Tuesday, March 24, 2015

Family Trip 2015: Destinasi, Tukaran Wang, 13Jam30Minit Kuala Lumpur ke London

Dimana nak mula ye? Boleh tak aku tulis dalam perenggan pendek2? boleh lah ye? kalau panjang takut korang muak lah nak membacanya. Kita mulakan dengan Destinasi Percutian.

DESTINASI PILIHAN:

Pada awalnya, aku cadang nak gi Istanbul *sebab jeles ngan CikViva dah sampai sinun* tapi flight always full, nak taknak kena pilih destinasi lain. Selama seminggu kami laki bini memikir kemana destinasi kami anak beranak masa cuti sekolah ni. Tiket free tahun lepas belum guna pakai lagi, kena guna sebelum 31March, kalau tidak 'burn' sayang je. Akhirnya, sepakat membawa berkat, kami pilih London sebab abam dan adik tak pernah pegi lagi, pastu lajak sikit dari London ke Amsterdam. Alang2 dah dekat tu, sekali harung jelah.

TUKARAN WANG:

London guna matawang Pound Sterling
Amsterdam guna mawatang Euro
Jadinya, kami kena tukar wang kepada 2 currency

Money changer biasa kami pegi, takdelah murah mana *tapi itu je yang terdekat, tak kuasa nak pegi jauh2 tukar duit semata2 nak jimat 40sen, kena bayar tol dan minyak sampai rm50, ye tak?*
So, ini rate yang kami dapat waktu itu

1Pound = RM5.60
1Euro = RM4

Okeylah, percutian ni kami rancang last minute (lebih kurang 2 minggu je kot). Destinasi pun tangkap muat je memandangkan cuti sekolah cuma seminggu. Segala urusan seperti booking tiket, booking hotel, tukaran wang dan segala mak nenek urusan, semuanya EnAabe yang uruskan, aku memang tak ambil tahu. Yang aku tahu, pack baju je, semua orang cukup pakaian selama percutian tersebut. Mithali tak i? kohkohkoh

13 JAM 30 MINIT KUALA LUMPUR KE LONDON

Di pendekkan cerita, penerbangan kami ke London dengan MH002/13Mac mengambil masa 13jam30minit. Lama kan? Ikhlas cakap, sejak kejadian MH370 dan MH017, aku ada sikit phobia bila naik kapal terbang. Tapi tawakkal jelah, pujuk hati yang mati itu pasti, dimana? bagaimana? hanya Allah je yang tahu.

Anak2 sangat happy dapat naik kapal terbang besar katanya, *selalu balik kampung, kapal terbang kecik*. Dalam flight diorang syok je layan movie, aku? tido dan tido dan tido, bangun hanya untuk makan dan ke toilet sahaja, hehe. Lagi best, si kenit langsung taknak ngan aku, berkepit je ngan ayahnya, lagi sorga lah umie, wakakaka.

Okey, kita bagi gambar berbicara

1- buku merah jangan lupa bawa, pastikan jangan tamat tempoh
renew passport sekarang RM200/5 tahun
2- beg pack sorang satu, ops.. ada satu lagi beg isi makanan tiada dalam gambar

1- umie n abam wefie
2- adik, enjoy the food


anak ayah sangat, umie duk dekat pun dia menjeles, huhu

kegemaran yang tak pernah pudar
tengok ketulan awan, rasa macam cotton candy je

menu pertama 

menu ke2, sewaktu nak mendarat 
suka memerhatikan pergerakan kapal, dah sampai mana
kalau atas laut, mula lah senak perut

alhamdulillah, selamat mendarat di Terminal 4, Heathrow Airport, London
jam 7.30 pagi waktu London, tapi jam 3.30 petang di Malaysia (beza 8 jam)


tengah menggigil menahan sejuk
4 darjah celcius, asap kuar dari mulut
laju2 cari baju dalam beg 

okey, bersambung episod akan datang
ada lagi 199 episod
layannnn


19 comments:

  1. Replies
    1. Aji Nugraha..
      sesekali berlibur ;)

      Delete
  2. Ko ni Irfa jgn dok sebut2 pasal kejadian2 tu... ni giliran saya plak nak senak perut tau... baru je nak tenang2kan hati dan buat-buat tak da apa-apa...

    Apa-apa pun jeles gak tengok kan main mesra lagi ngan 'boyfriend' awak tu...huhu.. boyfriend saya di perantauan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS Sweetie..
      Cuak ye kak?
      bertabah lah ye, doa banyak2, serah padaNYA
      sementara boipren kecik ni boleh lah kepit
      tp harap boipren ni manja sampai bila2 ngan umie dia

      Delete
  3. seronoknya holiday..terima kasih maklumatnya

    mahal tukarannya ehh

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Penghibur..
      Huhu, sgt sedih dgn nilai RM sekarang

      Delete
  4. amboi.. kemahen kasut "kita".. hhehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      cantik kan kasut 'kita' ?
      kna travel lagi nih, rugi simpan nanti ketat x pakai.
      haha

      Delete
  5. 13 jam?? makhaiiii yg 2jam pon dh nk muntah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOPIOLIMAUICE...
      hehe, 13 jam senak perut
      sib baik makan berselera je, hehe

      Delete
  6. seronoklah Irfa pergi London.. akk smpi tahun..... urmmmm

    ReplyDelete
  7. kebas bontot duduk dalam kapal tube,

    lawa anak dara mung kak, mace Hanis Zalikha :)

    sila stori mori lagi aku nak baca

    ReplyDelete
  8. best nya..tak sabar nak tengok gambar lain..
    Ada beli apa2 tak kat kami???hahahahh

    ReplyDelete
  9. kan... seriau giler la pikir nak terbang2 sekarang ni.. tapi tu la nak tak nak.. mati itu pasti, bagaimana.. Allah jer tau. nak jadi cerita.. that day I pergi la nak book tiket, tapi lari balik umah jap tunggu cik abe confirm date yang mana, pastu buka tenet tengok2 live news germanwings baru jatuh.. ketar terus lutut siku I sebab tengah duk nak book kan masa tu.. tak tau nak nangis ker nak apa.. yang pasti perut tetiba rasa tersimpul. amboi panjang pulak penjelasan I ni. hahaha

    ReplyDelete
  10. salam

    travel guna ATP/SDP ke? :)

    wassalam

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)