Friday, July 10, 2015

Entri Cuci Sawang, Ramadhan 2015

Assalamualaikum semua....
Cubaan update blog guna iPad je

Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog yg hampir sebulan tak berupdate ni. Aku ada je, tak kemana pun. Aku baca semua komen yg korang tinggalkan. Cuma takde hati nk update blog, huhu. Ntah lah, macam blur tak tahu nk tulis apa. Aku baca je blog korang, tp tak tinggal jejak. Maaf ye

Bulan ke2 cuti sakit, Ramadhan jugak dah nk sampai ke penghujung. Sedih mengenangkan Ramadhan kali ini tak sama macam Ramadhan yg lepas2. Buat pertama kalinya puasa aku banyak lubang kosong, sedangkan sebelum2 ini, aku puasa penuh walaupun mengandung. Faktor umur barangkali, kepenatan mengandung di usia 36 ni tak sama macam mengandungkan si kakak dan abam di usia 20an.

Puasa kali ni aku diuji dengan sakit yang tak mampu bergerak cergas, selera makan jugak takde. Setiap hari sedulang juadah berbuka akan dihantar oleh pengasuh aka jiran sebelah. Dah bagitau akak tu untuk masak sepanjang aku tak sihat ni. Anak2 juga memahami dan makan tanpa banyak soal. Sesekali bila larat, aku masak paling simple sekadar bagi anak2 merasa air tangan umi, telur dadar @ ayam goreng.

Sahur juga anak2 tak banyak karenah, telur mata pun ok. Lagi diorang suka, tak payah nak ngadap pinggan lama2, hihi

Cerita anak2:
Kakak dan abam takde cerita sangat. Puasa pun tak banyak karenah, kakak dh anak dara, biasa lh puasa tak penuh sebulan. Abam pun tinggal satu hari sebab muntah teruk mungkin silap makan. Si kenit? Satu hati pun tak posa lagi, nk paksa kesian tengok badan pun sekeping je, huhu

Persiapan Raya:

Setakat entri ni di tulis, persiapan raya memang takde langsung, baju raya anak2 pun belum beli lagi, kuih raya ada beli sikit tapi dah tinggal balang kosong, lagipun aku beli sebab nk makan sekarang,bukan untuk raya pun. Haha.

Raya ni jugak aku tak balik kampung. Cik abe pun keje, tak dapat cuti. Kebetulan adik lelaki nak tunang raya nanti, sedih gak tak dapat bersama meraikan hari gembira, so aku wakilkan kakak dan abam je beraya di kampung. Sebenarnya, aku tak boleh duduk lama dalam kereta, 10 minit pun aku rasa cukup tersiksa macam nak putus pinggang, jadi aku tak dapat bayangkan kalau terpaksa bertahan 7-8 jam perjalanan balik kampung nanti.

Emm apa lagi ye?
Takde apa dah kot. Kalau aku tak update lagi pasni, aku nak ucap Selamat Hari Raya in advance untuk korang semua. Maaf kalau ada salah silap selama kita berbalas komen. Hati2 drive kalau balik kampung ye

Kbai

13 comments:

  1. Selamat Hari Raya in Advance jugak buat Irfa..
    Moga sihat dalam menjalani rutin harian.. ;)

    ReplyDelete
  2. saya pun masa mengandung malas update blog.Betul la..mengandung anak pertama kedua tak sama dengan mengandung seterusnya..saya pun rasa faktor usia.lagi bila dah berkali2 badan ni berkhidmat untuk mengandung..hehehe..datang sakit sana sini.

    Bagusnya ada jiran yang boleh mintak tolong.dapat jugak ringan kan beban.
    Shopping last2 minit baru best..hahah..kita tak de baju raya tak pe,asal anak2 ada..kan?kalau kaka dengan abam tu tak pe ,diaorag boleh pilih sendiri,yang kecik tu je la kot nak kena bergasak2 mak ayah memilih sama..hehe

    ReplyDelete
  3. Saya pun ramadan kali ni ada lopong-lopong jugak Irfa... ntahlah, tak mengandung pun tapi faktor usia kot...

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN IRFA...MOGA KESIHATAN IRFA BERANSUR PULIH BANYAKAN RIHAT YA..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum,

    Irfa..tak tau pun awak pregnant. Congrats dear! moga dipermudahkan segalanya. Sabar and tabah banyak2 yer..dugaan tu.

    ReplyDelete
  6. be strong irfa... in shaa allah ada ganjarannya nanti

    kak zar yg x pregnant i pun sakit sakit badan sana sii.. faktor usia

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya buat akk jugak...rietta pown mohon ampun dan maaf andai ada slaah dan silap rietta selama ini...moga akk tabah menghadapi ujian dr DIA...

    ReplyDelete
  8. Salam aidilfitri.. ohhh nak dpt anak baru.. tahniah :-)
    Rasanya balik raya tahun ni buke 6-7jam tp lebih dari tu huhu.

    Takpo, next time buleh kelik lg kalu panje umor.

    Maaf zahir batin kak irfa heheh.

    ReplyDelete
  9. Semoga tabah mengharungi 40 minggu yang indah kak. Pengalaman tu kak, nanti baby keluar boleh cerita...masa pregnant dulu.....hehehe

    Selamat HAri Raya kak, Maaf Zahir Batin. Kalau takde aral nanti kita gi umah akak k. Tak raya pun boleh dtang kan...heheheh

    ReplyDelete
  10. assalam irfa bagaimana keadaan kesihatan irfa sudah pulih sediakala...syukur alhamdulillah...kalau msh terasa kesakitannya kak cadangkan irfa berurut dgn doktor hasan di gombak..beliau ni doktor perubatan tapi buka klinik mengurut sakit urat...irfa cubalah. kliniknya mudah ditemuii berdekatan kwsn UIM..

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya.. aci kot kan walaupun dah berbelas hari masuk syawal.. hee~

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)