Skip to main content

Entri Cuci Sawang, Ramadhan 2015

Assalamualaikum semua....
Cubaan update blog guna iPad je

Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog yg hampir sebulan tak berupdate ni. Aku ada je, tak kemana pun. Aku baca semua komen yg korang tinggalkan. Cuma takde hati nk update blog, huhu. Ntah lah, macam blur tak tahu nk tulis apa. Aku baca je blog korang, tp tak tinggal jejak. Maaf ye

Bulan ke2 cuti sakit, Ramadhan jugak dah nk sampai ke penghujung. Sedih mengenangkan Ramadhan kali ini tak sama macam Ramadhan yg lepas2. Buat pertama kalinya puasa aku banyak lubang kosong, sedangkan sebelum2 ini, aku puasa penuh walaupun mengandung. Faktor umur barangkali, kepenatan mengandung di usia 36 ni tak sama macam mengandungkan si kakak dan abam di usia 20an.

Puasa kali ni aku diuji dengan sakit yang tak mampu bergerak cergas, selera makan jugak takde. Setiap hari sedulang juadah berbuka akan dihantar oleh pengasuh aka jiran sebelah. Dah bagitau akak tu untuk masak sepanjang aku tak sihat ni. Anak2 juga memahami dan makan tanpa banyak soal. Sesekali bila larat, aku masak paling simple sekadar bagi anak2 merasa air tangan umi, telur dadar @ ayam goreng.

Sahur juga anak2 tak banyak karenah, telur mata pun ok. Lagi diorang suka, tak payah nak ngadap pinggan lama2, hihi

Cerita anak2:
Kakak dan abam takde cerita sangat. Puasa pun tak banyak karenah, kakak dh anak dara, biasa lh puasa tak penuh sebulan. Abam pun tinggal satu hari sebab muntah teruk mungkin silap makan. Si kenit? Satu hati pun tak posa lagi, nk paksa kesian tengok badan pun sekeping je, huhu

Persiapan Raya:

Setakat entri ni di tulis, persiapan raya memang takde langsung, baju raya anak2 pun belum beli lagi, kuih raya ada beli sikit tapi dah tinggal balang kosong, lagipun aku beli sebab nk makan sekarang,bukan untuk raya pun. Haha.

Raya ni jugak aku tak balik kampung. Cik abe pun keje, tak dapat cuti. Kebetulan adik lelaki nak tunang raya nanti, sedih gak tak dapat bersama meraikan hari gembira, so aku wakilkan kakak dan abam je beraya di kampung. Sebenarnya, aku tak boleh duduk lama dalam kereta, 10 minit pun aku rasa cukup tersiksa macam nak putus pinggang, jadi aku tak dapat bayangkan kalau terpaksa bertahan 7-8 jam perjalanan balik kampung nanti.

Emm apa lagi ye?
Takde apa dah kot. Kalau aku tak update lagi pasni, aku nak ucap Selamat Hari Raya in advance untuk korang semua. Maaf kalau ada salah silap selama kita berbalas komen. Hati2 drive kalau balik kampung ye

Kbai

Comments

aizamia3 said…
Selamat Hari Raya in Advance jugak buat Irfa..
Moga sihat dalam menjalani rutin harian.. ;)
sweetie said…
Saya pun ramadan kali ni ada lopong-lopong jugak Irfa... ntahlah, tak mengandung pun tapi faktor usia kot...
paridah said…
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN IRFA...MOGA KESIHATAN IRFA BERANSUR PULIH BANYAKAN RIHAT YA..
NanyFadhly said…
Assalammualaikum,

Irfa..tak tau pun awak pregnant. Congrats dear! moga dipermudahkan segalanya. Sabar and tabah banyak2 yer..dugaan tu.
Zareda Norman said…
be strong irfa... in shaa allah ada ganjarannya nanti

kak zar yg x pregnant i pun sakit sakit badan sana sii.. faktor usia
HeNRieTTa JoSe said…
Selamat Hari Raya buat akk jugak...rietta pown mohon ampun dan maaf andai ada slaah dan silap rietta selama ini...moga akk tabah menghadapi ujian dr DIA...
Yati WTL said…
Selamat hari raya
Nieda Ramly said…
kesiannya ...dugaan buat irfa.
dekdaa said…
Salam aidilfitri.. ohhh nak dpt anak baru.. tahniah :-)
Rasanya balik raya tahun ni buke 6-7jam tp lebih dari tu huhu.

Takpo, next time buleh kelik lg kalu panje umor.

Maaf zahir batin kak irfa heheh.
~adeQ~ said…
Semoga tabah mengharungi 40 minggu yang indah kak. Pengalaman tu kak, nanti baby keluar boleh cerita...masa pregnant dulu.....hehehe

Selamat HAri Raya kak, Maaf Zahir Batin. Kalau takde aral nanti kita gi umah akak k. Tak raya pun boleh dtang kan...heheheh
paridah said…
assalam irfa bagaimana keadaan kesihatan irfa sudah pulih sediakala...syukur alhamdulillah...kalau msh terasa kesakitannya kak cadangkan irfa berurut dgn doktor hasan di gombak..beliau ni doktor perubatan tapi buka klinik mengurut sakit urat...irfa cubalah. kliniknya mudah ditemuii berdekatan kwsn UIM..
atiehilmi.com said…
selamat hari raya.. aci kot kan walaupun dah berbelas hari masuk syawal.. hee~

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t