Tuesday, April 14, 2015

Kali Pertama Adik Ikut Lawatan Tadika

Assalamualaikum..
update kat blog kisah si kenit kali pertama ikut lawatan tadika
sambungan dari sini 

Sebagaimana yang tertulis di dalam surat lawatan
Jumaat lepas, pepagi lagi adik bersiap dengan semangat nak gi lawatan
lagi happy sebab umie ayah hantar ke tadika pagi itu
*dia ni kalau boleh nak hari2 umi ayah hantar gi tadika*

tak sempat tengok dia naik bas, sebab kena berkumpul kat tadika dulu
so aku gi keje cam biasa
sepanjang hari kat opis, otak duk ingat dia je
nak buat kerja serba tak kena
tapi nak sms/whatapps tak berani
*cikgu dah pesan jangan call/sms kecuali kecemasan sahaja*
bertabahlah menunggu jam 6 petang

Petangnya..
ambik abam kat sekolah agama, pastu terus ke tadika si kenit
bas belum sampai ,katanya jem
lebih kurang 6.50 baru lah nampak bas masuk

jom layan gambar

haha, nak tergelak pun ada tengok muka sorang2 masa turun bas
dah rupa cam pelarian sesat yang di jumpa selepas beberapa hari
ada yang hilang tudung, ada yang rambut dah terkeluar dari tudung
kata driver, 'semua baru bangun tido kakak, penat sangat'
tapi semua nampak comel2 je, hihi

tudung kenit masih di tempat asal, tangan tengah pegang roti
muka konpius masa turun bas
mungkin pelik nape ramai orang depan pintu 
Alhamdulillah, syukur adik pegi dan balik dengan selamat
masuk keta, dia macam penat
aku pun malas nak temuramah
balik umah, bagi dia main air dalam bilik mandi
dah mandi, bagi susu, baring2
baru tanya sikit
'tadi umie hantar adik, pastu naik bas, pastu buat apa?

dia jawab

'TURUN BAS'
sambung isap susu

what?
tu je?
alahai

dah malam sikit barulah dia start bercerita
ada panda, panda tido atas bantal besar
pegi balai bomba, bla bla bla, pot pet pot pet
kita tak kencing, sebab cikgu tak panggil kita
tak makan nasi, makan roti je
aku pun tak tahu nak kata apa lah
kalau dah ramai2 mestilah ada yang terlepas pandang
takpelah, janji selamat balik
itu semua akan jadi kenangan utk dia besar nanti

sekian update hari ini

6 comments:

  1. Seronoknya....biasalah kalau dah mcmni cikgu mst x menang tgn nak handle...itu yg ada xmkn x kencing.. sy tgh susah hati nak bg ank join rombongan ke tdk nie..uhuhu...ank plak jenis x suka nak berjalan sgt..jln skjp dah x larat nak balik...uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. RATU HATIKU..
      masa dapat surat tu berat ati gak nak lepaskan, takut dia penat
      tp agaknya dia dh dengar cam seronok nak gi zoo, hari2 duk cakap 'nanti kita nak gi zoo'
      tak bagi kang, sian pulak..

      tak kisah sangat pasal makan n kencing tu, sbb paham mesti susah nak handle ramai2
      selamat pegi balik dah syukur sgt

      diorang jln ngan kengkawan tak penat kot
      hihi

      Delete
  2. Kalau di sini.. field trip.. 4-5 murid (lower & upper kinder).. sorang nanny.
    So mmg cikgu cikgi blh senyum sambil posing2 dgn murid.

    Bab makan.. bayar saja ikut notis.. dpt la plain burger, fruits & juice but no chips.
    Tp biasanya ikut school hours, tak pernah lajak samapi ke ptg.

    P/s;
    Tp jawapan 'turun bas' tu.. jawapan paling ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SHAM..
      sy pun tak pasti sorang cikgu handle bape murid
      katanya tak payah bawak apa2, tp sy bekalkan biskut dan air
      tp biskut tak luak pun, bawak balik umah semula
      bagi rm10, tapi tak bgtau apa dibeli pun

      jawapan 'turun bas' tu mmg gelak sakan saya
      naif sangat

      Delete
  3. hahahah...apa pun kena susu dulu..lepas tu boleh citer ye...

    ReplyDelete
  4. Ohh balai bomba jgk. First time ain ikut rombongan tadika pun pergi balai bomba. Mesti seronok sebab boleh naik bas.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)