Skip to main content

My Kebun Pisang

okey..entri ke2 hari ni.wah!duk opis baru kemain rajin apdet blog ko ye..eh!mana ada,bukan dari dulu ke aku rajin?hehe

kisah petang semalam,balik keje ambik kenit lalu jalan belakang umah..ternampak sebatang pokok pisang yang ayah aku tanam dibelakang rumah sudah tumbang,buahnya dah elok membesar mungkin akan masak tak lama lagi.sekarang kan selalu hujan lebat siap pakej dengan angin kuat lagi.tu pasal agaknya pokok pisang ni jenis yang rendah tak mampu menampung tandan yang berat itu.nasib baik pokoknya jenis rendah je..so tandan pisang tu elok je menongkat pokok itu.tidaklah patah terus.kalau tidak,mau rosak buah itu nanti.

dengan berbaju kurung aku menebang pisang,pakai pisau dapur je sebab takde parang.sib baik pisau size besar.sebijik rupa macam petani moden ....

layan gambar sebagai bukti penceritaan...

Gambar dari kiri ke kanan:
-2 pokok pisang tengah berbuah,nampak yang tepi pagar sudah tumbang
-gambar pokok pisang yang tumbang itu
-lagi sekali..mungkin tumbang sebab buahnya dah berat
-okey..dah selamat masuk besen untuk diperam

potong tandan dan potong pisang itu sesikat-sesikat,dapatlah 8 sikat,susun dalam besen mandi zaman baby si kenit dulu.pastu tutup dengan surat khabar dan kain buruk.harap2 elok la masaknya.aku tak pasti cara sebenar nak bagi pisang ni masak.ada yang ajar,masuk je setandan pisang tu dalam guni dan sumbat dalam bonet keta.wap panas dalam bonet tu katanya boleh buat pisang masak dengan cepat.tapi aku belum penah cuba.

korang ada tip lain ke?lagipun kalau cara aku tu..pisang tu masak tak sekata,nak bagi orang pun segan.setakat ni aku bagi je pada jiran2 sesikat sorang,pandai2 dioranglah nak bagi masak macam mana.ada kawan aku pulak,dia simpan pisang sampai buruk,dia ingatkan pisang tu dah masak akan tukar kaler kuning.salah aku juga,lupa bagitau yang pisang ni bukan jenis masak kuning,kulit je hijau tapi isi dah masak.sian dia..............simpan sampai dah tak boleh makan.

sebenarnya teringin nak buat kek pisang macam kak lw buat tu,bila agaknya masa terluang..resepinya kak lw dah bagi..nampak mudah dan senang amat.okey,copy balik resepi kak lw sebagai rujukan 

Resepi Kek Pisang Kak Lady-Windsor

Bahan2nya:

220 butter
200 gm gula kastor
5 biji telur
250gm tepun naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
8 biji pisang mas. 
(kalau pisang yg irfa punya tu, empat dah cukup sebab ia besar kan).
I sudu teh esen vanilla.

Cara2nya:
- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur, kemudian masukkan pisang.
- Akhir masukkah esen vanilla dan tepung. kacau hingga sebati. bakar pada suhu 170 c selama 45-50 minit. 

okey..nak ziarah blog kengkawan.semalam tak sempat.lagipun aku tak keluar lunch.dah kenyang dengan heavy breakfast pagi tadi ;)

Comments

Nick Nashram said…
ni peram sampai masak pastu buat goreng pisang sedap ni..huhu
Chik Na said…
tak tanam pisang tapi selalu dpt pisang dari jiran belakang rumah :D
:: CIKVIVA :: said…
buat le kerepek, pastu packing singgit2..t buleh jual kt opis baru tu.. kate sume GM/AGM...hehe
Irfa said…
@nick..
buat cekodok hangit2 hitam pun sedap jugak ;)

@chik Na..
wah lagi bagus..tak bertanam pun dapat makan pisang.moga makin murah rezki jiran itu

@cik viva..
mana ada masa nak berkerepek..baik layan drama korea ;)
ZieMarziah said…
kek pisang sedapppp..cilok resepi boleh hehe
Unknown said…
Irfa, petua nak bagi pisang masak sekata, letak garam pada sisir pisang yang bergetah tu, simpan, nanti masaknya sekatalah...

Ni kak yus belajar dari jiran yang memang ada kebun pisang. Kak yus pernah cuba pada pisang tanduk yang mentah 3 biji yang dia bagi, dia yg suruh letak garam untuk semua pisang masak serentak. Kak yus buat, n betul, memang masa serentak n sekata...:)
Unknown said…
aku baru nak cadang buat kerepek.. hahaha..

kalau ada belerang boleh gak sapu kat kulit dia sikit2.. belerang panas kan..
NenetPenne (NP) said…
pisangggg!!!!!
i makan pisang goreng, pisang pengat, pisang sira, jemput2 pisang, puding pisang..

tapi


tapiiiii

i tak makan

pisang mentah dan kek pisang...

boleh?
Irfa said…
@shahzee..
resepi tu boleh aje ambik,cuma akak dah setting xleh copy paste.
sori,salin jelah ye.tak banyak pun bahan..kejap je dah boleh salin ;)

@kak yus...
sayang kak yus utk petua tu,harap tak terlambat nak cuba petua itu.balik nanti terus nak buat ;)

@rai..
kalau dekat aku kasi ko sesikat utk buat kerepek..mana nak cari belerang tu?temberang ada lah.hehe
Mak Wardah said…
Kalau kat kg Irfa...dia orang simpan dalam gunikan...akak rasalah....
Rumah Kuning said…
saya suka pisang rebus. sedappp
Lady Windsor said…
huhu pisang...NAK!!!! hehehe....buat lempeng, muffin, cake, pengat dan sira..arghhh!

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')