Friday, October 11, 2013

Blog Sarapan Pagi Saya

Salam Hari Jumaat

dah sarapan ke?
aku ingat nak tukar nama blog la
dari nama Happy Irfa kita tukar kepada Blog Sarapan Pagi Saya
boleh gitu?
mana tidaknya, asyik up citer menu sarapan je, huhu  


okey, pagi ni member yang aku tumpang hari2 tu
suami dia lak yang hantar gi keje
diorang nak sarapan dulu
so aku pun pandai2lah bawak diri
seganlah nak makan semeja dengan diorang
kotlah diorang nak sembang laki bini

buat la alasan, nak gi restoren sebelah cari nasi dagang
so sarapanku pagi ini ialah Nasi Dagang Lauk Ikan Aye (Ikan Tongkol)
tapi rasanya kurang memuaskan hati
sebab:
- takde cili sebiji2 dalam gulai tu, puas aku cedok2 tak jumpa cili
-acar timun takde rasa cuka pun, tawar je

banyak sangat songeh kan?
macamlah pandai masak

aku layan sorang2 kat meja hujung
masa nak keluar baru aku perasan
cuma aku sorang je pompuan makan kat situ
semua pelanggan lain adalah abang2 teksi dan pekerja kontrak
agaknya keterujaan nak makan nasi dagang mengatasi segalanya
selalunya aku malu jugak nak masuk restoren sorang2
selalu makan ngan somi dan anak2
kalau kat opis dengan kengkawan
hehe

okey, mulakan hari anda dengan senyuman
happy working fren
(^_^)



15 comments:

  1. breakfast berat ni...tapi nmpak BESTTT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR PUTERI CANDLE..
      mmg berat pun, kalau gini sarapannya konfemlah x kuar lunch ;)

      Delete
    2. haha..sama la...cover sampai tgahri...wahh teringin plak nak cari..tpi cni ssah skit nk dapat mkanan mcm ni utk bfast...

      Delete
    3. hari cuti pegi la merayau jauh sikit kot jumpa org jual ;)

      Delete
  2. nasib baik dah makan baru perasan ye dik..kot tak confirm tak makan punya..bungkus je makan kat opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ERNA..
      kalau perasan pun tak kisah sgt kot, sapa la nak pandang lagi
      bukan anak dara :)

      Delete
    2. mata orang ni tak leh caya sangat. bukan anak dara la yang dikejar nya. hahaha

      Delete
  3. Nasi berlauk! sedapnya... my feberet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      nasi dagang tu kak
      nasi berlauk kuah dia cair sikit ;)

      Delete
  4. Lama sudah x pekena nasi dagang...mau g cari nnti ni...., itu la...klau kuahnya x de cili seketul...cam x best je...sbb sy suka gigit cili tu...heheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYIFA..
      kan? mmg nikmat sgt gigit cili dlm gulai tu
      kdng2 siap mintak extra dgn tukang cedok
      'dik, cili lebih ye' hahaha

      Delete
  5. Gagagagga! Mane aku nak cri nasi dagang sdp weh? Ko bt aku teringin ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. FARA..
      alamak, mak buyung dah bersuara, acaner nih
      maafkan aku fara oi.aku pun tak tahu mana area yg sedap
      tp kat kuaters kerajaan klia ni ada satu kedai akak kelantan,nasi dagang dia oklah
      sbb ada banyak cili dlm tu.haha

      Delete
  6. Sedak la pulok..nasi dage lauk ike ayo tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      jangan terpedaya dengan rupanya
      x sedak mano pun

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)