MH017
AMS/KUL
setiap kali teringat, kerongkong rasa tersekat
(rasa nak teguk air bagi ilang rasa tersekat tapi tak boleh, aku puasa)
Tragedi MH017 membuatkan seluruh dunia bersedih
kesedihan berganda bagi Malaysia
aku tak tahu mana nak mula
aku juga tak tahu nak komen macam mana
tapi setiap kali bangun tido, aku harap ia adalah mimpi
aku pernah 'berbulan madu' 12 tahun lalu ke Amsterdam
(bulan madu selepas bersalinkan si kakak, kami pergi berdua tanpa kakak)
kami kesana melalui Paris
(KUL-CDG-AMS-KUL)
dari Paris ke Amsterdam naik keta api laju
pulang ke Malaysia dengan MH017
kini tiada lagi MH017, dah diganti dengan MH019
waktu malam kejadian tu, aku tengah sedap tido
bila terima kol dari adik jam 12.05 tengah malam
dengan nada cemas, dia suh aku bangun buka channel Awani
katanya 'MH017 kena tembak jatuh, cepat buka tv'
aku rasa macam mimpi bila dengar MH017 ditembak jatuh
dalam kelam kabut dan mamai, aku lupa apa channel Awani
lama aku bertafakur dengan tv, huhu
bila dapat tengok berita tu aku nanges
si abam waktu tu belum tido, pelik tengok aku nanges
setiap kali terbang, kita mesti mengimpikan selamat mendarat
tak dapat membayangkan macam mana penumpang MH017 disaat kapal terbang menjunam
AlFatihah untuk yang beragama Islam
# tak mengenali mereka dengan rapat, tapi muka memang pernah tengok
semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat rahmat
semoga keluarga mereka tabah menghadapi kehilangan yang tersayang
aku belum kuat untuk tengok gambar2 kejadian MH017 di internet
tv pun aku tak tengok, aku cuma dengar dan baca sepintas lalu
tak sanggup, hati aku sangat rapuh
Comments
takziah buat mereka semua.
Pastilah lebih terkesan bila pernah ada pengalaman dengan MH17.. Akak juga rasa sangat sebak dengan berita itu. Wp tidak langsung mengenali mereka, namun hati jadi cukup sedih dengan apa yang menimpa mereka.. Takziah untuk semua ahli keluarga penumpang dan krew MAS.. Dalam banyak-banyak penerbangan yang pernah akak naik, krew MAS memang antara yang terbaik.. Semoga urusan membawa balik jenazah akan berjalan dengan lancar hendaknya.. insyaALLAH..