# mood raya sudah datang opis pun dah sunyi, dah banyak kerusi dan meja kosong tapi aku pekerja mithali ni masih setia menghuni meja hujung tepi mesin fotostat sambil berfikir 'nak raya mana dulu?' Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras *belek kelopak bunga mawar berdur i* oklah, tadi dah pos sebahagian kad raya spesel sempena GA yang lepas tapi ramai lagi yang belum kasi alamat korang tak sudi ye? huhu, sedih kita tau untuk yang lain, jangan sedih nah ambik sorang sekeping kad raya jangan rebut2, kat belakang banyak lagi, hihi jangan lupa gantung tau *gambar kad raya mesti ada ketupat, baru rasa nak raya ketupat dan raya adalah sinonim* maaf kalau ada tersalah bahasa selama berceloteh dan berbalas komen di blog ini hati2 dijalan raya untuk yang memandu pulang ke kampung halaman # ngeri tengok gambar mangsa kemalangan yang diorang duk share kat grup, huhu jumpa lagi lepas raya, Insha Allah (^_^) ...