Monday, March 30, 2015

Pembelian Terakhir Sebelum GST


Selamat Menunaikan Urusan Masing2 di Hari Isnin
Buat Yang Bekerja, Selamat Bekerja
Buat Suri Rumah, Pun Selamat Menunaikan Urusan Rumah Tangga Yang Takkan Habis 24jam

Bahang Gst sudah terasa disana sini
Bahang GST sama panas dengan cuaca sekarang

Semalam ke pasaraya yang biasa kami beli barang dapur
orang ramai dua kali ganda dari biasa
mula-mula rasa pelik kenapa ramai sangat orang hari ni
lepas tu baru teringat pasal Gst akan start 01April nanti
(walaupun dah ramai peniaga naikkan harga barang sebelum April)

Ini troli barang yang aku beli semalam
Beli yang mana penting je
*baru separa troli, tak penuh pun*

Aku bawak cash rm200 je
bila nak bayar, skrin cashier menunjukkan total harga RM267.10
tak cukup cash kat tangan, terpaksalah guna Debit Card
sib baik memang ada duit dalam tu

Sepanjang jalan ke kereta aku renung troli tu
Seingat aku, biasanya kalau separa troli macam tu dalam rm150++ je
tapi kali ni terasa macam terlebih je
padahal barang yang sama je aku ambik
  
Bulan depan macam mana lah agaknya ye?
Bukan merungut, semua yang dibeli adalah keperluan keluarga
setakat hari ni masih mampu beli dan bertahan

Tapi aku memikirkan nasib orang lain yang lebih susah
yang dah sedia susah
sedara mara yang masih bersedih diuji banjir di Kelantan
yang masih dalam khemah, apa nasib mereka lepas ni

Ya Allah, moga semuanya baik2 je
takde yang pelik pun
semua barang wajib beli macam bulan2 yang lepas
beras, garam kunyit, segala jenis sos, segala jenis sabun, sedikit bahan mentah untuk masak sehari dua

Bawak si Abam gunting rambut
biasa rm10 je, semalam rm12
banyak jugak naik tu ye
ingat aku je perasan, abam pun perasan
'dah naik sebab gst kot'
hehe, pandai abam

apapun, hidup mesti diteruskan
iklan khidmat masyarakat pagi ni di radio
'jangan membeli terlampau banyak, elakkan pembaziran'
tak tahu nak gelak @ nak nangis
dah pastinya yang ada anak kecil
mesti beli susu dan diaper lebih dari biasa untuk stok akan datang
aku beli susu je, itu pun 2 peket je sebulan

Iklan sikit boleh? lama dah tak iklan, hehe
Nasi Arab AlBayt masih harga sama, takde GST
masih RM 15/sekotak
* harap Pos Laju tak naik harga pos disebabkan GST*

Whatapps untuk order
016-6116459

9 comments:

  1. cuba dengar iklan radio dan tv..."mana ada barang naik kalau ada gst"sabo je la.

    ReplyDelete
  2. sabo je la jadi rakyat marhaen.. dipijak digula gulakan.. huhu

    ReplyDelete
  3. Irfa cerita bab makanan tapi kak zai pulak sudah dua hari ke kedai barangan elektrik. Orang memang ramai, ada yang survey dan ada yang terus beli.

    ReplyDelete
  4. Mahu tak mahu, akhirnya kita terpaksa 'mengalah' juga atas nama keperluan hidup... :(

    ReplyDelete
  5. GST ESOK DH MULA APAPUN MASALAHNYA AKN BERTERUSAN SELAGI HIDUP...

    ReplyDelete
  6. GST takda pun.. cukup haul.. harga brg tetap akan naik..

    ReplyDelete
  7. Apa hal pulak gunting rambut nak naik harga?
    Gunting, pisau cukur, bedak..tu semua di beli lama dah...sebelum perlaksanaan GST

    ReplyDelete
  8. Pos pun naik hargo mek... yg rm6 jadi rm7 doh.. huhu.

    ReplyDelete
  9. nak beli sikit cemana kalau dalam rumah semua nya ada mulut dengan perut..kan??

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)