Skip to main content

MH017 AMS-KUL, Dalam Kenangan



MH017 
AMS/KUL
setiap kali teringat, kerongkong rasa tersekat
(rasa nak teguk air bagi ilang rasa tersekat tapi tak boleh, aku puasa)

Tragedi MH017 membuatkan seluruh dunia bersedih
kesedihan berganda bagi Malaysia

aku tak tahu mana nak mula
aku juga tak tahu nak komen macam mana
tapi setiap kali bangun tido, aku harap ia adalah mimpi

aku pernah 'berbulan madu' 12 tahun lalu ke Amsterdam
(bulan madu selepas bersalinkan si kakak, kami pergi berdua tanpa kakak)
kami kesana melalui Paris
(KUL-CDG-AMS-KUL)
dari Paris ke Amsterdam naik keta api laju
pulang ke Malaysia dengan MH017
kini tiada lagi MH017, dah diganti dengan MH019

waktu malam kejadian tu, aku tengah sedap tido
bila terima kol dari adik jam 12.05 tengah malam
dengan nada cemas, dia suh aku bangun buka channel Awani
katanya 'MH017 kena tembak jatuh, cepat buka tv'
aku rasa macam mimpi bila dengar MH017 ditembak jatuh
dalam kelam kabut dan mamai, aku lupa apa channel Awani
lama aku bertafakur dengan tv, huhu

bila dapat tengok berita tu aku nanges
si abam waktu tu belum tido, pelik tengok aku nanges

setiap kali terbang, kita mesti mengimpikan selamat mendarat
tak dapat membayangkan macam mana penumpang MH017 disaat kapal terbang menjunam

AlFatihah untuk yang beragama Islam
# tak mengenali mereka dengan rapat, tapi muka memang pernah tengok
semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat rahmat
semoga keluarga mereka tabah menghadapi kehilangan yang tersayang

aku belum kuat untuk tengok gambar2 kejadian MH017 di internet
tv pun aku tak tengok, aku cuma dengar dan baca sepintas lalu
tak sanggup, hati aku sangat rapuh


Comments

SalbiahM said…
sedih kan kak..saya first time dengar macam tak percaya je.al-fatihah buat mangsa
Anonymous said…
samalah.. CT pun masih simpan lagi tiket AMS-KUL dua tahun lalu.. untuk kita dan lain lain yang penah melalui route tu memang akan rasa terkesan. bukan nak sombong nak berlagak 'oowh aku dah sampai ams..' bukan bukan.. tapi satu perasaan yang orang dah lalu saja rasa.

takziah buat mereka semua.
Nastyna said…
same goes to me!!!! Namopak jer berita kat tv masa tu, terus buka malaysian sites nak dapatkan confirmation, kot2 saya salah faham berita sini la kan, tapi malaysia sites pun masa tu tak kuar lagi berita ni. baca2 yang lain, memang confirm, sebak sangat rasanya ya Allah, till today nampak berita pasal MH mesti rasa nak nangis, selang seli pulak dengan yang gaza. totally hopeless I rasa. Catahstrophe. Tingat jugak a decade ago pernah fly Kul-amsterdam ngan KLM MAS.
asyifamustaffa said…
Semua yg berlaku ada hikmahnya...mungkin ujian dari Dia...siapa tau kan...
Nur Nainis said…
Sedihnya kan kak. Akak mesti bertambah2 sedih, sebab bekerja di situ. Allah..tak dapat dibayangkan rasanya macam mana perasaan keluarga mereka. Takziah dan innalillahiwanaillahi'rojiun serta Al-fatihah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. #MAStetapdihati.
Aisyah said…
Ifa..jumaat ritu mmg sgt2 down lph tau pase mh17..wpun sibuk koje tp perasaan down tak dpt dibendung..blk kpg sabtu..ayah kabo pilot wan amran tu owg kuale..tp yong tak kene lansung..tp anak saudaranyer amaludin tu yong kene..kejap ni ngk berita tv3..imam zimbabwe yg melawat PM kabo yg islam dlm mh17 adalah kategori shahid..semoga syurga tempat mereka..amiin
paridah said…
sedih sungguh, apalagi irfa sekerabat dgn mrk tentu lbh terkesan lagi...moga kepergian mrk di bulan mulia terus membawa ke jannah...
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

Pastilah lebih terkesan bila pernah ada pengalaman dengan MH17.. Akak juga rasa sangat sebak dengan berita itu. Wp tidak langsung mengenali mereka, namun hati jadi cukup sedih dengan apa yang menimpa mereka.. Takziah untuk semua ahli keluarga penumpang dan krew MAS.. Dalam banyak-banyak penerbangan yang pernah akak naik, krew MAS memang antara yang terbaik.. Semoga urusan membawa balik jenazah akan berjalan dengan lancar hendaknya.. insyaALLAH..
azieazah said…
Sama. Kak Azie pun tak sanggup nak baca kisah penuh, atau nak tengok gambar. Tak tergamak hati ni.
:: CIKVIVA :: said…
Tak boleh baca berita or tengok tv pasal MH17 ni...konfem seriau bulu roma pastu tanpa sedar mata tiba2 kuar air mata...sedih sangat bila piker kan hal tu..huhu
mrs said…
sedih...mrs pun still tak sanggup nak tengok gambar, cuma scroll sepantas lalu aje.
LYAfrina said…
al fatihah buat smua pnumpang b‘agama islam. lya pon tkejut n sedih sgt dgn apa y blaku..mmg x dpt bygkan saat tu.. cuma bharap keadilan buat mangsa korban mh17 dpt ditegakkan..
fairylilly said…
Salam. Memang sgt terkejut n tak percaya with this heart breaking incident. Alfatihah for muslim victims and RIP to others.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t