Skip to main content

Posts

Bos Mesti Pakai Kot dan Perut Boroi

dah baca post Seketeri Mesti Seksi kan? seperti yang di janjikan, ini sambungannya jemput baca entri takde idea, hahaha sejak kecik, bos pada fikiran aku mesti camni - pakai kot tak kiralah siang ke malam - perut boroi, tak boroi tak bos lah kan - naik keta besar - main golf - asik cakap kat telefon dengan Mr Wong, Dato dan Tan Sri - kalau borak, mesti bisnes juta-juta, ribu riban tak main lah - bos mesti ada affair dengan seketeri , huhu (sekali lagi salahkan drama tv) okey, itu je kot? ker ada lagi bos korang camner? bos aku pompuan, hihi (^_^)

Kerja Secretary Mesti Seksi

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA UCAPAN TAKZIAH DI ENTRI 'MOK' mok tetap dalam ingatan, tak lupa sedetik pun doa moga mok aman di sana ~*~*~*~*~*~ okey, back to normal korang nak dengar citer tak? ni citer masa aku kecik2 dulu tentang persepsi aku bila membayangkan kerja 'seketeri' pada aku, seketeri mestilah yang cantik tinggi, slim, berkaki panjang, wuhuuuu muka mekap tebal 2 inci berkuku panjang dicat pewarna kuku merah terang kasut tumit tinggi 5 inci dan dia mesti lah memakai skirt pendek atas lutut kaler merah dan pastinya perwatakan seketeri mesti lah gedik juga menggoda eh! jangan salahkan aku masa tu masih budak2 lagi drama selalu buat watak seketeri macam tu kan? sila salahkan pengarah drama@penulis skrip, kihkihkih kelakar kan? bila dah bekerja baru tahu ada seketeri bertudung labuh dan bersize plus jugak hahaha ada bos yang dah serasi dengan seketeri yang sama pindah department lain pun, tetap h...

Sebuah Kehilangan, AlFatihah Buat 'Mok'

# terima kasih pada yang sudi singgah wpun dah banyak hari tak update banyak perkara berlaku sehari dua ni 20/01/2015 (Selasa) Lebih kurang jam 7.50 malam aku baru bangun nak ke bilik air, balik keje lepak2 dulu dengar henpon bunyi, belum sempat angkat, henpon dah stop bunyi tengok henpon, rupanya miss call dari 'MUM' hati dah terasa sesuatu, sebab mak aku pantang besar telefon waktu Maghrib # ingat lagi mak selalu bebel kalau henpon bunyi waktu Magrib sebab bagi mak, itu waktu sibuk orang kejar nak solat Maghrib bila kol mak semula, talian dah sibuk tiba2 CV jenguk ke bilik aku, bagitau ' kak, mok takdok doh, baru kejap tadi' ALLAH, rasa nak gugur jantung aku harap itu mimpi, tapi cepat2 sedar yang aku bukan mimpi dipendekkan cerita, kami semua balik kampung malam tu jugak nak balik dengan flight, rasa dah suntuk sangat Terima kasih kepada 'teman sebilik' kerana memahami Terima kasih kerana bersengkang mata drive so...

Filem: Into The Woods, Indah Khabar Dari Rupa

sapa dah tengok citer ni? sila angkat tetikus korang laju-laju Sejak penghujung tahun lepas, promo filem ni dah keluar kat tv Anak2 pun dah tertunggu bila kuar wayang Aku yang bukan budak pun teruja dengan promo tu 'wah! cam best nih' Hari pertama filem ni kuar wayang, dengan baik hati CV booking online *dia kan maksedara kesayangan anak2 aku* Jadinya Sabtu lepas, berbondong2 lah kami ke Aeon Seremban nonton filem ni ~*~*~*~*~*~*~*~  Into The Woods Kisah sepasang suami isteri pembuat roti yang tidak mempunyai anak didatangi oleh seorang ahli sihir yang menjanjikan mereka akan dapat anak jika dapat tunaikan 4 benda yang dihajati oleh ahli sihir tersebut. 4 benda tersebut ialah: - baju bertopi warna merah ( The Little Red Riding Hood) - kasut emas ( Cinderella) - lembu seputih susu (Jack & Kacang Ajaib) - rambut warna keemasasan macam bulu jagung ( Rapunzel) Dipendeknya cerita, semua watak utama 4 cerita tersebut ad...

5 Hari Punya Cerita

Hai korang dah khamis rupanya kita ye Sibuk ngalahkan PM dah sehari dua ni (5 hari tak apdet blog) Sabtu balik kampung kejap (aku, en abe dan kenit je, kakak n abam tinggal) jenguk nenek yang makin uzur jenguk jugak sedara mara yang kena banjir aduhai, menitik aimata tengok ada rumah yang dah tak rupa rumah ada yang tinggal tangga je ada jugak yang tak berdinding moga kehilangan akan berganti dengan yang lebih baik Ahad balik sini dengan airmata jugak tinggalkan nenek  dan mak yang tetiba tak bangun (sakit kepala sangat katanya) tapi tanggungjawab kat sini banyak menanti terpaksalah kena balik jugak (inilah nasib si perantau) Isnin aku cuti, menguruskan anak2 sekolah sebenarnya tak perlu pun sebab kakak dah form 2, abam dah darjah 4 tapi abam tahun ni masuk sesi pagi dan petangnya sekolah agama (kena monitor turun naik bas) tahun lepas kakak n abam dedua sekolah sesi petang kakak sesi petang, abam sesi pagi tahun ni terc...

Hari Ni 'Kita' Dah 5 Tahun

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari Hari ni antara hari istimewa aku sebagai IBU pada tarikh yang sama tapi 5 tahun lepas (09/01/2010) aku melahirkan anak ke 3 seorang puteri yang kini dialah penyeri keluarga, sebab dia paling kecik selesa dengan panggilan 'kita' minggu lepas dah selamat terima uniform tadika Insha Allah, esok lusa dah pun bersekolah tadika dekat rumah kami mungkin orang lain hantar anak awal ke tadika tapi semua anak aku masuk tadika bila umur 5 tahun nak hantar awal sangat, tak sampai hati, huhu hari ambik uniform muka momyok sebab kena bangun awal #sekarang dia bangun tido kul 10 pagi bila kejut, dia akan cakap 'lagi 5 minit' haha lepas ni dah kena bangun awal ke tadika harap xlah meragam adik, umie ayah kakak n abam sayang adik sangat2 umie harap blog ni masih wujud bila adik dah besar adik boleh baca kisah anak2 umie dalam blog ni moga kamu ber3 membesar jadi orang berguna mungkin umie garang bila kor...

Banjir Pantai Timur (LAST): Hikmah Banjir

Salam Khamis semua dah sarapan? okey, ni last citer pasal banjir Bukan nak tunjuk kesan lepas banjir tapi hikmah disebalik banjir Ada 2 cerita yang aku nak kongsi dengan korang Kisah 1: KITA MASIH PUNYA HATI selepas aku post pasal banjir di kampung kat FB ada kengkawan yang mintak nombor akaun untuk menyumbang aku pun terkejut  (sebab diorang boleh je derma terus ke badan bencana banjir) Tapi katanya sebab diorang kenal aku (asal dari sana) so diorang nak menyumbang terus pada orang yang kenal Kebetulan adik2 nak balik jenguk mak ayah kami dah beli barang keperluan, so dengan duit sumbangan tu dapat beli lebih sikit yang jauh tak dapat jumpa, diorang bank in duit yang dekat pula menyumbang kain baju dan keperluan lain bila dikira balik jumlah derma yang aku terima lebih kurang RM2K Terima kasih untuk semua Alhamdulillah, sedeqah korang sudah pun sampai pada yang berhak Moga pahala berpanjangan kerana memudahkan urusan orang lain Kisah 2:...