Sunday, May 24, 2015

Ujian Kesihatan Juga Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum semua..

Sihat ke? Alhamdulillah jika semuanya sihat. Kalau diuji dengan sakit pun jangan mengeluh ye, itu tanda Allah nak kita mengadu dan lebih dekat padaNya.

Aku diuji dengan 'Slip Disc' beberapa minggu lalu, paling kritikal minggu lepas menyebabkan aku serah diri ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. 2 malam bermalam seorang diri di katil hospital Columbia Asia, Seremban dan kemudian balik berehat di rumah berbekalkan surat cuti sakit selama 2 minggu.

Terima kasih kepada yang bertanya khabar ( yang friend dalam Facebook), terima kasih pada en abe yang berulang alik menjenguk aku di hospital disamping menguruskan anak-anak, terima kasih pada si kakak yang sudah boleh diharapkan menguruskan adik-adik disamping kerja rumah yang ditugaskan dan tak lupa terima kasih pada pengasuh yang bertanggungjawab menguruskan makan minum anak-anak selama aku di hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku cepat sembuh. Sesungguhnya, aku bersyukur dikelilingi oleh orang yang baik2. 

Banyak perkara berlaku kebelakangan ini, ujian kesihatan, ujian dalam pekerjaan. Apa pun yang berlaku, hidup tetap kena teruskan.

Buat yang baik-baik
Doa yang baik-baik
Moga yang terbaik untuk kita semua

Jumpa lagi bila free
Take care semua

12 comments:

paridah said...

sakit pulak irfa...patut blog sepi xda n3 ...moga cepat sembuh ya. selagi kita hidup tidak pernah terlepas drpd ujian-Nya. bersabar ya irfa kak doakan yg baik2 saja utkmu n Allah permudahkn semua urusanmu...banyak2 rehat n makan ubat ya.

Rai OurKizuna said...

member aku slip disc kena operate.. 2 bulan jugak mc tak silap.. jaga diri ok..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak pasti Irfa seorang yang tabah!

imm hassan said...

semoga cepat sembuh kak.. sakit penambah pahala tu jika kita redha ☺

Zaitun said...

Semoga irfa cepat sembuh. Redha dengan dugaan pahala menunggu.

mrs.smile said...

moga cepat baik akak......

dekdaa said...

Allah wi ujian sbb nok uji kito, sejauh mano kita tabah :-)

Diana Rashid said...

ye betull..hidup kena diterus kan..semoga cepat sembuh..

Nazqim Bookstore said...

Kata Ustaz Aa Gym, jangan pening fikir samada musibah yang datang itu ujian atau kifarah. Terus saja anggap ianya kifarah sebab sebagai manusia, kita memang banyak dosa. Semoga Irga sembuh seperti biasa ya.

:: CIKVIVA :: said...

smoga cepat baik...terbantut program (weekend) kalau tak sihat camni...hehehehe

Nieda ramly said...

patutlah senyap saja blognya....semoga cepat sembuh

SalbiahM said...

semoga cepat sembuh kak..