Monday, October 7, 2013

Kenapa Suka Beli Online?

Kesibukkan melanda diri, rasa nak nanges belakang pintu tapi kembali pada realiti, hidup mesti diteruskan. Nanges ke tak nanges, keje tetap kena siap sebelum dateline. huhu.

Korang tahu kan aku baru nak mula bisnes kecik-kecik, memang kecik sungguh, asik tak cukup stok je. Sampaikan ada rasa nak tutup kejap blog HajarCloset tu sebab bila orang wasap tanya stok, asik la cakap kaler tu takde, kaler ni takde. Mesti orang nak order pun takde mood, niaga apa asik takde stok nih? huhu sekali lagi.

Ada la dengar orang bisik 'laku ke jual online? sebab aku tengok orang jual kat luar pun rega lebih kurang je, tah2 lagi murah kat luar' .. panas gak telinga, tapi tarik napas, hembus, fuh fuh.

Okey, gini la lebih kurang. Ambik contoh macam aku, pegi keje balik keje. Hari cuti duk umah je jadi housewife, sesekali keluar jenjalan @ balik umah mil. Pasar malam? Down town? Up Town .. jap nak kira, bape kali je kot aku pegi. Last pegi pasar malam pun aku dah lupa. Tambah2 pulak aku ni jenis tak suka tempat ramai orang, sesak napas, dan paling tak suka kena jalan jauh. Kalau boleh nak parking keta sebelah ngan gerai orang niaga tu, hihi. Sayang lemak le katakan, takut sangat kalau terbakar lemak tu.

Jadinya, kalau ada orang jual kat opis macam tudung (produk paling laris setakat ini), kain ela dan segala mak nenek lagi, Insya Allah kalau pandai cara promote, cepat je laku. Sebab mereka2 yang mcm aku ni memang takde masa nak keluar bukan tak teringin tapi takde masa, tambah pulak kalau ada anak kecik yang bergayut kat lengan. Mana nak belek barang, mana nak monitor anak lagi. Silap2 tudung kemana, anak pulak hilang celah rak tudung tu. Nauzubillah.

Sekarang trend baru, beli barang Online depan komputer, pilih2 apa yang berkenan, ada berpuluh ratus ribu kedai yang menawarkan produk. Mak ayah je takde jual. Dah deal harga, klik2 duit dalam akaun, sedar2 barang sampai depan pintu. Senang sangat nak habiskan $$ sekarang. Nak buat $$ bukan senang, nak habis sekejapan je. Bab ni aku baru nak belajar, hihi.

Apa yang aku buat sekarang bukanlah untung banyak mana pun, lebih kurang macam khidmat masyarakat pun ada. Tolong kengkawan, dapat untung seringit dua kira macam upah penat jinjit barang je. Kalau yang tak dapat COD, kos pos pun boleh tahan jugak. Tapi kalau dah minat, tak kisah pun. Alhamdullilah, setakat ni masih boleh bertahan.. Mana tahu dari kedai alam maya ni boleh pulak buka kedai sendiri. Tak salah berangan kan?


Okey, itu je nak share ...  TQ pada kengkawan blog yang sudi membeli dengan aku, maaf banyak2 kalau layanan kurang memuaskan. Masih tahap bayi belajar merangkak lagi nih.

Eh! lapar la pulak, tadi rasa kenyang je sebab bekfes makan bihun singapore. Intai kafe kejap, kot ada goreng pisang sedap gak nih

tata...


9 comments:

  1. berniaga ni nak kena ada stok...pastu kena ada modal untuk buat pusingan sementara tunggu customer bayar..mcm tu lah lebih kurang...

    akak pulak tak suka beli online sebabnya... mmmmm...tak dapat mood feel nak pegang barang atau nak telek 80 juta kali...hahaahhaa... buruk nau perangai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NET..
      betul tu,rasa seba salah sgt bil customer nak kaler lain, tapi dlm stok takde
      sebab tu kalau untuk inner..kaler yg paling laris kena restock sokmo

      sbb tu berani beli dgn org yg kita kenal
      tak berani jugak kalau nak beli sebarangan blog/fb..takut kena tipu satu hal
      takut material tak sama dgn yg kita bayangkan,kalau boleh tanya 10kali baru beli
      hahaha

      Delete
  2. mula dari kecil kecilan.. insya allah berkat usaha.. dulu masa ko mula nak start ko tak yakin kan.. skang ko da yakin.. take small step at a time.. insya allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      hehe, tau takpe
      takut sampai bila pun tak kemana

      Delete
  3. dah tau jawapannya dik kan he he
    nanti tambah tudung akel pulak ye..selama ni akak beli online je..rupanya kedai tu diPasir Putih kelantan..memang murah dari kedai..tolak kos pos pun masih lagi murah 6 ringgit.dari kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ERNA..
      kalau jual tudung akel tu akak kena beli sebulan 10 helai, baru sy berani jual.haha
      oh kedai dia kat kelantan ke?
      nnt kita intai kalau balik kg

      Delete
  4. betui tu Irfa, sekarang semua org sibuk kan? kalau ada didepan mata msti teringin kan? ala lebih kurang harga tu besa la kan..kita bukan brjalan mncari beribu batu pun just a click di hjg jari saja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS INDA..
      betul tu, ada ketika beli online lg berbaloi sbb x yah kena keluar rumah
      tak payah susah berpeluh cari parking dan isi minyak ;)
      tp kena pandai pilih kedai online yang betul

      Delete
  5. betul tu sis..lagipun lbh senang beli on9 kan.kalau ada bby lagulah susah nk berjalan2.

    Jemput ke blog saya .tq
    znzabadistore.blogspot.com

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)