gelagat artis, huhu banyak sungguh masa lapang ko ye Irfa kalau betul banyak masa lapang apa kata ko buat popia simpul tak pun popia nestum jimat jugak kos beli kuih raya resepi dah print, buatnya entah bila entahlah labu

Kad Raya Pertama dan Kiriman Dari Bonda

en3 ke 3 untuk Ramadhan ke 20 jam 12 tgh hari tadi, adik2 aku selamat sampai dari kampung sakan korang cuti pra-raya kan? gambar terpaksa di 'blur' kan atas faktor keselamatan tak nak ngaku tuh henpon sadin cap ayam, hihi dan ada kiriman dari anak dara omie kad raya pertama tahun ini datangnya dari  KAKAK yang jauh nun di pantai timur kad raya handmade, pos pakai ketebang, hihi siap tanya 'umie balik raya tak?' padahal dah tahu yang kami balik raya sabar le kakak ni dan tak lupa kiriman dari Bonda 'nise'  boleh la buat buoh kekoh cha dan tupat sutun kalau rajin la, hahaha kalau tak rajin, kita campak2 je dalam sambal ikan bilis takpun campak2 je dalam masak singgang  abis citer  masak apa berbuka nanti? aku masih lagi terfikir tekak rasa nak makan nasi tomato beli la kat sebelah, nak masak tu lambat sikitlah takat mulut aku dengan si abam je pun

Jerawat yer, Bukan Jururawat

# hari ni kakak start trial Upsr anak exam, umie yang over nebes, acaner tu? Ya Allah, tenangkan hati kakak menjawab soalan Okey,  nak hilangkan nebes, meh kita apdet blog setiap 1 jam boleh? sambungan kisah ke klinik pasal Gastrik semalam aku ada bagitau doktor pasal masalah lain Ingat lagi tak entri ni  As Beauty @ Japanese Tea   dan aku nak share masalah yang melanda aku (melanda sangat tau, sampai tahap tak lena tido  lalu depan cermin rasa cam nak pecahkan cermin itu, huhu) macam mana tak sengsara jumpa orang yang tak pernah bertegur sapa pun ada yang tegur  'eh!rasanya awak dulu tak macam ni? kenapa dengan muka? pakai produk apa?' stres KakTon tau anak kenit aku pun pandai komen sambil gosok2 pipi aku dia cakap 'umi ada jerawat ke? kesian umie nanti jumpa doktor, nanti cuci muka ye Ajaa cantik, takde jerawat' huhu, sempat lagi tuh puji diri sendiri sila rujuk gambar di bawah, inilah masalah aku dahlah de...

Ramadhan 20: Gastrik Datang Lagi

Salam Ramadhan ke 20 Ramadhan sudah menuju penghujung, huhu ni kisah aku di hujung2 Ramadhan tanpa di sangka 'kawan lama' datang kembali  Masa sekolah menengah dulu, aku dan dia memang serasi bersama setiap bulan ke klinik jumpa doktor ambik ubat Gastrik tapi dah lama dia tak datang, rasanya belas2 tahun sejak aku bekerja dan berkahwin Tapi tak sangka Khamis lepas, dia datang kembali berguling aku menahan sakit lepas buka posa aku lupa itu sakit apa cuma yang aku ingat sakit tu macam kontraksi nak bersalin, huhu kejap datang, kejap hilang Jumaat sakit tu masih ada, aku tahan je masa solat menahan sakit waktu rukuk dan sujud Sabtu balik Cheras, sakit masih ada Ahad, tak boleh tahan dah ke klinik jumpa doktor check itu ini dan 'tahniah, awak peknen' hehe, gurau je 'awak gastrik ni, ada kontrol makan ke?' aku cakap ' takde diet pun, makan cam biasa je' so balik tu dapat seplastik ubat ubat gastrik per...

Ramadhan 16: Bulan Cantik dan Kuih Raya

Salam Ramadhan ke 16, wah! mesti semua mood gembira datang keje hari ni kan? Maklum ler esok cuti (Nuzul Qur'an) . Cakap orang ye, aku pun sama jugak, hihi. Emm ingat nak balik berbuka ngan mil petang ni, harap2 tak jem dekat jalan Tun Razak tu. Kalau tak konfem berbuka dalam keta sambil telan air liur je. huhu. Pagi tadi ada sedikit drama airmata, siapa lagi kalau bukan drama queen kecik aku tu. Kisahnya hari selasa tu pengasuh tiba2 kena balik kampung sebab pak mentuanya sakit. Kakak tu tak sempat tunggu aku balik keje sebab nak bertolak cepat   dan dia bagitau akan tinggalkan anak aku kat rumah kakak dia. Tak jauh pun sederet ngan umah aku je. Masa ambik anak, kakak dia offer  kalau takde orang jaga, hantar je anak2 umah dia. Dia kesian kalau aku kena ambik cuti banyak. Tq Kak, jasamu di kenang. Tapi semalam en abe cuti, so tak hantar la. Pagi ni en abe keje shift pagi, sah2lah kena hantar. Apalagi, meraung la dia taknak masuk umah. Siap cakap 'taknak duduk sini, .......

Contoh Surat Minta Cuti Raya

adoi, mood nak buat keje dah terjun lombong kiri kanan depan belakang duk pasang lagu raya sabar jelah, lagu takpe lagi ini siap takbir raya, sayu rasa hati citer bab raya ni dah apply cuti raya ke belum? aku belum apply lagi bos ai kalau nak cuti esok hari ni submit borang pun takde hal, hihi ini ada orang share contoh surat mintak cuti raya dalam bahasa ibunda ku, hihi kalau hantar kat bos aku  konfem dia buang dalam tong sampah kes baca tak jugak paham2, hihi paham ke? tak paham sila mintak bantuan Google Translate konfem pening kepala pakcik gugel tu nak terjemah  hahahaha sapa yang paham sila angkat keyboard (^_^) # nak baca surat yang bos dia balas, sila ke blog cikviva