Assalamualaikum, ada orang tak? hihi Okey, selesai sudah sesi mengepos barang, ada sesapa nak order Inner Magic boleh intai HajarCloset ye. Mana tahu ada kaler yang berkenan di hati. Stok ada lagi dalam 70 helai (tetiba iklan, hihi) Okey, ni kisah tukar sekolah kakak (dari kampungku-Kelantan ke Selangor@N9). Jumaat lepas, aku dengan si kakak dan jugak si kenit balik kampung naik bas je, sebab nak terus sampai kampung. Kalau naik flight kena gi bandar dan patah balik ke kampung. Kami naik bas dari Somban jam 10 malam (patutnya bas jalan jam 9 malam tadi delay 1jam, huhu). Nasib tak berapa baik sikit sebab malam tu bas penuh giler, takde langsung seat kosong nak menumpang letak kaki. huhu. Apapun kami 3 beranak selamat sampai kampung jam 5 pagi (hari Sabtu). Sabtu .. xtvt kuak lentang je kat rumah, hujan sepanjang hari dari pagi ke tengah hari dan membawak ke petang seterusnya sampai ke malam, sedap je menternak lemak dalam selimut, hihi. Mak ajak ikut rombongan meminang ...