Wednesday, August 21, 2013

Sekolah Harian @ Sekolah Berasrama?

Aku dah baca semua link di bawah


Ada beberapa blog lagi yang aku baca, tapi cukuplah 6 tu je yang aku share sebagai mukaddimah. Korang takyah baca pun, ni aku nak citer kenapa aku letak link tu semua.

Gini kisahnya, aku kan ada anak sulung yang bakal exam UPSR September ni. Result trial yang lepas, takdela sangat cemerlang tapi sebagai ibu aku tetap bangga dengan result tersebut dan harap dia akan dapat result yang lebih baik pada peperiksaan sebenar 10 September nanti.

Di pendekkan cerita, aku dalam dilema. Bila masuk form 1 nanti samada nak hantar dia sekolah asrama @ sekolah harian je?

Kalau ikut pengalaman sendiri, aku memang sekolah harian dari sekolah rendah sampai sekolah menengah (penah duduk asrama pun sebulan sebelum PMR dan SPM) tapi setakat sebulan apa sangat, itupun bukan penuh sebulan. Setiap minggu balik rumah. Jadi pengalaman sebulan tu rasanya tak boleh pakai, setakat suka-suka je kot.

Sekarang pun kakak dah macam duk asrama (sejak tahun lepas kakak dah berjauhan dengan kami, duk dengan atok nenek di kampung ku nun ni kelantan tapi duk ngan tok nenek tak sama dengan duk asrama)

# sebenarnya sebagai ibu, aku bukan takut dia nanges rindu nak balik rumah @ tak pandai urus diri sendiri. kalau korang kenal si kakak ni .. Alhamdulillah, dia jenis yang tak banyak karenah. Aku ni je yang terlebih risau, takut anak aku kena buli, Nauzubillah.

Korang ada pendapat/pengalaman duk asrama sila share ye.
Kalau boleh tu, tulis baik dan buruknya sekali (^_^)
TQ


16 comments:

  1. kalau aku biar diorg buat decision sendiri, aku tak paksa.mmg la ada pro n con. buruk baiknya.

    kalau ikutkan aku ni dulu, duk hostel dr form 1 sampai form 5 sambung U. ok je pun.

    ReplyDelete
  2. Sebaya rupanya ank kita, saya pun dlm dilema...ank excited nak masuk asrama tp saya pulak berat hati nak lepaskan dia pegi uhuhuh...dah la ank saya tu serba serbi pemalu.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pendapat bangsawan nilai Irfa. Biar mereka yang buat keputusan... Anak lelaki saya dulu dia sendiri yang buat keputusan... Itupun masuk selepas PMR... Hati saya risau juga... takut kena buli... tapi alhamdulillah... SBP tu tak ada kes buli yang melampau-lampau pun... dan si abang sendiri tak pernah kena buli pun... saya je yang tak tentu arah risau tak pasal-pasal.

    Anak perempuan pulak dapat juga asrama... sekolah tu pun berhampiran dengan sekolah si abang... saya memang nak hantar tapi dia sendiri yang tak nak... ok saya tak paksa... sebab dia yang nak belajar bukan saya. Saya sendiri pun duduk di asrama juga masa sekolah dulu.

    Apapun bergantung pada anak-anak... Kita pun tak boleh lepas macam tu je... saya dulu boleh dikatakan setiap dua minggu sekali pergi jenguk si abang di asrama... Takut dia main-main dan tak belajar... kalau di rumah nampak dia main-main dan tak pegang buku kita boleh 'sound' tapi kat asrama sapa nak 'sound' setiap malam mereka memang ada 'prep' tapi sapa tahu masa 'prep' tu diorang buat kerja lain... guru warden cuma mengawasi persekitaran dan tingkah laku mereka tapi kalau mereka tidur masa 'prep' sapa nak tegur. Kalau tak pandai pilih kawan alamat hanyut! maksud saya main-main dan tak tumpukan pada pelajaran. Tak semestinya duduk di asrama akan dapat strait A's. Semangat mesti kental kalau duk di asrama. Tengok je di penghujung... kita tahu kebanyakan penghuni asrama terutama SBP dan MRSM masuk dengan result 5A... tapi sampai penghujung tak semua pun dapat 9A dalam SPM... jadi pikir-pikirlah Irfa.

    Apapun Irfa... macam saya cakap... kalau mereka dapat asrama... kita kena selalu pergi jenguk... kena monitor jugak... Dan satu lagi orang cakap kalau ada cita-cita untuk melanjutkan pelajar ke oversea elok duk di asrama... kononnya senang nak apply scholarship... saya tak pasti kebenarannya... tapi kerana rumos tulah anak saya si abang beria-iya nak duduk di asrama sebab dia bercita-cita nak ke oversea. Kalau MRSM mereka akan pilih masa dapat keputusan trial SPM lagi dan kebanyakannya di hantar ke Australia... wallahualam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa kalau nak cerita pasal tinggal di asrama memang tak habis... tok sahlah citer pasal hantu dan buli2 tu semua... si abang ada pengalamannya sendiri macam mana dia berhempas pulas melawan segala macam cabaran dari kawan2(yg masuk sejak dari tingkatan 1) dan guru-guru di SBP yang tak dapat saya tulis kat sini... Mereka pandang rendah pada dia yang masuk ketika di tingkatan 4. Inilah maksud saya semangat mesti kental... si abang pernah bercadang nak lari dari asrama tapi memikirkan cita2nya nak ke oversea dan susah payah saya mendpatkan asrama dia nekad harungi semua tu... Irfa boleh baca sikit2 dalam catatan saya pada fail 2010 (folder bulan Disember tajuk Masih Segar Diingatan...)

      Delete
  4. Personally bagi Azwa sendiri , berdasarkan kepada pengalaman keluarga sendiri, Azwa tak menggalakkan anak2 duduk di asrama.. paling cepat pun untuk mereka di hantar duduk asrama adalah lepas PMR. namun, bak kata kawan2..terpulang pada pendapat anak2 sendiri. Juga rasanya kena ambil kira anak kita jenis macammana..ada yang boleh dilepaskan awal dan ada yang kena diberi kawalan dan didikan lagi..wallahualam

    ReplyDelete
  5. Saya tinggal di asrama dari umur 11 tahun sehinggalah 17 tahun. Bagi saya sekolah asrama atau harian biasa bukanlah penentu kejayaan seorang pelajar di dalam akademik. Tetapi jika inginkan seorang anak yang berdikari dan mempunyai tahap "survival" yang tinggi maka asrama adalah tempat yang terbaik. Harus diingat, kejaayaan di bidang akademik bukanlah penentu kejayaan hidup...perlu kombinasi dengan ilmu2 dan pengalaman lain juga untuk menjadikan beliau lebih "tough" untuk bersaing.

    ReplyDelete
  6. saya pun dok asrama dulu irfa... form 1 sampai form 5. Bagi saya kehidupan di asrama taklah menggerunkan macam yg kita tgk kat movie atau drama. kes buli ni kes terpencil maksudnya chance nak jadi tak tinggi tapi semua atas nasib. Apa-apa pun, saya rasa semua komen2 kat atas tu ada betulnya.

    ReplyDelete
  7. saya dok hostel ari form 1 sampai form 5 pastu sambung dok U plak. dok hostel kena pandai bawak diri. pandai cari kawan dan pandai bela diri sendiri sbb kadang orang buli. saya pun tgh survey sekolah untuk anak walaupun lagi 4 tahun, tapi rasanya anak laki hantar hostel, anak perempuan sekolah harian kot.

    ReplyDelete
  8. Akak dok asrama dari umur 15 tahun sampai la umur 23 tahun... lamanya... huhuhu... Form 3,4,5 ... univ umur 18 sampai 23 ... lama kan ? Tapi tak pernah kena buli biarpun akak ni jenis orang yang pendiam dan penakut... hahaha...

    Pompuan jarang la nak kena buli. Tapiiii... nowday tak pasti pulak. Tengok dalam internet ni memacam, memang la takut. Anak akak pun nak masuk asrama jugak... hmmmm....

    ReplyDelete
  9. Pasrah la irfa oooii...anak accik smua tiga2 orang duk asrama dalam usia 12 tahun hingga habis degree. Ada pro dan kontra. Accik bukan jenis suka gi jengok diorg kat asrama, samada yg dekat mahupun yg jauh (lebih2 lagi lah.) kecuali ada hal penting je. Alhamdulillah,tak ada masalah besar. Diorg blh bawa diri dgn kawan2. Didikan awal kita mgkin mampu membantu mereka membezakan yg baik yg blh diikut dan yang tak baik yang perlu mereka jauhi selain dari nasihat dan pngajaran dari guru dan warden di sekolah/asrama. Carilah yang baiknya duk asrama, dan cuba cari solution terbaik jika timbul masalah. Kalau dapat asrama penuh, bagus untuk pendidikan masa depan. Kalau nmpak ada masalah yang kronik, tukarkanla ke asrama/sekolah lain atau lain-lain solution yg bisa menyelesaikan kemelut tersebut. Sekolah harian? sama jugak. Ada pro & kontra nya...

    ReplyDelete
  10. dear Irfa, my bad experience taught me, jgn hntar anak immediately ke asrama after UPSR.kalau lepas PMR ok.sedih nk cerita sini, tapi pengalaman ngeri tu tk habis mengahntui saya smpai sekarang.sedih, kesian, menyesal.all in one.

    ReplyDelete
  11. tak pe irfa, masa banyak lagi, fikir elok2 dulu. bagi saya, terpulang pada anak kita dia nak pergi sekolah mana (kalo dapat tawaran yang best tu terpaksa la duk asrama kan). kalo dia nak pergi (duk asrama) jangan kita halang, kita bagi kata2 semangat dan nasihat. pasal kes2 terpencil tu kita tawakal dan serah pada Allah saja, doa banyak2 moga Allah lindungi anak kita. itu pendapat saya la. anak saya baru darjah satu. ;-)

    ReplyDelete
  12. takde apa la irfa.. insya allah okay.. aku pun dok asrama dulu..

    hmm..tapi aku paham jugak ko punya dilema.. sbb budak zaman skang tak macam kita dulu.. zaman aku kat hostel dulu takde buli2 ni.. semuanya aman damai.. dak skang tatau la.. tak tau la apa dalam kepala otak diorang ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. tiap orang ada pendapat masing-masing

    pendapat kak jie pula... anak hanya akan ke asrama pada tingkatan 4

    form 1 tak boleh... 16 tahun adalah persediaan dia untuk belajar suasana dan keadaan di asrama apabila nak ke universiti.

    kadang2 bergantung pada keadaan persekitaran juga. kami pindah ke pinggir bandar yg aman damai ini untuk membesarkan anak2 dgn baik, kadi agak rugi kalau dia ke asrama terlalu awal.

    tak ada kurang apa pun segala kemudahan...dan alhamdulillah keputusan PMR cemerlang juga dan ke asrama 2 tahun, sambung asasi 1 tahun...lepas tu sekarang dua orang anak kat universiti.

    ReplyDelete
  14. alamak nak komen apa ni.kak lea baca semua komen tu dah terjawab segala kemusykilan di hati sendiri.pening jugak sebab husband kata kalau boleh masa anak kembar form 1,nak masukkan diorang ke asrama kat sekolah maahad di ipoh.sekarang gejala sosial macam2,sekurangnya anak2 ada didikan agama yang lebih.tau beza mana baik dan buruk.so far dua-dua anak perempuan kawan kitorang belajar kat sana,ok je.cemerlang...disiplin bagus,pandai berdikari.

    tapi kak lea pulak risau.sebab kita kenal anak kita macam mana,anak kembar kak lea jenis pendiam,tak reti melawan,kadang2 macam ikut je cakap orang.hah.tu yang risau kalau depa tersilap pilih kawan masa kat asrama.kalau depan mata sekurang2nya kak lea kenal dah mana kawan rapat,sapa family diorang,duduk kat mana.

    adik kak lea tiga orang belajar mrsm..adik lelaki bawah kak lea ok je,sabar je kena macam2 dugaan duduk asrama.dah habis belajar,jadi web designer.spm dapat 7A.dua orang adik lagi,tak tahan tekanan datang dari pelbagai faktor,dua2 minta patah semula ke sekolah harian.sekarang adik bongsu tu masih kat sekolah harian baru form 5.sorang lagi adik pompuan U,praktikal di hospital.pokok pangkal asrama ke sekolah harian ke,yang penting anak tu sendiri kena pandai urus masa,berdisiplin dan rajin buat homework...ramai apa yang bijak pandai lahir dari sekolah harian.adik pompuan kak lea dulu spm 8A.

    ReplyDelete
  15. dimana sekolah yg asrama masih belum penuh ? untuk pelajar form4

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)