Skip to main content

Posts

Bila Depan Rumah Jadi Port Kucing Berak

Hai Blog Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog Ini kisah taik kucing, haha yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ Emmmm Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi. Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pu...

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni) Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti. Emmm, tak ...

Selamat Datang Ogos dan Kak Mawar Pantang Food

BYE BYE JULAI SELAMAT DATANG OGOS . . . Dalam sibuk urusan dunia, dah masuk bulan ke 8 tahun 2018 Banyak sungguh perubahan berlaku Kita juga dalam pemerintahan kerajaan baru dah lebih 2 bulan Pagi ni sempat jenguk blog, cuci sawang istilah blogger dulu2 Banyak benda nak kongsi, tapi tak tahu mana nak mula Sibuk sangat konon nya haha Oh sebelum terlupa Sejak bulan lepas, aku ada mulakan bisnes baru Bisnes menyediakan masakan berpantang bagi ibu2 lepas bersalin Masih bertatih lagi Bisnes ni sebenarnya sebagai nilai tambah aku dalam kehidupan Dengan niat membantu ibu2 dalam pantang yang jauh dari family dan juga membantu suami2 untuk menyediakan makan pantang yang berkhasiat kepada suri hati Setakat ini baru beroperasi sekitar kawasan perumahan, area Nilai dan taman2 berhampiran Jika ada yang berminat, boleh terus whatapps ke nombor 016-6116459 Okey lah, log out dulu Urusan rumah tangga menunggu untuk di selesaikan ...

Komen Paling 'Pelik' Setakat Ini

hai korang sejuk eh pagi ni rasa macam nak pakai stokin je # tiba-tiba teringat mangsa banjir di negeriku beberapa tahun yang lepas. diorang tinggal dalam khemah macam mana lah agaknya menghadapi cuaca sejuk camni, huhu eh, ni nak citer pasal pengomen kat blog tipulah kalau blogger tak suka bila ada orang komen, huhu aku ngaku suka baca komen sesapa yang singgah kat blog aku sebab taknak terlepas pandang semua komen aku setting semua komen kena approve baru publish # setakat ni takde lagi komen mengutuk, yelah.. aku bukan blogger femes pun tapi, ni komen paling 'rare' aku dapat berminat? pm dia, jangan pm aku ye hehe

Tips Bercuti Ke Langkawi, Tanah Kelahiran Mahsuri

Hai semua............. ada orang singgah sini tak? Rindu blog, baru ada masa nak Log In, tapi masih belum ada masa yang betul-betul lapang nak bercerita, sambil jenguk entri-entri lama, terutama yang cuti-cuti. Aduh....  terasa lamanya tak pergi bercuti bersama family. Maksud aku, cuti-cuti yang naik kapal terbang, kalau yang dekat-dekat naik kereta tu adalah, hihi Tiba-tiba terbaca post lama yang  Cuti-Cuti Ke Langkawi Tahun 2012  (ini kali yang ke berapa ke Langkawi pun dah lupa) selepas tu pun ada lagi Trip ke Langkawi, Tahun 2016 kalau tak silap. Itu adalah trip pertama bersama Baby Aisha. Kami ke Langkawi masa tu khas untuk makan-makan je, Omie teringin nak makan Laksa tepi lapangan terbang tu, hihi ehsan Google Dataran Helang (Gambar dari Google) Laksa Power tepi lapangan terbang Actually, tak pernah bosan pun ke Langkawi walaupun ada yang cakap, pusing-pusing pun situ juga. Bagi aku okey je walaupun dah banyak kali pergi tempat s...

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Dear Blog Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa. Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je. Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu. TAPI.......

Kawal Resdung DenganTablet Resdung Tok Melah

Pagi ni aku nak kongsi satu Produk Tempatan yang aku puas hati. Kita jangan pandang sebelah mata bila dengar Produk Tempatan . Bukan semua Produk Tempatan takde kualiti dan tangkap muat (borong dari satu kilang, tepek sticker nama sendiri) . Ini terbukti dengan Tablet Resdung Tok Melah yang aku dah guna lebih kurang setahun. Alhamdulillah serasi untuk kami sekeluarga yang ada masalah RESDUNG TEGAR terutama En Abe dan anak ku si Kakcik Hajar. Kerana mereka berdua lah, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana tahu ia bermanfaat kepada yang menghadapi masalah yang sama Apa petanda seseorang ada masalah RESDUNG (tanpa sedar, ramai yang ada masalah Resdung tanpa di sedari) Apa yang aku nak kongsi hari ini, kesan kepada masalah Resdung yang dihidapi oleh EnAbe. Dia memang selalu selsema dan bersin teruk setiap pagi, juga alergik dengan kepada Seafood. Dia juga ada masalah Asma, bila cuaca sejuk, selalu jugak kena sedut pam, baru boleh bernafas lega. Al...