Aku dah baca semua link di bawah
Ada beberapa blog lagi yang aku baca, tapi cukuplah 6 tu je yang aku share sebagai mukaddimah. Korang takyah baca pun, ni aku nak citer kenapa aku letak link tu semua.
- http://mohdluthfi.com/tag/kebaikan-keburukan-tinggal-di-asrama tulisan seorang budak lelaki yang bercerita kenangan best dan tak best tinggal di asrama
- http://cheritapelangi.blogspot.com/2011/10/kebaikan-dan-keburukan-tinggal-di.html yang ni di tulis oleh seorang gadis, baca gitu2 je sebab bahasa remaje ai is fenin kepala
- http://www.scribd.com/doc/76881752/Kebaikan-Dan-Keburukan-Asrama yg ni pula di tulis oleh seorang (jantina tak pasti) pendapatnya tentang sekolah berasrama
- http://aqilahyunos.blogspot.com/2010/01/jantung-hatiku-along-aqilah.html # tulisan seorang ayah kepada anak perempuannya yang akan masuk asrama
- http://cthoney.blogspot.com/2011/04/wajarkah-hantar-anak-ke-asrama.html blogger ni tulis, katanya kenal anak kita jenis macam mana, sebelum hantar ke asrama.
- http://idanradzi.blogspot.com/2012/04/baik-buruk-tinggal-di-asrama.html baca yang ni aku sedikit risau, huhu
Ada beberapa blog lagi yang aku baca, tapi cukuplah 6 tu je yang aku share sebagai mukaddimah. Korang takyah baca pun, ni aku nak citer kenapa aku letak link tu semua.
Gini kisahnya, aku kan ada anak sulung yang bakal exam UPSR September ni. Result trial yang lepas, takdela sangat cemerlang tapi sebagai ibu aku tetap bangga dengan result tersebut dan harap dia akan dapat result yang lebih baik pada peperiksaan sebenar 10 September nanti.
Di pendekkan cerita, aku dalam dilema. Bila masuk form 1 nanti samada nak hantar dia sekolah asrama @ sekolah harian je?
Kalau ikut pengalaman sendiri, aku memang sekolah harian dari sekolah rendah sampai sekolah menengah (penah duduk asrama pun sebulan sebelum PMR dan SPM) tapi setakat sebulan apa sangat, itupun bukan penuh sebulan. Setiap minggu balik rumah. Jadi pengalaman sebulan tu rasanya tak boleh pakai, setakat suka-suka je kot.
Sekarang pun kakak dah macam duk asrama (sejak tahun lepas kakak dah berjauhan dengan kami, duk dengan atok nenek di kampung ku nun ni kelantan tapi duk ngan tok nenek tak sama dengan duk asrama).
# sebenarnya sebagai ibu, aku bukan takut dia nanges rindu nak balik rumah @ tak pandai urus diri sendiri. kalau korang kenal si kakak ni .. Alhamdulillah, dia jenis yang tak banyak karenah. Aku ni je yang terlebih risau, takut anak aku kena buli, Nauzubillah.
Korang ada pendapat/pengalaman duk asrama sila share ye.
Kalau boleh tu, tulis baik dan buruknya sekali (^_^)
TQ
Comments
kalau ikutkan aku ni dulu, duk hostel dr form 1 sampai form 5 sambung U. ok je pun.
Anak perempuan pulak dapat juga asrama... sekolah tu pun berhampiran dengan sekolah si abang... saya memang nak hantar tapi dia sendiri yang tak nak... ok saya tak paksa... sebab dia yang nak belajar bukan saya. Saya sendiri pun duduk di asrama juga masa sekolah dulu.
Apapun bergantung pada anak-anak... Kita pun tak boleh lepas macam tu je... saya dulu boleh dikatakan setiap dua minggu sekali pergi jenguk si abang di asrama... Takut dia main-main dan tak belajar... kalau di rumah nampak dia main-main dan tak pegang buku kita boleh 'sound' tapi kat asrama sapa nak 'sound' setiap malam mereka memang ada 'prep' tapi sapa tahu masa 'prep' tu diorang buat kerja lain... guru warden cuma mengawasi persekitaran dan tingkah laku mereka tapi kalau mereka tidur masa 'prep' sapa nak tegur. Kalau tak pandai pilih kawan alamat hanyut! maksud saya main-main dan tak tumpukan pada pelajaran. Tak semestinya duduk di asrama akan dapat strait A's. Semangat mesti kental kalau duk di asrama. Tengok je di penghujung... kita tahu kebanyakan penghuni asrama terutama SBP dan MRSM masuk dengan result 5A... tapi sampai penghujung tak semua pun dapat 9A dalam SPM... jadi pikir-pikirlah Irfa.
Apapun Irfa... macam saya cakap... kalau mereka dapat asrama... kita kena selalu pergi jenguk... kena monitor jugak... Dan satu lagi orang cakap kalau ada cita-cita untuk melanjutkan pelajar ke oversea elok duk di asrama... kononnya senang nak apply scholarship... saya tak pasti kebenarannya... tapi kerana rumos tulah anak saya si abang beria-iya nak duduk di asrama sebab dia bercita-cita nak ke oversea. Kalau MRSM mereka akan pilih masa dapat keputusan trial SPM lagi dan kebanyakannya di hantar ke Australia... wallahualam!
Pompuan jarang la nak kena buli. Tapiiii... nowday tak pasti pulak. Tengok dalam internet ni memacam, memang la takut. Anak akak pun nak masuk asrama jugak... hmmmm....
hmm..tapi aku paham jugak ko punya dilema.. sbb budak zaman skang tak macam kita dulu.. zaman aku kat hostel dulu takde buli2 ni.. semuanya aman damai.. dak skang tatau la.. tak tau la apa dalam kepala otak diorang ni.. hahaha..
pendapat kak jie pula... anak hanya akan ke asrama pada tingkatan 4
form 1 tak boleh... 16 tahun adalah persediaan dia untuk belajar suasana dan keadaan di asrama apabila nak ke universiti.
kadang2 bergantung pada keadaan persekitaran juga. kami pindah ke pinggir bandar yg aman damai ini untuk membesarkan anak2 dgn baik, kadi agak rugi kalau dia ke asrama terlalu awal.
tak ada kurang apa pun segala kemudahan...dan alhamdulillah keputusan PMR cemerlang juga dan ke asrama 2 tahun, sambung asasi 1 tahun...lepas tu sekarang dua orang anak kat universiti.
tapi kak lea pulak risau.sebab kita kenal anak kita macam mana,anak kembar kak lea jenis pendiam,tak reti melawan,kadang2 macam ikut je cakap orang.hah.tu yang risau kalau depa tersilap pilih kawan masa kat asrama.kalau depan mata sekurang2nya kak lea kenal dah mana kawan rapat,sapa family diorang,duduk kat mana.
adik kak lea tiga orang belajar mrsm..adik lelaki bawah kak lea ok je,sabar je kena macam2 dugaan duduk asrama.dah habis belajar,jadi web designer.spm dapat 7A.dua orang adik lagi,tak tahan tekanan datang dari pelbagai faktor,dua2 minta patah semula ke sekolah harian.sekarang adik bongsu tu masih kat sekolah harian baru form 5.sorang lagi adik pompuan U,praktikal di hospital.pokok pangkal asrama ke sekolah harian ke,yang penting anak tu sendiri kena pandai urus masa,berdisiplin dan rajin buat homework...ramai apa yang bijak pandai lahir dari sekolah harian.adik pompuan kak lea dulu spm 8A.