Monday, April 27, 2015

ALFatihah Buat FIL

HARI RABU (22 April 2015)

Adalah hari yang sedih bagi kami di mana anak-anakku kehilangan atok yang di kasihi, atok yang paling suka melayan karenah 15 orang cucu-cucunya. Paling dikenang oleh cucu2 lelaki terutama yang besar terutama abam dan sepupunya Alip ialah atok yang suka bawak mandi sungai dan aktiviti cabut uban atok dapat upah. Hari itu juga dimana en Abe kehilangan seorang ayah dan aku kehilangan bapa mertua yang sangat sporting selepas 15 tahun menjadi menantu sulung. Kehilangan yang kami rasai tidak setanding dengan kehilangan pasangan hidup kepada ibu mertua yang telah bersama2 lebih dari 40 tahun.

Perginya FIL amat di rasai oleh semua sanak saudara termasuk pakcik makcik dan sepupu2 EnAbe yang lain, kerana FIL selalunya menjadi orang tengah bila ada urusan keluarga seperti nikah kahwin dan urusan meminang. FIL memang ada PR yang bagus.

Semua berlaku begitu pantas, rasanya tidak sampai sebulan sejak FIL mengadu bengkak kaki sebelum ke umrah pada hujung Mac, balik dari umrah kesihatan FIL makin melarat hingga di masukkan ke HUKM beberapa kali. Kemuncak paling kritikal bila perut  FIL yang makin membesar terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan cecair berlebihan. Kata Doc, FIL mengalami masalah berkaitan hati dan pengakhirannya pada petang hari Selasa, selepas dibedah kami dikejutkan yang FIL mengalami kanser hati stage 4, esoknya Rabu jam lebih kurang 4.45 petang, FIL pergi dalam tidur.

gambar terbaru FIL semasa umrah Mac lepas
balik dari umrah, kesihatan FIL semakin teruk hingga dimasukkan ke hospital
FIL meninggal kan seorang isteri, 6 anak dan 15 cucu ( 8 perempuan, 7 lelaki)

cucu lelaki atok ( sorang paling kecik takde dalam gambar)
semoga cucu2 atok tak  lupa mendoakan atok
Setiap yang hidup pasti akan mati
Semoga FIL ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Amin dan AlFatihah

# terima kasih kepada yang sms/whatapps mengucapkan TAKZIAH
maaf tak dapat reply semua sms/whatapps pada hari kejadian

17 comments:

  1. Takziah Irfa.. semoga irfa sekeluarga redha dan tabah dengan kehilangan..
    Al Fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi dan dihimpunkan bersama para syuhadah dan solehin. Amin

    p/s Rindu pulak CH pada arwah abah .. hari ini genap 100 hari pemergian nya . Al Fatihah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH NUR HAYATI..
      terima kasih atas ucapan. Takziah jgk utk sIs.

      Delete
    2. CH NUR HAYATI..
      terima kasih atas ucapan. Takziah jgk utk sIs.

      Delete
  2. Takziah Irfa... moga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete
  3. Takziah dan alfatihah... Arwah FIL akak ni pelakon ke? mcm pelakon.

    ReplyDelete
  4. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Allhumma ajirni fi musibati wakhluf li khoiron minha.

    Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berilah kami pahala atas musibah ini dan gantilah bagiku yang lebih baik dari musibah ini.

    ReplyDelete
  5. takziah irfa...moga Allah melindungi n merahmati Allahyarham bersama para solihin di sisi-Nya.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah... Al-Fatihah buat arwah semoga kasih sayang anak, menantu dan cucu akan terus berpanjangan buat arwah.

    ReplyDelete
  7. takziah kak.. mudah-mudahnan roh arwah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman. al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. takziah awak..semoga arwah diletakkan ditempat org2 yg beriman

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat keluarga irfa. Alfatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah...salam takziah akak

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)