Monday, May 2, 2016

PART 2: Kundasang Mini New Zealand

Sambungan dari entri sebelum...

Sebenarnya masa pilih nak ke Sabah, takde perancangan nak ke Kundasang pada awalnya. Sebab plan nak bawak Mil makan seafood je, tapi bila Google pasal Sabah dan komen2 rerakan di fb, ramai yang komen kata rugi kalau ke Sabah kalau tak ke Kundasang, ala2 New Zealand kata diorg. Eh, kita dahlah rindu nak pegi lagi ke NZ lagi tapi setakat rindu je lah, sedar diri bukan lagi airline staf yg ada tiket free tiap tahun. So jomlah kita mengubat rindu ke Kundasang, huhu

Kami gerak dari apartment jam 6.40 pagi, sebab ada kawan yang kata kalau lambat sampai, nanti awan dah tutup Gunung Kinabalu. Emmm, pagi lah sangat, padahal dah mcm pukul 8 pagi kalau di Semenanjung. Suka je tgk pemandangan sepanjang jln. Yelah, tempat tak pernah pegi kan. Kami singgah di Pekan Nabalu, singgah sarapan. Sempat bergambar kenangan nampak Gunung Kinabalu dari belakang gerai buah tu. Sempat jugak rembat tshirt 3 helai sebagai kenangan datang Sabah. Rezki kedai tu bukak awal pagi.




Teruskan perjalanan setelah perut kenyang. Cuaca dah sejuk ala Cameron gitu. Kami sampai ke Desa Dairy Farm lebih kurang 9.45 pagi. Tiket masuk RM5/sorang utk dewasa. Wah! Cantiknya pemandangan. Padang rumput yang hijau saujana mata memandang di pagari pagar kayu berwarna putih, nampak damai sangat. Rugi betul kalau ke Sabah tapi tak luangkan masa ke Kundasang. Ada lembu hitam putih, ada juga tempat mmproses susu segar, sempat lah kami merasa yogurt fresh. Pastu apa tunggu lagi. Acara selfie di merata ceruk smpi penuh phone memory haha





Agak lembu pun dah menyampah tengok kami, jomlah kita turun ye anak2. Masa tu lebih kurang jam 11 pagi.

Ingat nak ke RUMAH TERBALIK dan MUZIUM 3D tapi disebabkan cuaca yg panas teramat, dah sampai di tempat kejadian, tapi anak-anak taknak masuk. Sabar je lah. Jomlah kita sejuk kan badan ke shopping mall (ada permintaan dari anak2 sebenarnya. Kakak dan abam nak ke kedai buku, si kakcik nak ke kedai mainan feveret dia toynrus.  Umi konon nak ke H&M. Apa2 pun kita makan dulu.


Besar mall ni (sori takde gambar), agak2 dah kempis wallet ayah, jomlah kita balik anak-anak. Malam tu dah tak larat nk keluar, aku lepak kat katil je. Bagi can en Abe keluar bawak Mil dan kakak je. Sebenarnya Mil ada benda nak beli lagi kat pasar semalam. Pesan tapau je apa2 utk kami dinner. Apartment ni boleh masak, tapi aku malas. Apehal bercuti pun nak masuk dapur gak kan? haha

Esok dah nak balik, malam ni kemas beg dah...



5 comments:

  1. kundasang memang best...bila la dapat jejak kaki ke kundasang lagi...

    ReplyDelete
  2. CANTIKNYA VIEW KUNDASANG...GUNUNG KINABALU BERAWAN PUTIH N PASTI BNYK PRODUK TANI SEGAR YG IRFA BORONG TU.

    ReplyDelete
  3. menarik kundasang. nak peg jugak la nanti kali ada rzki hehe

    ReplyDelete
  4. Hmm..kundasang ada dlm list jalan2 daku y x kesampaian lagi...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)