Skip to main content

Buah Manggis Batu Itu Memanggil Ku Pulang

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan yang ke 27
masih di opis
hati jangan tanya lah kat mana

ada pulak blogger 'sekapal' post gambar ni kat FB
perghhhhhhhhh, hati rasa menggelupur nak balik kampung
sobs sobs sobs



'buah manggis' yang menjadi ikon bandar tempat aku membesar
kenangan sweet sour ada disini

'balik kampung, ooooo balik kampung'




Comments

SalbiahM said…
kat mana ni sis? macam pernah lalu je tapi tak ingat kat mana..saya pun dok kerja lagi sampai ahad..huhu.

klik mayfair for you..
Selamat balik kampung Irfa.. berhati-hati dijalan raya ye :)
paridah said…
salam idilfitri irfa maaf zahir batin moga dh sampai ke negeri manggis batu n epi beraya bersama keluarga.
Nas said…
assalam.. saya ada terbaca dalam blog awak berkenaan penyakit was-was atau OCD. boleh tak saya dapatkan sedikit maklumat dari awak mengenai penyakit ini sekiranya ada rakan2 awak atau saudara mara yg mengalami masalah nie d tahap yg teruk
Nizam.Ariff said…
Ok...dah raya...

'Balik bandar, o o ooo balik bandar'.
Heheh
sarah said…
selamat hari raya...lama tak jenguk blog nih..manggis feveret saya..sedapnyaaaa manggis
sitiezahim said…
Balik kg tak kak irfa? Selamat hari raya hehehe
happyichigo♥ said…
Selamat hari raya kak, maaf zahir dan batin.
Dira klu balik besut ada lalu manggis batu ni.. Kat mane ye? Kuala krai kah..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...